Tuesday, March 13, 2012

::.Dua Rakaat Menghadapi Kesunyian Kubur.::

بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL


~Muhasabah dan tingkatkan kualiti iman~



Sebelum madah diteruskan ucapan salam ditujukan buat para pembaca sekalian.
Assalamualaikum wbt.              

         
         Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Terima kasih Allah, I love You Allah, segala puji dan puja hanya dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izin-Nya, jari ini masih laju menari di atas papan kekunci, menaip huruf demi huruf yang akhirnya menjadi bicara dari hati. Alhamdulillah!


Para pembaca yang dikasihi sekalian,

          Untuk kali, saya akan kongsikan satu tajuk iaitu “Menunaikan solat 2 rakaat untuk menghadapi kesunyian kubur.” Seperti yang kita tahu semua yang bernyawa dimuka bumi akan berhadapan dengan kematian sesuai dengan firman Allah di dalam surah Ali-`Imran ayat 185:  
 “Setiap yang bernyawa akan merasai kematian…”    


Jadi bagaimana dengan persiapan kita untuk berada di alam lain?  Adakah kita benar-benar bersedia menghadapinya dengan amalan yang hanya secebis?  Fikir dan renung-renungkan.


***************

Antara pesanan Rasulullah SAW kepada kita adalah:
Ø  Menggalakan umat solat malam (Qiyamullail).
Ø  Tunaikan solat 2 rakaat dalam kegelapan malam demi kesunyian di kubur.


Solat adalah penggerak utama. Solat malam ini tidak dapat ditandingi sebarang ibadah yang lain. Ganjarannya sangat besar di sisi Allah. Solat malam juga membekalkan para mukmin dengan potensi dan daya juang yang tidak dapat digambarkan betapa hebatnya.  


Firman Allah dalam surah al-Muzzammil ayat 6, yang bermaksud:
“Sesungguhnya, bangun malam (bersolat dan beribadah) itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan al-Quran pada waktu itu) lebih berkesan.”


***************

“Hendaklah kalian mengejarkan solat diwaktu malam, justeru itu adalah amalan orang-orang sebelum kamu dan yang mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, ia penembus segala dosa, pencegah segala keburukan dan menghapuskan segala penyakit yang ada dalam badan seseorang.”  (HR Tabrani & Mizi)


Huraian ini jelas kepada kita bahawa solat malam dapat membentuk menjadi hamba Allah yang Rabbani (kerap berhubung dengan Allah), berjiwa cerah, hati yang peka dan berfikiran mantap.


Selain itu solat malam tidak dapat dijadikan amalan kebiasaan kecuali dengan menggagahkan diri, melawan syaitan dan nafsu khasnya pada peringkat awal. 


***************

Apabila seseorang hendak tunaikan solat malam, datanglah malaikat seraya berkata kepadanya “bangunlah hari telah pagi, solat dan ingatlah Allah”. Dalam masa yang sama syaitan pun datang memujuk, “malam masih panjang, engkau boleh tidur lagi, nanti engkau bangunlah”. Jika ia  bingkas bangun dari tempat tidurnya untuk solat maka badannya akan menjadi ringan, cergas dan sihat. Jika ia patuh pada syaitan tidur hingga siang, syaitan akan ketawakannya. 


Rasulullah SAW pernah membayangkan tentang kubur dan siksanya. Kubur adalah anak tangga pertama ke akhirat. Jika selamat, peringkat seterusnya lebih mudah tetapi jika tidak selamat maka akan mengalami kesulitan untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Rasulullah SAW juga mengaitkan antara solat tengah malam dengan mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa di dalam kubur. Justeru, sama-samalah kita merebutnya.  


***************

Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua jika apa yang saya sampaikan ini tidak sampai ke hati anda, marilah kita muhasabah diri bersama dan sama-sama mengamalkannya. Moga Allah redha dengan kita semua. Wallahu`alam..


P/s : Perkongsian ini adalah catatan saya semasa di tingkatan 2 dulu. Saya telah pun berkongsinya dengan sahabat-sahabat dan adik-adik di MATRI dan di KTD. Kini saya tinggalkan catatan saya disini untuk anda. Saya berharap anda pula yang menyampaikan apa yang saya kongsikan ini dengan orang lain pula agar pahala itu tidak terputus begitu sahaja.(“,)


~Permata yang dicari~
14 March 2012
-Kota Bharu, Kelantan- 

12 comments:

  1. waalaikumussalam...terima kasih atas dorongan & semangat yg diberikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Bulan Syurga Firdausi

      Afwan.

      ~permata yang dicari~

      Delete
  2. Salam shbtku syg..

    Allah...terasa sayu jer bce..bnyk lagi nk kena muhasabah..
    nak tingkatkan diri..jadi muslimah yg solehah..
    jazakillah atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Srikandi permata

      W`salam wbt shbtku syg fillah aidhon^^

      Ya, kita pelu muhasabah diri bg meningkatkan iman.
      InsyaAllah, title muslimah solehah mampu kita gapai.
      Afwan, sebarkan apa yg kita miliki kepada orang lain pula.. =)

      Mg redha Allah bersama.

      ~permata yang dicari~

      Delete
  3. assalamualaikum...

    alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada sofea untuk menjana kuasa iman di sini...jazakillahu khair sudi berkongsi mengenai solat sunat(qiamullail)ni...

    memang susah nak bangun malam ni kan?tambah pulak kalo kita tidur dalam suasana yang nyaman dan damai...
    teringat saya ada senior saya pernah menyebut, Rasulullah SAW tidur hanya bertilamkan daun pelepah tamar(betul tak??kurang pasti...)dan berbantalkan lengan baginda sahaja..sebab itulah baginda mudah untuk berjaga malam sebab tidur dalam qanaah, bukan bermewah-mewah...
    jadi,senior cakap kalo kita mudah nak bangun malam,TIDURLAH DALAM KEADAAN QANAAH...(contoh:kurangkan penggunaan 'air-cond')=)

    sekadar perkongsian dan tambahan..maaf andai tersalah di mana-mana..mohon diperbetulkan..

    wallahua'lam~^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. > S-O-F-E-A

      Wa`alaikumussalam wbt.

      Alhamdulillah, afwan ya ukht habibati..

      Ya, mmg susah nak bangun tapi mujahadah yg kuat itu perlu. ^_^
      Benar, qanaah itu perlu agar mampu mencontohi Rasulullah saw.

      Jazakillah ya ukht kerana sudi singgah ke sini, jmput dtg lg ya sofie..

      Good luck for SPM..
      Do the best!! ^_^

      syg fillah,
      ~permata yang dicari~

      Delete
  4. Assalamu'alaikum fatin..:)

    Adik ape khabar? Moga sihat hendaknya, dan akk juga alhamdulillah dah sihat seperti biasa, syukur pada ALLAH...:)

    Terima kasih sekali lg atas tulisan ni, buat renungan diri akak, utk muhasabah di mana takuk iman dalam diri, Allahu Rabbi!

    Antara kata-kata org alim:-

    " Solat ditengah malam amatlah dihargai tetapi amatlah sedikit bilangan orang yang mengerjakannya dan ketahuilah kehormatan dan kemuliaan seorang mukmin adalah didalam solat tahajjudnya " Allahu Allah...

    Jazakillahu khair ya habibati, Allah yaftah aleik...
    Uhibbukifillah..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. > - Ukhty Iman -

      Wa`alaikumussalam wbt akak.. ^_^

      Wah, rindu sangat2 dengan akak.. ^^
      Alhamdulillah, Fatin sihat dgn izin-Nya..:)

      Ya, sama2.. InsyaAllah sama2 kita muhasabah diri sentiasa..

      Jazakillah hkk akak atas kata-kata orang alim itu akak.. ^^

      Na`am, afwan ya ukht habibati fillah.^^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  5. Replies
    1. > Cik Leiya

      Jazakillah lia krn sudi ke teratak ini..
      Mg beroleh manfaat yg banyak..

      Lama x dgr kbr..=)

      ~permata yang dicari~

      Delete
  6. syukran jazakallah khairan atas perkongsian ya ukhti..
    teruskan berkongsi =)
    erm lakukan sesuatu amalan lebih 40 hari ikhlas krana Dia...
    Insya-Allah kte dapat mengistiqamahkannya...
    akui bgun malam mnjdi berat namun krna Dia kte akan dpermudhkn-Nya..
    sea_lavender kongsikn entry lama ni ~~semoga bermanfaat ^_^
    http://wanieysmile0201.blogspot.com/2011/09/solat-tahajud.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. > sea_lavender

      Ya, afwan.. ^^
      InsyaAllah, doakan saya mampu berkongsi sesuatu yg bermanfaat buat semua..=)

      InsyaAllah, saya akan ke sana nnt. Jazakillah jugaa sudi berkongsi dengan saya..^_^

      ~permata yang dicari~

      Delete