Tuesday, April 26, 2011

^-^Erti cinta^-^

بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
                                                                                                                                  
~cinta yang yang hakiki hanya pada Allah~
                                                             
Alhamdulillah, segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat menitipkan sedikit tinta yang lahir dari hati yang hina serta kerdil ni.

Pembaca yang dikasihi sekalian,
Tajuk saya pada kali ini adalah “CINTA”. Saya rasa tajuk ini mungkin ramai yang tertarik kerana cinta itu adalah satu perasaan yang paling besar dalam diri seseorang. Kalau tidak mana mungkin boleh timbulnya rindu dan bermacam perasaan lagi,bukan? 

Seperti kita dengan pencipta kita, apabila kita megenal Allah maka akan membuahkan iman maka timbullah rindu kepada Allah. Inilah cinta yang sebenar. Tetapi kadang- kadang kita sering tersalah tafsir erti cinta. Di sini saya ada satu kata-kata yang saya sempat mencatatnya semasa penyampaian dari seorang murabbi di KTD iaitu sir Rosdi bin Baharom:
“Apabila iman telah merasuk hati, maka timbullah rindu kepada Allah, namun hati tidak dapat meninggalkan gemerlapan dunia, maka hati ditarik-tarik antara mencintai Allah dan mencintai dunia. Oleh itu, pilihlah untuk meninggalkan semua maksiat hati kerana kesannya besar diakhirat, walaupun pedih di dunia, pilihlah yang terbaik kerana berjuang memang pahit  sebab syurga itu manis. Semoga mampu menanggalkan  karat-karat jahiliyah sedikit demi sedikit kerana berusaha kearah itu dikurniakan pahala dan ganjaran, insyaAllah.”


***************

 Bila diceritakan bab ini saya teringatkan sahabat baik saya, Adeela(bukan nama sebenar). Adeela merupakan seorang yang berkepimpinan dalam semua hal. Dari segi dakwah dan tarbiyahnya, sangatlah membanggakan. Hubungannya dengan Allah sangat-sangat dijaga. Dia turut disegani oleh sahabat-sahabatnya yang lain kerana kelembutan dan sifat malunya yang tinggi, hatinya sangat lembut  dan mudah tersentuh. Guru-guru dan warden juga turut menyayanginya. Semasa berada di tingkatan 5, Allah telah mengujinya dengan sesuatu yang tidak mampu kami semua tempuhi jika Allah yang menguji kami.


***************

Tapi mungkin Allah memilihnya kerana dia mampu. Ya, dia mampu. Ini semua adalah disebabkan cinta! Kerana cinta dan terlalu mengikut hawa nafsu dia telah disisihkan. Kasihan dia. Disebabkan dia telah bermain SMS dengan salah seorang pelajar lelaki di situ dia disisihkan. Saya hanya memerhatinya dari jauh sahaja. Dia selalu bersendirian di surau. Kebanyakkan adik-adik yang memberinya kekuatan. Mana pergi sahabat-sahabatnya yang sangat menyayanginya dahulu?

Saya perhatikan Adeela banyak habiskan masanya dengan belajar memandangkan tahun itu kami semua akan mengahadapi SPM. Mungkin dia sudah tidak melayan perasaan sedihnya lagi dek kerana disisihkan sahabat-sahabatnya. Saya cuba untuk mendekatinya semula kerana dia adalah sahabat saya. Benarlah kata seoarang ulama, jika kita tidak sibukkan diri kita dengan kerja-kerja islam, syaitan akan mengambil peluang untuk memesongkan kita, nauzubillah.


*************** 

 Peperiksaan SPM semakin hampir, kami pelajar tingkatan 5 membuat satu perjumpaan. Dalam perjumpaan itu, suasananya sangat tenang dan kadang-kadang kesedihan itu datang menjengah seketika. Tiba-tiba ada seorang sahabat kami bangun dan meminta izin untuk bercakap sesuatu. Rupa-rupaya dia dan sahabat-sahabat yang lain hendak meminta maaf kepada Adeela. Menitis air mata Adeela jatuh ke bumi dan jauh disudut hatinya dia mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana memperkenankan doanya agar melembutkan hati sahabat-sahabatnya untuk menerimanya kembali. Alhamdulillah!

Sebelum kami menamatkan pejumpaan itu, Adeela bangun untuk menyamaikan sesuatu. Dengan khusyuk kami mendengar apa yang cuba hendak disampaikannya. Dia memohon maaf juga atas kesilapannya dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menerimanya kembali. Sebenarnya, agak lama juga Adeela disisihkan oleh sahabat yang lain, mungkin pedih hatinya untuk menerima semua ini. Mungkin Allah mengujinya lebih awal berbanding sahabat-sahabat yang lain.


***************            

Cinta menurut ibnu Qayyim, “adalah landasan bagi hidupnya hati dan jiwa, tidak ada bagi hati kenikmatan, kurnia dan keberuntungan keculi bersama cinta. Bila hati kehilangan cinta maka sakitnya lebih pedih dari mata yang kehilangan cahaya atau telinga yang kehilangan pendengaran. Tapi hati akan rosak ketika ia hampa dari mencintai dzat yang menfitrahkan cinta itu, Allah yang maha mencipta. Maka teruslah bangkit dengan keimanan.”

Setelah tamat SPM, kami semua tidak terus balik ke rumah. Sebenarnya ada program yang dirancang lebih awal sebelum SPM lagi. Program itu adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan kami sebelum keluar membawa haluan masing-masing nanti. Saya melihat Adeela semakin bersemangat dalam meneruskan persahabatan walaupun dulu persahabatan itu pernah rapuh. Semua ini adalah kuasa Allah. Hubungan Adeela dengan Allah juga sangat-sangatlah terjaga. Cintanya dengan Allah semakin mekar mewangi. Itulah yang dikatakan cinta yang hakiki. Cintakan manusia yang berlainan jantina membawa derita jika tidak mengikut syariat.


***************   

Itu sajalah buat kisah Adeela, untuk pengetahuan semua, sekarang ini Adeela telah melanjutkan pelajaran di sebuah IPT tempatan. Dia telah menjadi seorang yang hebat dan sering ditanya oleh sahabat-sahabatnya yang lain bagaimana hendak mengawal perasaan cinta terhadap manusia yang berlainan jantina, maklum sajalah sekarang ini virus cinta di kalangan remaja semakin menjadi-jadi. Semoga kita semua mengambil iktibar. Saya ada satu kata-kata yang boleh diambil iktibar oleh semua, semoga ianya bermanfaat;
                                                    Lelaki…        
“Mereka golongan licik yang mampu memesongkan hati suci seorang wanita. Jangan percaya dengan janji cinta diatas nama Allah, hanya pada nama. Jika benar cinta mereka tulus, maka perkahwinan merupakan buktinya. Jangan sia-siakan masa mencintai insan lain sedangkan Allah itu sangat cemburu. Sanggupkah kita sebagai hamba membiarkan pencipta cemburu dek kerana hati yang walaupun sedikit untuk mencintai orang lain yang tidak layak untuk dicintai. jangan percaya ungkapan “i love you”. Kerana “I love you” yang sebenar adalah ungkapan aku terima nikahnya. Berkorbanlah buat masa yang singkat ini untuk mempersiapkan dirimu untuk bertemunya yang akan mengungkapkan aku terima nikahnya suatu hari nanti kerana cinta mereka mampu membawa kejalan kebahagiaan ke jalan syurga. Wallahu`alam. Renungan bersama kerana kita tersilap tafsir erti CINTA yang sebenar.” 

  ~malu itu sebahagian daripada iman~

***************

Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua dan marilah kita muhasabah diri bersama. Moga Allah redha dengan kita semua. Wallahu`alam..

P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit dan mengingatkan apa-apa kenangan lalu, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi. (",)

Yang mengharap doa kalian untuk terus kuat
-Fatin Nabila Bt Sharul Azimin-

16 comments:

  1. when i read this story..i remember smething bad story in my life...that i want to erase in my mind box...btw...experience is the best teacher...learn from mistake...kalau jumpa adeela say this to her.."forget all bad in your life,walk facing the sun .. because you will leave the shadow of your face you .. even watered sun .... .. do not pass over the sun as it will make you always left behind .... and you will only be chasing shadows you"..
    salam..

    ReplyDelete
  2. > AL-FARISI

    Jazakallah atas komen di atas, ana mmg fhm sgt2 dengan komen nta diatas. Ana sgt yakin nta mmg fhm dengan apa yang ana sampaikan di atas sana.
    Ana tahu ana bnyk salah.

    p/s: sebaik2 org yg melakukan kesalahan adalah org yg bertaubat.

    ReplyDelete
  3. Little Mashitah...
    says:..
    assalamualaikum...
    kak fatin...
    tau tau..kami rindu sangat kat kak fatin...
    lama tak jumpa...
    kak fatin sihat??
    he..he..
    bukan tak mau balas yang kak fatin hantar hari tu..
    tapi..tak tau blog kak fatin apa...
    ermm..
    pasal KTD tu...
    insyaAllah...bulan 6..
    kami masuk...tunggu ya...
    kami amik kos...
    diploma sains komputer(teknologi maklumat)..
    doakan yer...kos ni senang...
    nanti kita jumpa ya...
    misss you..
    uhibbukifillah...

    from::
    LITTLE MASHITAH...

    ReplyDelete
  4. > mashitah

    Waalaikumsalam..

    Jazakillah ainul sudi jg dtg ziarah blog k.fatin ni..
    k.fatin pun rindu sgt2 dkt ainul ni ^_^
    nanti kita jumpa dkt KTD ye..

    k.fatin skrg tgh cuti, 12 mei ni kena msk dftr blik,
    15 mei dah mula kuliah..
    tlg doakan k.fatin ye..
    miss yoy to..
    waana adhan ^_^

    ReplyDelete
  5. Salam ukhti, alhamdulillah syukran atas sharing.

    Berdasarkan kisah yang dinyatakan, cara rakan-rakan "menyisihkan" seseorang apabila melakukan kesalahan dan kesilapan harus diharmonikan dan diperbetulkan konsepnya.

    Bimbang jika tidak kena cara dan kaedah, teman atau rakan tadi akan lebih jauh, terpinggir jauh dan akan menjauhkan diri daripada teman-teman rapat mereka.

    Apapun, berwaspada dengan penangan "pujukan cinta palsu lelaki" harus ditangani dengan iman, syara' dan ajaran Rasulullah SAW. Semoga Allah berikan kita semua hidayah-Nya.

    Sekian, insan yang kerdil
    BroHamzah

    ReplyDelete
  6. > brohamzah

    W`salam.

    Jazakallah kerana sudi ke blog yang sederhana ini.
    ana hanya mampu lauhkan apa yang terbuku dihati.
    semoga luahan ini bermanfaat untuk semua, insyaAllah.

    Ya, perlu berwaspada dgn pngan "pujukan cinta palsu lelaki". ana hanya perlukan doa semua org utk terus berdiri teguh. semoga Allah xkn lpskan diri ini terus hanyut lagi seperti dulu2.

    ReplyDelete
  7. Salam.. Bukan nak komen, sebab ana bukanlah hebat.. Namun sebagai seorang sahabat, ana ingin ucapkan setinggi tahniah kerana k.fatin minat dalam bidang penulisan. sekiranya bakat diasah lagi, kita dapat bersama berganding bahu, berjabat mesra dalam bidang novelis. InsyaAllah, ana akan sentiasa doakan kejayaan mereka yang berusaha menaikkan nama Islam di alam maya ini..

    "Ajaibnya orang beriman, apabila ditimpa musibah.. mereka menyatakan itulah cinta Allah dan mereka bersabar.. Apabila dilimpahi kesenangan, mereka berasakan itulah rahmat Allah dan mereka bersyukur.."

    ReplyDelete
  8. > Daie Huffaz

    W'salam.. Jazakillah atas sokongan yang diberikan..
    k.fatin amat m'hargainya.
    cuma teruskan berdoa untuk k.fatin ye ^_^

    Apa2 pun k.fatin nak ucap trm ksh kerana sudi meninggalkan jejak di kotak komentar ini.(",)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt,

    sekadar tambahan dri komen yg ada.
    bolehkah?

    kehidupan di dunia ini,
    bukanlah medan utk kita mengambil hadiah,
    ttp sebuah medan pertandingan yg amat melesukan,
    penuh susur galur dan halangannya,
    oleh itu,
    tabahkn diri dan sulami hati dgn kasihNya,
    mudah2an hadiahnya mampu kita raih di akhirt sana.

    Amin.

    P/s : apa yg ditulis adlh utk diri ini juga. =)

    ReplyDelete
  10. > ~mQ~

    Waalaikumsalam wbt.

    Ya, blh..
    MasyaAllah, jazakallah atas kata2 itu.
    Doa yang sama juga untuk pemilik 'lautan rabbani'.

    Amin. (",)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..
    syukran atas entry 2..rs mcm peristiwa 2 dkt sgt dgn saya..maybe sy pun ada sekali kot :)

    'Apa yang dilihat indah hanyalah umpama fatamorgana.Panas yang membahang disangka air,
    Lalu kita berebut-rebut mengejarnya.
    Nampak indah dari jauh,ttp apabila didekati?
    KOSONG MAKNA....
    Begitulah juga cinta terlarang pd usia yang tdk sepatutnya...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...
    alhamdulillah...
    minta maaf k.ten...
    semalam dah cuba komen..
    tapi tak boleh
    tadi p0n sama...
    sekarang alhamdulillah...

    bagi atief...senior tu memang hebat..
    walaupun disisihkan....
    walaupun dipingirkan
    meskipun diketepikan...
    tapi dia kuat!!!
    tabah melayan karenah kawan-kawan...
    cuba untuk melawan hawa nafsu...walaupun tersungkur...
    alhamdulillah...
    betulla kan...
    HIDAYAH tu milik Allah...
    tak da sesapa yang boleh ubah...kecuali ALLAH..

    cikgu Zaiton selalu sebut....
    perkara-perkara yang Allah murka semua kita nampak cantik...
    sebab apa?
    sebab SYAITAN mencantikkannya!!!!
    wallahua'lam~

    ReplyDelete
  13. > ~nunaa~

    Waalaikumsalam..

    Jazakillah atas peninggalan jejak di sini..
    Saya amat2 m'hargainya.^_^
    Apa pun,
    terus doakan 'Adeela' terus kuat..

    Terima kasih=)

    ReplyDelete
  14. > Atief

    Waalaikumsalam..

    Jazakillah atip sudi ke blog k.ten yg sederhana ini..
    Biasalah tu, kadang2 blh buka blog ni, kdg2 x boleh..
    Ciptaan manusia x sempurna sprt cptaan Allah ^_^

    Jangan lupa doakn k.fatin untuk terus kuat..
    Terima kasih atas peninggalan kata2 cikgu Zaiton yg sgt bermanfaat untuk k.Fatin tu.. =)

    sekian,
    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  15. > Srikandi permata

    Thank you..=)
    Semoga bermanfaat.^_^

    sekian,
    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete