Sunday, June 19, 2011

::.4 Perkara Sebelum Tidur.::

 selamat melaksanakan 4 perkara sebelum tidur


بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
                                                                                                                                  
 Alhamdulillah, segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat menitipkan sedikit tinta yang lahir dari hati yang hina serta kerdil ini.


Para pembaca yang dikasihi sekalian,
         
        Apa khabar hati-hati anda sekalian?? Untuk kali, saya akan kongsikan satu tajuk iaitu “empat perkara sebelum tidur”. Seperti yang kita tahu kita perlu baca doakan? Terlalu sedikit apa yang kita tahu itu, jadi jom kita selami apa yang patut kita lakukan sebelum tidur seperti yang telah diajarkan Rasulullah SAW kepada kita. Anda sudah bersedia? Jom kita kutip permata itu bersama-sama.   


*************************


(Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a :

“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:
1)      Sebelum khatam Al-Quran.
2)      Sebelum membuat para nabi memberi syafaat di hari akhirat.
3)      Sebelum para muslim meredhai kamu.
4)      Sebelum kamu melaksanakan haji dan umrah.”


Bertanya Aisyah:
 “Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan empat perkara tersebut?”


Rasulullah tersenyum dan bersabda:
1)      “Jika engkau hendak tidur bacalah surah al-Ikhlas tiga kali seolah-olah kau mengkhatamkan al-Quran.”


Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca surah al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.”


Subhanallah, hebatkan para pembaca sekalian.. ? Saya terasa kagum bila mula-mula tahu dan membacanya. Jom kita selami lagi kehebatan-Nya. =)


*************************


(Demikian diterangkan dalam Tadzikarah Qurthuby)

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada sahabat-sahabatnya:
“Siapakah antara kamu yang dapat khatam al-Quran dalam jangka masa 2 hingga 3 minit?”


Tiada seorang sahabat pun yang menjawabnya, malah Saiyidina Umar telah berkata:
“Mustahillah untuk mengkhatam al-Quran dengan begitu cepat sekali.”


Kemudiannya Saiyidina Ali mengangkat tangannya untuk menjawab teka-teki Rasulullah SAW itu, namun dengan pantas Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali masih kecil dan tidak tahu apa yang dikatakannya itu.


Lantas, Saiyidina Ali membaca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan Rasulullah SAW menjawab dengan menyatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

     
     Membaca surah al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran, lalu jika dibaca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali maka khatamlah al-Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.


*************************

2)      
 “Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari akhirat.”
- "اللهم صلى على محمد وعلى أله وصحبه وسلم"-

*************************

3)      
 “Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.”
- "أستغفر الله الذى لا إله إلا هو الحى القيوم وأتوب إليه" –


*************************

4)      
 “Dan yang terakhir, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir maka seolah-seolah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.”
- "سبحان الله الحمد الله ولا إله إلا الله والله أكبر" –

*************************


Saya rasa setakat ini dahulu perkongsian saya dengan semua untuk kali ini, semoga anda dapat manfaat dari apa yang saya telah kongsikan ini. Jangan lupa amalkan bila sudah tahu.


p/s: sekiranya anda ingin mengumpulkan saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada orang lain juga. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati sepertimana sabda Rasulullah SAW:


“Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”

 Sesungguhnya apabila matinya anak adam itu maka terputuslah segala amalnya kecuali 3 perkara yang akan dibawanya bersama, iaitu:
        I.            Sedekah / amal jariahnya.
      II.            Doa anaknya yang soleh.
    III.            Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wallahu`alam, semoga sampai kehati kalian, insyAllah.   

~Permata yang dicari~
19 JUN 2011
-Kota Bharu, Kelantan-

4 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t..

    Terima kasih kerana sudi mengingatkan hamba..
    sedikit perkongsian..insya-Allah.

    "Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih. (Aku pohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain DIA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku bertaubat kepadaNYA).
    Maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia."
    (HR at-Tirmizi)

    Nak tambah satu lagi..

    “Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim no. 2674)

    Semoga kita sama-sama terus dapat mengajak antara satu sama lain ke arah kebaikan dalam misi untuk mengapai mardotillah,insya-Allah.
    Tegurlah apa yang slah di hati fatin,insya-Allah hamba pasti suka untuk menerimanya..teruskan penulisan..moga Allah memberi mudahkan urusan tuan hamba pada hari ini,esok,dan selamanya..ameen~

    ReplyDelete
  2. > ruziah

    Wa`alaikumsalam wbt.

    MasyaAllah panjangnya.. =) xpa2 Fatin suka..
    Jazakillah ruziah kerana meninggalkan jejak di sini..

    terima kasih atas doanya.. doa yang sama untuk ruziah yang disayangi dari jauh ^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. > wardah

    Alhamdulillah, semua ini Allah yang bagi..^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete