~proses pembersihan hati~
Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah, apa khabar kalian? Moga bahagia dan tersenyum sentiasa.
Alhamdulillah. Selayaknya dipanjatkan tangga-tangga kesyukuran kepada Allah atas kesudian memberi lagi kesempatan buat saya melayarkan tinta di laman ini. Pejam celik pejam celik sudah hampir dua bulan laman ini menyepi dan terus menyepi.
Kemeriahan sedikit sebanyak pasti menurun. Tetapi para tetamu langsung tidak jemu menanti sesuatu untuk dibawa pulang. Apa pun saya sangat menghargai kehadiran kalian kesini. Selagi saya mohon maaf kepada semua atas kelewatan saya menghadirkan tajuk baru disini atas sebab-sebab tertentu. Saya mengharapkan doa dari kalian semua. Semoga kalian sentiasa beroleh manfaat yang banyak di laman tarbawi ini, InsyaAllah.
Alhamdulillah. Selayaknya dipanjatkan tangga-tangga kesyukuran kepada Allah atas kesudian memberi lagi kesempatan buat saya melayarkan tinta di laman ini. Pejam celik pejam celik sudah hampir dua bulan laman ini menyepi dan terus menyepi.
Kemeriahan sedikit sebanyak pasti menurun. Tetapi para tetamu langsung tidak jemu menanti sesuatu untuk dibawa pulang. Apa pun saya sangat menghargai kehadiran kalian kesini. Selagi saya mohon maaf kepada semua atas kelewatan saya menghadirkan tajuk baru disini atas sebab-sebab tertentu. Saya mengharapkan doa dari kalian semua. Semoga kalian sentiasa beroleh manfaat yang banyak di laman tarbawi ini, InsyaAllah.
********************
Pernahkan anda berasa amat marah kepada
seseorang kerana dia melakukan kejahatan kepada anda? Saya yakin perasaan itu
pasti ada pada setiap daripada anda Cuma ianya akan terkawal dengan adanya iman
didalam hati setiap orang.
Pada masa itu, kasih kita semakin pudar terhadapnya
dan timbul rasa benci. Kadang-kadang benci yang amat sangat sehingga kita akan
benci segala perkara yang berkaitan dengan dirinya, perangainya, gerak-gerinya,
suaranya tidak mahu kita dengari, wajahnya tidak mahu kita lihat hatta
kelibatnya pun, pemberiannya tidak mahu kita terima, kita minta dijauhkan
daripada terserempak dengannya dan pelbagai lagi.
Begitulah seharusnya kita bermuamalat dengan
bisikan-bisikan dan seruan syaitan. Kita perlu membenci iblis dan syaitan
kerana kejahatannya kepada umat manusia bukan sedikit. Betapa jahatnya syaitan
dan iblis ini.
Iblis jugalah yang telah mengeluarkan datuk
dan nenek kita yakni Adam dan Hawa dari syurga. Iblis jugalah yang membuatkan
manusia bunuh membunuh dan berpecah belah. Iblis juga membuatkan manusia ingkar
dengan perintah Allah. Akhirnya Iblis mengajak manusia untuk kufur dan syirik
kepada Allah.
Iblis hanyalah mahu
meramaikan pengikutnya di neraka jahanam. Bagaimanakah kita mungkin
mengambilnya sebagai teman hidup kita?
Kita harus benci syaitan dan Iblis
sebenci-bencinya. Justeru jauhilah daripada menuruti jejak langkahnya yang
sentiasa jijik itu. Oleh sebab itulah, Allah telah berpesan supaya setiap
perbuatan perlu diiringi dengan doa. Doa adalah SENJATA ORANG BERIMAN (klik). Ini jugalah antara tujuan sebenar umat Islam
digalakkan supaya banyak berdoa.
Allah Maha Melindungi diri kita daripada
ancaman musuh yang halus tetapi harus ingat, ianya bukan percuma. Usaha dan doa
adala nilai yang perlu dibayar oleh setiap orang dengan apa yang telah Allah
anugerahkan kepada kita.
Ingatlah apabila kita lalai
daripada mengingati-Nya, Dia juga akan lalai untuk mengingati kita. Dia akan
biarkan kita berhadapan dengan musuh secara sendirian.
Cuba kita tanya diri kita sendiri, mampukah
kita untuk melawan godaan syaitan? Sedangkan melihat musuh yang nyata sekalipun
kita sudah terketar-ketar. Jadi sama-sama kita perbanyakan doa dan
usaha(mujahadah) untuk melawan syaitan dan iblis.
Rasulullah SAW mengibaratkan doa merupakan
senjata orang mukmin. Mana mungkin tanpanya kita mampu menghadapi mehnah
dan memperoleh sesuatu di pentas yang fana ini. Setinggi mana gunging yang kita
daki, seluas mana lautan yang kita renangi, berdoalah kepada Allah, kerana
setiap langkah yang kita hayunkan semuanya dengan izin Allah semata. Setialah
dalam sentiasa bermunajat kepada Allah seperti mana para nabi dan sahabat yang
sentiasa berhajatkan pada rahmat dan kasih-Nya. Sesungguhnya ia juga merupakan
pencuci hati yang hakiki!!
Akhir kata, hanya segolongan manusia yang akan
selamat dari tipu daya iblis iaitu hamba yang IKHLAS (klik)
dalam setiap amalan mereka. Sama-sama kita mengikhlaskan hati kita. Moga dikira
sebagai amal soleh, Wallahu`alam.
p/s: Saya mohon maaf diatas
penantian anda semua yang sentiasa mengharapkan ada tajuk baru yang di`post’ ke
sini.. Mungkin atas kelalaian saya tidak menyampaikan sesuatu kepada semua.
Apapun saya mengharapkan anda tidak jemu kesini. Buat seseorang yang saya
hormati dan kasih kerana Allah semata, terima kasih kerana sentiasa
mengingatkan saya untuk ‘update’ blog ini. Yang banyak mendidik dan mengajar
saya. Saya doakan yang terbaik untuk anda. (“,)
~Permata
yang dicari~
7 September 2012
-
Kota Bharu, Kelantan-