Friday, September 7, 2012

::.Biar Betul Benci.::



~proses pembersihan hati~



 Assalamualaikum wbt.
                             
Dengan nama Allah, apa khabar kalian? Moga bahagia dan tersenyum sentiasa. 
Alhamdulillah. Selayaknya dipanjatkan tangga-tangga kesyukuran kepada Allah atas kesudian memberi lagi kesempatan buat saya melayarkan tinta di laman ini. Pejam celik pejam celik sudah hampir dua bulan laman ini menyepi dan terus menyepi.    

            Kemeriahan sedikit sebanyak pasti menurun. Tetapi para tetamu langsung tidak jemu menanti sesuatu untuk dibawa pulang. Apa pun saya sangat menghargai kehadiran kalian kesini. Selagi saya mohon maaf kepada semua atas kelewatan saya menghadirkan tajuk baru disini atas sebab-sebab tertentu. Saya mengharapkan doa dari kalian semua. Semoga kalian sentiasa beroleh manfaat yang banyak di laman tarbawi ini, InsyaAllah. 

********************
Pernahkan anda berasa amat marah kepada seseorang kerana dia melakukan kejahatan kepada anda? Saya yakin perasaan itu pasti ada pada setiap daripada anda Cuma ianya akan terkawal dengan adanya iman didalam hati setiap orang.   

Pada masa itu, kasih kita semakin pudar terhadapnya dan timbul rasa benci. Kadang-kadang benci yang amat sangat sehingga kita akan benci segala perkara yang berkaitan dengan dirinya, perangainya, gerak-gerinya, suaranya tidak mahu kita dengari, wajahnya tidak mahu kita lihat hatta kelibatnya pun, pemberiannya tidak mahu kita terima, kita minta dijauhkan daripada terserempak dengannya dan pelbagai lagi.

Begitulah seharusnya kita bermuamalat dengan bisikan-bisikan dan seruan syaitan. Kita perlu membenci iblis dan syaitan kerana kejahatannya kepada umat manusia bukan sedikit. Betapa jahatnya syaitan dan iblis ini.

Iblis jugalah yang telah mengeluarkan datuk dan nenek kita yakni Adam dan Hawa dari syurga. Iblis jugalah yang membuatkan manusia bunuh membunuh dan berpecah belah. Iblis juga membuatkan manusia ingkar dengan perintah Allah. Akhirnya Iblis mengajak manusia untuk kufur dan syirik kepada Allah.

Iblis hanyalah mahu meramaikan pengikutnya di neraka jahanam. Bagaimanakah kita mungkin mengambilnya sebagai teman hidup kita?

Kita harus benci syaitan dan Iblis sebenci-bencinya. Justeru jauhilah daripada menuruti jejak langkahnya yang sentiasa jijik itu. Oleh sebab itulah, Allah telah berpesan supaya setiap perbuatan perlu diiringi dengan doa. Doa adalah SENJATA ORANG BERIMAN (klik). Ini jugalah antara tujuan sebenar umat Islam digalakkan supaya banyak berdoa.

Allah Maha Melindungi diri kita daripada ancaman musuh yang halus tetapi harus ingat, ianya bukan percuma. Usaha dan doa adala nilai yang perlu dibayar oleh setiap orang dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita.

Ingatlah apabila kita lalai daripada mengingati-Nya, Dia juga akan lalai untuk mengingati kita. Dia akan biarkan kita berhadapan dengan musuh secara sendirian.

Cuba kita tanya diri kita sendiri, mampukah kita untuk melawan godaan syaitan? Sedangkan melihat musuh yang nyata sekalipun kita sudah terketar-ketar. Jadi sama-sama kita perbanyakan doa dan usaha(mujahadah) untuk melawan syaitan dan iblis.

Rasulullah SAW mengibaratkan doa merupakan senjata orang mukmin. Mana mungkin tanpanya kita mampu menghadapi mehnah dan memperoleh sesuatu di pentas yang fana ini. Setinggi mana gunging yang kita daki, seluas mana lautan yang kita renangi, berdoalah kepada Allah, kerana setiap langkah yang kita hayunkan semuanya dengan izin Allah semata. Setialah dalam sentiasa bermunajat kepada Allah seperti mana para nabi dan sahabat yang sentiasa berhajatkan pada rahmat dan kasih-Nya. Sesungguhnya ia juga merupakan pencuci hati yang hakiki!!

Akhir kata, hanya segolongan manusia yang akan selamat dari tipu daya iblis iaitu hamba yang IKHLAS (klik) dalam setiap amalan mereka. Sama-sama kita mengikhlaskan hati kita. Moga dikira sebagai amal soleh, Wallahu`alam.    

p/s: Saya mohon maaf diatas penantian anda semua yang sentiasa mengharapkan ada tajuk baru yang di`post’ ke sini.. Mungkin atas kelalaian saya tidak menyampaikan sesuatu kepada semua. Apapun saya mengharapkan anda tidak jemu kesini. Buat seseorang yang saya hormati dan kasih kerana Allah semata, terima kasih kerana sentiasa mengingatkan saya untuk ‘update’ blog ini. Yang banyak mendidik dan mengajar saya. Saya doakan yang terbaik untuk anda. (“,)

~Permata yang dicari~
7 September 2012
- Kota Bharu, Kelantan-