Saturday, July 16, 2011

::.Ukhwah yang benar membawa ingatan kepada Allah.::

 
~ bersahabatlah hingga ke syurga~ 


“Ya Allah dengarlah doaku ini. Berilah kekuatan kepadaku dan sahabat-sahabatku yang amat aku sayangi kerana-Mu, InsyaAllah.”
                                                                    

Kuimbau kenangan lalu, membuat air mata ini mengalir dengan deras sekali. Bak air sungai yang  mengalir deras tanpa ada halangan. Ahhh!! Ya Allah betapa manisnya ukhwah ini, aku syukuri nikmat-Mu kerana ini adalah satu nikmat yang sangat besar bagiku selepas nikmat Iman dan Islam.  


“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab.


***********************

Ukhwah adalah satu hubungan yang boleh diklasifikasikan sebagai satu hubungan yang luar biasa. Ia boleh membuatkan kita rasa gembira dan kadangkala boleh membuatkan kita rasa gundah atau resah.


Ukhwah juga boleh menjadi pembakar semangat untuk kita meneruskan kerja-kerja yang berat atau menjadi obor kepada azam yang kita bina. Ada satu kata-kata yang hendak saya kongsikan, “ukhwah yang baik ialah ukhwah yang mendekatkan diri kepada Allah,” dan ada pujangga pernah berkata, “kamu adalah sahabat kamu”.


Justeru, kita perlu pandai memilih sahabat, agar sahabat itu mampu membawa kita untuk sentiasa dekat dengan Allah. Saling berpesan-pesanan kearah kebenaran. 

~Pimpinlah tangan sahabatmu untuk bersama masuk ke syurga~


***********************


Kenapa agak-agaknya saya menceritakan tentang ukhwah hari ini? Anda tahu kenapa? Adakah anda faham apa itu maksud sahabat? Maksud sahabat disini ialah, kita boleh berkongsi suka dan duka bersama, sama ada susah atau senang. Hebatkan, bukan hanya sekadar berkongsi suka, bahkan duka!


Jom, saya kongsikan dengan anda. Hari ini hari yang sangat menyedihkan saya. Pagi tadi saya ikuti satu program iaitu Seminar Memperkasakan Personaliti Hawa. Alhamdulillah, seminar itu berjalan dengan lancar. Selepas solat zohor sahaja, saya terus masuk ke dewan untuk mengikuti slot yang seterusnya, tiba-tiba sahaja ada mesej masuk, dengan pantasnya saya mebuka inbox. Tergamam. Lidah kelu tidak mampu berkata-kata. Menitis air mata ini.

“salam, al-Fatihah buat pak cik Farid (ayah Aniqah syafifah) yang telah kembali ke rahmatullah, jam 2 petang tadi, solat jenazah pukul 6 petang di Changkat Ming,Perak(kg Zaujah).. sebarkan.”  -Izzati-



Semoga Aniqah tabah menghadapi ujian ini. Saya dapat banyangkan betapa sedihnya dia, dia satu kolej dengan saya dan satu sekolah menengah juga. Aku sangat mengenalinya sejak tingkatan 1 lagi. Dia merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Moga Allah mencampakkan rasa tenang dan tabah di hatimu duhai sahabatku. Takziah diucapkan.

 ~Dia sahabatku dunia akhirat, Aniqah~

***********************

Ukhwah juga merupakan barometer pengukur pasang surutnya keimanan. Semakin teguh ikatan persaudaraan fillah, semakin hampirlah untuk menjadi mukmin yang sejati (mu'minul al haq). Maka sudah tentunya figure manusia yang berukhwah adalah figure insan yang hidupnya basah dengan limpahan iman. 


Satu lagi yang menyedihkan saya, 2 orang junior yang mengambil diploma komunikasi disini, turut akan berpindah. Kedua-dua junior ini memang rapat dengan saya, ukhwah yang terbina ini tidak sampai 3 bulan, membuatkan saya lebih menghargai sahabat itu. Apa-apa pun perjuangan itu mesti diteruskan tidak kira dimana kita berada sekalipun. Moga Allah redha.


Buat kak Nur dan rabiah yang berpurdah ^^, ketahuilah saya amat menyayangi kalian kerana Allah. Kita bertemu kerana Allah dan kita berpisah jua kerana-Nya. Semoga redha Allah sentiasa mengiringi langkah-langkah kalian. Ambillah sebanyak-banyaknya kebaikan yang ada di KTD ini buat bekalan dalam perjalanan yang masih panjang ini. Jazakillah, kerana sudi bersahabat dengan saya.


“Sesungguhnya ikatan akidah itu adalah sekuat-kuat ikatan dan orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan islam, persaudaraan kepada Allah dan lillahi ta`ala akan dapat merasai dan menikmati satu kebahagian yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak dapat dikecapi oleh orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan yang fana ini.”

~Persahabatan yang terjalin hanya kerana-Nya~


**********************

“Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya, iaitu dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya.”


Harap-harap saya dan para pembaca tergolong dalam kalangan orang yang Allah naungi pada hari tiada naungan selain naungan Allah SWT, insyaAllah.


Ya Allah, pujuklah hati ini agar tabah seperti sahabat-sahabatku yang lain. Kuatkanlah kami untuk terus berdiri teguh dalam memperjuangkan agama-Mu. Jadikanlah air mata yang mengalir ini tidak sia-sia, bahkan yang kami harapkan air mata ini mampu memadamkan api neraka yang panasnya tiada tandingan, amin.”
  

Akhir sekali, saya mohon maaf jika perkongsian saya kali ini agak emosi. Hanya ini yang mampu saya buat kerana ini merupakan luahan hati saya. Mudah-mudahan memberi kesan pada hati kita.


P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit atau berbangga diri, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi.  


Luahan hati,
- permata yang dicari
17 JULAI 2011
Kota Bharu, Kelantan

16 comments:

  1. Sungguh aneh ukhwah itu..hadirnya tak pernah kita undang, keberadaannya tak pernah kita rasai,namun pemergiannya mengundang seribu keperitan di hati

    ReplyDelete
  2. > hisyam

    Ya, memang betul. ukhwah itu bertambah manis apabila disulamkan hanya kerana-Nya semata-mata.

    Bilamana saat perpisahan, pasti mengundang kedukaan dan kepiluan di hati.

    Hati sarat dengan air mata, mudah2an apabila ia tumpah sahaja dari kelopak mata ini, mampu memadamkan api neraka yang panas membahang.

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. Salam 'alaik....

    Subhanallah, indahnya ukhuwah kerana ALLAH, berkongsi segala suka dan duka, susah maupun senang..Allahu Rabbi!

    ~ Persahabatan itu terbina atas ranting kejujuran, bertunjangkan keikhlasan, lalu membuahkan kemanisan ikatan ~

    Semoga dpt menjadi sahabat wafa juga :-)
    Salam ukhuwahfillah^^

    ReplyDelete
  4. > Ahlia Iman

    Wa`alaikumsalam wbt..^_^

    Satu kata2 semangat buat saya.. jazakillah ya ukhti, sudi berkunjung ke sini dari jauh..

    InsyaAllah, moga kita bersahabat kerana-Nya. ^^
    Salam ukhwah fillah kembali..:-)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  5. macam kenal jer gambo tue??//ciplak eh??hihi

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. > Falha Ib Tisam

    hehehe, ya2, fatin ambik dkt syu punya blog.. jangan marah..

    Fatin tgk gambar aniqah tu, bermuka tabah..
    Jadi fatin pun ambik je la.. ^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  8. > _virus s0pan_

    Apa yang cuba ruziah nak sampaikan..?
    Knp padam.. =(

    Jika berkesempatan, datanglah sini lagi.. ^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  9. moga Allah memayungi ukhwah ini hingga ke syurgaNya,
    tabahlah dlm bershbt,
    hulurkanlah kata-kata semangat,
    moga semuanya menjd saksi,
    yg kita berpijak di atas hamparan realiti.

    ReplyDelete
  10. > Pelaut Rabbani

    InsyaAllah, itulah yang diharapkan.
    Memayungi ukhwah ini hingga ke syurga-Nya.

    Jazakallah, kerana meninggalkan jejak yang penuh hikmah disini. Jemput datang lagi..

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  11. salam...
    moga ukhwah kita semua berkekalan & disaluti iman yg indah..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...
    semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhir hayat..dan dinaungi dengan RahmatNya yang tak terhingga..dan tak boleh dibayar dengan wang ringgit...
    kak fatin ku sayang....

    ReplyDelete
  13. > Srikandi pertama

    W`salam wbt.

    InsyaAllah, amin.
    Jazakillah Nabilah. =)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  14. > Little Mashitah

    Wa`alaikumsalam wbt.

    Jazakillah, ainul meninggalkan jejak di sini..
    Terharu rasa..^^
    Jemput datang lagi ya.. =)

    Kemanisan ukhwah itu memang tidak boleh dibayar dengan wang ringgit.. Hebatkan..
    Subhanallah ^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. > CahayaPetunjuk

      Jemput dtg lg ya ukht.. Mg Allah kasih.. =)

      T_T

      ~Permata yang dicari~

      Delete