Wednesday, June 29, 2011

::.Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.::

 ~Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya~


Gugurnya bunga rejab
Dari kelopak qamariah
Yang terus berputar
Tanpa memberi peluang
Kepada manusiawi kosong
Yang masih alpa


Seperti dalam al-Asr
“Demi masa,
sesungguhnya manusia itu,
dalam kerugian.”
Betapa ruginya diriku dan dirimu


Allah hadiahkan bunga
Kembang mekar kembali
Bunga Ramadhan
Menaungi dahan karamah
Dengan bulan mulia penuh rahmat


Bergembiralah rijal semurung
Yang mahabbahkan purnama terang
Terbit di ufuk barakah
Di penjuru firdausi
Ahlan wasahlan ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan.

 
~PERMATA YANG DICARI~ 
29 JUN 2011
-Kota Bharu, Kelantan-  

Friday, June 24, 2011

::.Kisah anak yang tetap memuliakan ibu bapanya walaupun mereka telah bertukar menjadi babi.::

~Berbaktilah Kepada Mereka Selagi Mana Mereka Masih Hidup~


“Ya Allah dengarlah doaku ini. Aku mohon kau ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku ketikaku kecil.”


 Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah, untuk kali ini saya hanya ingin berkongsi satu kisah yang mungkin pernah dan tidak penah didengar oleh orang lain. Kisah ini tentang seorang  anak yang tetap memuliakan ibu bapanya walaupun mereka telah bertukar menjadi babi. Saya tertarik untuk membaca kisah ini apabila melihat tajuknya. Rasa ingin tahu kisah selanjutnya. Jika anda tertarik dan ingin tahu, bacalah dahulu kemudian buatlah kesimpulan dan muhasabahlah diri. 


Tersebutlah al-kisah, Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setip kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan  Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah pun mejawab dengan menyatakan nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang diberitahu oleh Allah. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.


*************************


Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam, baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.  Tidak lama kemudian, dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa semua ini?” Nabi Musa berbisik dalam hatinya dengan penuh kehairanan.


Babi itu dibersihkan dan di mandikan dengan baik. kemudian babi itu, dilap sampai kering serta dipeluk cium dan dihantar semula ke bilik. Tidak lama selepas itu, dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


*************************


Selesai sahaja kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?” “Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.


“Wahai tuan hamba,” kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua-dua babi itu ialah ibu bapa kandungku. Oleh sebab mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku,” sambungnya.


“Setiap hari aku berdoa kepada Allah, agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah belum memakbulkannya lagi,” tambah pemuda itu lagi.


*************************


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami.”


Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Oleh sebab dia telah berada di maqam anak soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.”


*************************


Itulah berkat doa anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk kedalam neraka hingga dapat berpindah ke syurga. Subhanallah, hebatkan? Tidak cukup sekadar berdoa sahaja, bahkan berbaktilah kepada ibu bapa dengan penuh keikhlasan. 


Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak, aminnn. Saya hendak tambah sedikit sebelum saya akhiri kisah ini, “erti kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya bukan melalui wang ringgit, tetapi dengan doanya supaya ibu bapa mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.”


p/s: Itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan semua, semoga bermanfaat. Ambillah iktibar dari cerita diatas dan tetaplah kita dalam melakukan kebaikan(istiqamah). Wallahu`alam. ^_^

          
         ~permata yang dicari~
24 JUN 2011
-Kota Bharu, Kelantan-

Sunday, June 19, 2011

::.4 Perkara Sebelum Tidur.::

 selamat melaksanakan 4 perkara sebelum tidur


بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
                                                                                                                                  
 Alhamdulillah, segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat menitipkan sedikit tinta yang lahir dari hati yang hina serta kerdil ini.


Para pembaca yang dikasihi sekalian,
         
        Apa khabar hati-hati anda sekalian?? Untuk kali, saya akan kongsikan satu tajuk iaitu “empat perkara sebelum tidur”. Seperti yang kita tahu kita perlu baca doakan? Terlalu sedikit apa yang kita tahu itu, jadi jom kita selami apa yang patut kita lakukan sebelum tidur seperti yang telah diajarkan Rasulullah SAW kepada kita. Anda sudah bersedia? Jom kita kutip permata itu bersama-sama.   


*************************


(Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a :

“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:
1)      Sebelum khatam Al-Quran.
2)      Sebelum membuat para nabi memberi syafaat di hari akhirat.
3)      Sebelum para muslim meredhai kamu.
4)      Sebelum kamu melaksanakan haji dan umrah.”


Bertanya Aisyah:
 “Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan empat perkara tersebut?”


Rasulullah tersenyum dan bersabda:
1)      “Jika engkau hendak tidur bacalah surah al-Ikhlas tiga kali seolah-olah kau mengkhatamkan al-Quran.”


Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca surah al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.”


Subhanallah, hebatkan para pembaca sekalian.. ? Saya terasa kagum bila mula-mula tahu dan membacanya. Jom kita selami lagi kehebatan-Nya. =)


*************************


(Demikian diterangkan dalam Tadzikarah Qurthuby)

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada sahabat-sahabatnya:
“Siapakah antara kamu yang dapat khatam al-Quran dalam jangka masa 2 hingga 3 minit?”


Tiada seorang sahabat pun yang menjawabnya, malah Saiyidina Umar telah berkata:
“Mustahillah untuk mengkhatam al-Quran dengan begitu cepat sekali.”


Kemudiannya Saiyidina Ali mengangkat tangannya untuk menjawab teka-teki Rasulullah SAW itu, namun dengan pantas Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali masih kecil dan tidak tahu apa yang dikatakannya itu.


Lantas, Saiyidina Ali membaca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan Rasulullah SAW menjawab dengan menyatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

     
     Membaca surah al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran, lalu jika dibaca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali maka khatamlah al-Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.


*************************

2)      
 “Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari akhirat.”
- "اللهم صلى على محمد وعلى أله وصحبه وسلم"-

*************************

3)      
 “Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.”
- "أستغفر الله الذى لا إله إلا هو الحى القيوم وأتوب إليه" –


*************************

4)      
 “Dan yang terakhir, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir maka seolah-seolah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.”
- "سبحان الله الحمد الله ولا إله إلا الله والله أكبر" –

*************************


Saya rasa setakat ini dahulu perkongsian saya dengan semua untuk kali ini, semoga anda dapat manfaat dari apa yang saya telah kongsikan ini. Jangan lupa amalkan bila sudah tahu.


p/s: sekiranya anda ingin mengumpulkan saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada orang lain juga. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati sepertimana sabda Rasulullah SAW:


“Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”

 Sesungguhnya apabila matinya anak adam itu maka terputuslah segala amalnya kecuali 3 perkara yang akan dibawanya bersama, iaitu:
        I.            Sedekah / amal jariahnya.
      II.            Doa anaknya yang soleh.
    III.            Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wallahu`alam, semoga sampai kehati kalian, insyAllah.   

~Permata yang dicari~
19 JUN 2011
-Kota Bharu, Kelantan-

Wednesday, June 15, 2011

::.Peganglah “aku”.::

 "Tidak akan sesat selamanya jika kamu berpegang teguh kepada al-Quran & as-Sunnah" 

suatu hari aku akan tinggalkan kamu
suatu hari aku akan lari dari kamu
suatu hari kamu akan menyesal
Kerana tidak memiliki aku lagi

suatu hari kamu akan tahu
bahawa akulah segalanya untukmu
suatu hari bila kamu menyedarinya
Kamu sudah terlambat
Untuk memiliki aku lagi

Hargailah aku
Bacalah dan tadabburlah aku
Aku adalah petujuk sepanjang zaman
Tidak akan sesat
Jika aku dijadikan panduan hidup

 Kerana aku adalah
Al-Quran
Sebagai panduan hidupmu
Maka carilah aku
Sebelum aku pergi ke sisi
Penciptaku!

 Yang mendamba kasih illahi,
Fatin Nabila bt Sharul Azimin

Sunday, June 12, 2011

::.Pengubat Kerinduan Dihati.::

~Ya Allah ikatlah hati-hati kami untuk sentiasa berada di atas jalan-Mu~


Assalamualaikum ditujukan kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih kepada mereka yang tidak jemu-jemu ke sini, saya mat menghargainya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan saya sedikit masa untuk tulis sesuatu kali ini. Untuk perkongsian kali ini saya tidak dapat melakarnya dengan panjang kerana saya perlu menyelesaikan tugasan saya yang tertangguh. Hujung minggu saya dipenuhi aktiviti dan program yang membina jiwa, insyaAllah. Kadang-kadang tidak sempat pun saya jenguk-jenguk ke blog orang lain. Maaf sangat.  


Alhamdulillah, dengan izin Allah tanggal 11 Jun 2011 iaitu pukul  8.30 pg – 5.00 ptg, saya mengikuti satu kursus asas fasilitator 1 2011/2012 di KTD. Untuk Sem ini saya diamanahkan memegang halaqah adik-adik. Semoga Allah permudahkan urusan saya. Selesai saja kursus tu, saya bertemu sahibah-sahibah yang datang dari jauh kerana kami ada program yang telah lama dirancang. Alhamdulillah, pertemuan kami menimbulkan kegembiraan dihati masing-masing. Mengubat rindu lah katakan… Apapun, bertemu berpisah kita kerana Allah. Banyak juga perkara yang dibincangkan. Ada juga perkara yang nak dihebahkan di sini, perhatian untuk semua ahli 15zikr.


********************

Mesti semua tertanyakan? Program apa, siapa yang kendalikan, untuk apa dan macam-macam lagilah.

PROGRAM : Program Penyelarasan Generasi 15 MATRI
TARIKH : 10-11 JUN 2011
TEMPAT :KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM
TEMA : Menghayati Manisnya Ukhwah
OBJEKTIF :
1) Untuk mengeratkan ukhwah dan tautan hati sesama ahli
2) Membina dan menyuntik kesedaran terhadap tugas dan peranan sebagai sahabat
3) Perbincangan gerak kerja untuk ahli batch agar tersusun dan sistematik


********************

Program yang dijalankan di KTD ini dihadiri 16 orang sahibah:
  1. Fatimah Zahra
  2. Basyirah Ritzuan
  3. Aliya Roseli
  4. Syahirah Farhanah
  5. Nadhirah Rubani
  6. Iffah Hanna
  7. Halimahtun
  8. Syuhada Safurah
  9. Nasuha Naim
  10. Aniqah Syafifah
  11. Nurul Iman
  12. Fatinah
  13. Naiemah
  14. Izzah Athirah
  15. Aisyah Zaini
  16. Fatin Nabila


~gambar-gambar ini saya ambil dekat blog 15 ziKr~


Makan malam bersama ^^


Mind Setting bersama Kak Izzah Zaaba



Pembentangan dilakukan oleh Fatin Nabila sebagai Exco Teknikal dan Logistik



Perbincangan kumpulan kecil




Kalimah Akhirah bersama Sir Rosdi bin Baharom



Exchange Hadiah Bersama Sahibah2



********************


Antara program yang dibincangkan ialah aktiviti-aktiviti untuk ahli batch generasi 15 yang pernah belajar di MATRI walaupun sebentar . Reunion, rehlah mengikut zon, jualan kutip dana untuk kebajikan kawan kita, penerbitan risalah (InsyaAllah semua akan dapat-walau kena pos). Nama2 kalian juga akan dibahagi2kan kepada exco2 tertentu . InsyaAllah akan diinformkan siapakah bertuah untuk menjadi ahli2 exco yang berikut iaitu Exco Dakwah dan Tarbiyah , Exco Perancang dan Pelaksana , Exco Penerbitan , Exco Teknikal dan Logistik , Exco Informasi dan Perhubungan , Exco Ekonomi serta Exco Blogger dan Facebook . InsyaAllah semua akan terlibat dan akan diperjelas apa tugas2 yang harus dilakukan.


 Jadi, kat sini nak minta PERHATIAN 15ZIKR untuk sumbangkan (akaun yuran) RM10 setahun kepada batch kita. Bayar pada Nasuha Naim tau. WAJIB. Lagipun sebahagian dari duit tu akan disumbangkan pada MATRI. Tidak salahkan jika kita melabur saham di akhirat kan sahibah2 ana kasihi ? Malah Allah akan bagi yang berlipat ganda dari itu. . Apa salahnya jika kita bantu MATRI sedangkan dulu MATRI bantu kita menjadi insan rabbani ? Betul tak ? Tepuk dada tanyalah iman kalian . InsyaAllah nombor akaun akan diberitahu kemudian. Sebarang aktiviti yang akan dilaksanakan akan dihebahkan kemudian. Tapi, buat masa ni tak ada apa-apa lagi la. Sama2 kita gerakkan dan berjuang bersama2 kerana kita merupakan pewaris warisantul anbiya ' bukan ?


********************

Akhir kata saya ingin memohon maaf jika perkongsian saya kali ini langsung tidak memuaskan Baiklah, Yang lemah semuanya dari saya dan yang baik-baik itu semuanya dari Allah. Bertemu lagi dilain masa=)   Wallahu`alam..


p/s: maaf kepda sahibah2 yang datang dari jauh ke KTD, jika layanan dari kami tidak memuaskan. Jemput datang lagi dan bagi yang tidak pernah datang ke KTD, anda dijemput dan kehadiran anda sangat-sangat dinantikan^^

~PERMATA YANG DICARI~ 
12 JUN 2011
-Kota Bharu, Kelantan-  

Friday, June 3, 2011

::.Warkah Ke Syurga.::

~syurga Allah terlalu mahal untuk orang yang sambil lewa~
                                                          
Assalamualaikum wbt
          Tajuk yang sangat menarik bila kita menghayatinya. Jadi disini ingin saya kongsikan buat tatapan semua. Kali pertama saya post tajuk yang ada video klip, semoga bermanfaat. Saya hanya berkesempatan untuk berkongsi ini sahaja untuk kali ini buat kalian. Saya cuba cari masa untuk berikan yang terbaik buat semua tapi yang ini sahaja yang mampu saya kongsikan.


Saya sibuk sikit bila kuliah sudah bermula jika hendak dibandingkan masa cuti di rumah, saya banyaklah juga masa yang terluang. Apa-apa pun saya harap anda tidak jemu untuk ziarah blog saya yang tidaklah seberapa ini. ^^


Semoga anda dapat manfaat dengan apa yang terkandung dalam video warkah ke syurga ini. ^^
video



Maafkan saya jika ada kekurangan, yang baik semua datang dari Allah dan yang lemah itu dari saya. Wallahu`alam.

~Permata yang dicari~ 
4 JUN 2011
-Kota Bharu, Kelantan-