Sunday, April 10, 2011

Jiwa yang kontang..


                            ~Jangan Biarkan Jiwa Kontang Tanpa Kasih Sayang Allah~                                                                                                                           

Saat tetamu sepi mengetuk jiwa,
Ada sesuatu kekosongan dirasai,
Jiwa kontang mulai menagih kasih dan simpati,
Ku cuba mencari-Nya dengan penuh tangisan,
Demi mendamba kasih-Nya yang abadi,
Wahai jiwa yang kontang,
Inilah iman yang gersang..
Membuat hati sentiasa walang,
Merindui tuhan memberikan pentunjuk,
Agar nafsu dalam sentiasa tunduk,
Pada Allah sentiasa ku mengharap,
Agar cinta yang didambakan menjadi kenyataan,
Dalam hati subur mekar mewangi,
Kasihnya Allah tidak bertepi,
Inilah cinta yang ku cari selama ini,
Doa dan harapan ku ukir setiap hari,
Agar berkekalan cinta hakiki.. amin.

  "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; Kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)"
(surah ali-‘imran:8)

Hasil nukilan:
FNSA `92

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.

    pertamanya, ingin ana mengucapkn ribuan terima kasih atas persinggahan enti ke laut rabbani.
    juga kesudian meninggalkn jejak di kotak komentar.

    mengenai pertanyaan enti ~

    terasa kerdil diri ini ingin menjawabnya,
    krn apa yg ana rasa.. ana bukanlah org pilihan utk diajukan soalan sebegitu,
    masih banyak kekurangan dan kelemahan,

    cuma sedikit yg boleh dikongsikan,
    biarlah apa yg kita tulis adlh apa yg lahir dri hati,
    itulah yg abg ali irfan pesan kt ana.
    moga dgn sbb itu,insan lainkan turut menjiwainya.

    Kata abg hilal~
    kita bukan mahu org kenal, ttp kita perlu org kenal.
    maksudnya, blog yg berkisar islamik atau yg mendidik..
    adlh wajar dihebah-hebahkan,
    mudah2an ada hati2 insan yg tertarik dgn islam apbl membacanya, subhanallah.

    bukan kurang sambutan sebenarnya,
    org x dtg ke blog kita kdg2 sbb mrk x tahu yg blog kita ini wujud,
    oleh itu.. antara langkahnya,
    promotlah blog kita samada di fb dan sbgnya, (",)

    sbg tambahan maklumat,
    mungkin enti boleh selami di sini.
    http://brohamzah.blogspot.com/2011/01/tips-berblog-agar-menjadi-amalan-soleh.html

    InsyaAllah.
    mungkin itu saja dri ana.
    maaf sbb terpanjang pulak.
    salam perjuangan,

    ~ pelaut rabbani ~

    ReplyDelete
  2. > ~mQ~

    Waalaikumsalam wbt

    MasyaAllah, terima kasih atas segalanya. tak mampu saya membalasnya.

    Moga ianya bermanfaat untuk ana. oh ya, mengenai promot dkt fb tu, mnjd masalah pd ana sbb ana mmg tak buat fb atas sebab tertentu. ana tak berminat.

    salam perjuangan kembali.

    ReplyDelete