Friday, June 24, 2011

::.Kisah anak yang tetap memuliakan ibu bapanya walaupun mereka telah bertukar menjadi babi.::

~Berbaktilah Kepada Mereka Selagi Mana Mereka Masih Hidup~


“Ya Allah dengarlah doaku ini. Aku mohon kau ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku ketikaku kecil.”


 Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah, untuk kali ini saya hanya ingin berkongsi satu kisah yang mungkin pernah dan tidak penah didengar oleh orang lain. Kisah ini tentang seorang  anak yang tetap memuliakan ibu bapanya walaupun mereka telah bertukar menjadi babi. Saya tertarik untuk membaca kisah ini apabila melihat tajuknya. Rasa ingin tahu kisah selanjutnya. Jika anda tertarik dan ingin tahu, bacalah dahulu kemudian buatlah kesimpulan dan muhasabahlah diri. 


Tersebutlah al-kisah, Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setip kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan  Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah pun mejawab dengan menyatakan nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang diberitahu oleh Allah. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.


*************************


Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam, baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.  Tidak lama kemudian, dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa semua ini?” Nabi Musa berbisik dalam hatinya dengan penuh kehairanan.


Babi itu dibersihkan dan di mandikan dengan baik. kemudian babi itu, dilap sampai kering serta dipeluk cium dan dihantar semula ke bilik. Tidak lama selepas itu, dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


*************************


Selesai sahaja kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?” “Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.


“Wahai tuan hamba,” kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua-dua babi itu ialah ibu bapa kandungku. Oleh sebab mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku,” sambungnya.


“Setiap hari aku berdoa kepada Allah, agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah belum memakbulkannya lagi,” tambah pemuda itu lagi.


*************************


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami.”


Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Oleh sebab dia telah berada di maqam anak soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.”


*************************


Itulah berkat doa anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk kedalam neraka hingga dapat berpindah ke syurga. Subhanallah, hebatkan? Tidak cukup sekadar berdoa sahaja, bahkan berbaktilah kepada ibu bapa dengan penuh keikhlasan. 


Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak, aminnn. Saya hendak tambah sedikit sebelum saya akhiri kisah ini, “erti kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya bukan melalui wang ringgit, tetapi dengan doanya supaya ibu bapa mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.”


p/s: Itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan semua, semoga bermanfaat. Ambillah iktibar dari cerita diatas dan tetaplah kita dalam melakukan kebaikan(istiqamah). Wallahu`alam. ^_^

          
         ~permata yang dicari~
24 JUN 2011
-Kota Bharu, Kelantan-

6 comments:

  1. subhanallah.. jom kita cek balik, apa kebaikan yg telah kita bt tuk mak ayah kita hari ni..

    astaghfighrullah... ;(

    ReplyDelete
  2. Salam...maklumat y dapat menyentuh jiwa2 ini..ibubapa adalh insan y hebat dlm menjaga kita..pengorbanan..mcm2..moga kita sempat membalas kasa mereka..amin..

    ReplyDelete
  3. > wardah

    Ya, jom sama2 kita cek balik setakat mana kita berbakti pada mak n ayah kita..

    Mmg x terbalas jasa mrk terhadap kita, yang terlalu hebat..

    Semua itu pemberian Allah kepada kita,
    Dapat ibu bapa yang sanggup membesarkan kita..
    Jadi apa tugas kita slps itu??
    Sama2 kita fikirkannya..^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  4. > Srikandi Permata

    W`salam wbt.

    Hmm, betul3..=)

    Jasa2 mereka terlalu banyak terhadap kita.
    Mudah2an Allah sentiasa beri kita kesempatan
    untuk kita berbakti kepada ibu bapa.

    Semoga jadi anak soleh disisi Allah, amin.^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    subhanallah...
    post akak ni m'buatkan sy rasa sedih..:(
    adakah kita sudah cukup berbakti kpd ibu bapa kita?
    apapun moga kita sentiasa berada dlm rahmat-Nya..
    insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  6. > Wardatul Syauqah

    Wa`alaikumsalam wbt.

    insyaAllah, amin..=)
    Yang membuat adik rasa sedih ni dtg dari Allah..

    Hanya Allah sahaja yang mampu menyetuh hati adik bila membaca ini..

    Mudah2an kita jadi anak yang soleh dipandangan Allah.. ^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete