Sunday, December 25, 2011

::.Perjalanan Seorang Hamba.::


 
  ~that basically need to do is to strive for the hereafter~     


Bilik semakin sunyi, seorang demi seorang beransur meninggalkan bilik menuju ke destinasi untuk pulang bercuti. Hanya seminggu.  Kepulangan itu ditemani dengan tompokan awan yang gebu lagi segak tetapi cahaya bulan tidaklah kelihatan pada malam itu. Hembusan angin bak sutera yang melambai-melambai membuatkan jiwa terasa tenang sahaja. Sinaran lampu jalan memeriahkan malam yang gelap gelita.  
                                                                 

Dalam pada itu,  sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam berkilat sudah berada di hadapan kolej kediaman. Pintu kereta terkuak dan seorang kanak-kanak lelaki keluar dari kereta itu. Wan Muhammad Nabil. Tangannya melambai-lambai kearah seseorang. Memanggil- memanggil diminta cepat.

“Kak Fatin, sini. Nabil ni.” Panggilnya.

“Ya, kak Fatin datang ni.” (sambil tangan mengangkat beg)


Masuk dalam kereta terus salam dengan paksu dan maksu. Kereta meluncur sederhana perlahan menuju ke stesan bas. Ramainya. Bas pukul 9.00 malam. Mata sibuk mencari kawan-kawan yang naik bas sekali. Dekat situ rupanya.

“Eh, bas dah sampai tu. Jom pi letak beg.” ajak Fauzana. (dengan loghat utaranya)

“Jom.” balas saya, Iman dan Nawal bersahaja.


Masa naik bas, kami duduk mengikut ‘seat’  yang telah ditetapkan mengikut apa yang tertera di tiket bas yang dibeli seminggu sebelum tarikh hari ini. Fauzana dan Iman duduk sekali. Nawal pula duduk sebelah kak Ju. Saya? Saya dapat ‘single seat’. Dah la depan sekali. Tak suka betul.:( Doa bermusafir tak dilupakan.


Setelah jauh perjalanan, saya terlelap. Rasanya dah ada dekat Jeli. Hutan sekeliling. Ya Allah, masa tu rasa letih sangat-sangat. Dah tak mampu nak angkat mata. Berat sangat. Mungkin kerana aktif sangat disiang hari masa dalam kelas. Kehulu kehilir masa di kolej. Tiba-tiba, rasa macam ada orang panggil kuat sangat dan beulang-ulang kali.

“Fatin, Fatin! Fatin….!!! Fatin.. Fatin!!!!!!”


Sungguh, masa tu tak mampu nak celikkan mata. Rasa berat sangat-sangat. Tapi dalam hati sempat lagi berbicara. Siapa pula yang panggil ni. Saya cuba untuk membuka mata dan melihat ke sebelah kanan saya. Semua tidur. Nyenyak lagi tu. Pakcik bas fokus saja. Bila pusing belakang, semua tidur juga. Sepi.  Terdetik juga siapalah yang panggil tadi. Biarlah. Saya lotarkan pandangan ke luar. Gelap. Hutan sepanjang jalan.


********************


Tepat pukul 4.10 pagi, kami sampai di stesan bas Butterworth, Penang. Alhamdulillah. Kelihatan mak dan abah setia menanti. Pantas langkahan saya menuju kearah emak dan abah. Bersalam dan berpelukan  dengan penuh senyuman, walaupun mengantuk tadi belum hilang lagi.


Tiada sebuah kereta pun sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Sunyi sepi. Cepat sikit sampai, jalan tak sesak. Sempat juga saya berbual dengan mak dan abah dalam kereta. Macam-macam isu. Antara isu yang menjadi pilihan, masa saya dekat atas bas. Tiba-tiba ada suara memanggil. Mak saya cakap, jangan fikir sangat. Mungkin syaitan nak permain-mainkan saja. Tepat pukul 5 pagi, sampailah kerumah. Acik, tercegat di depan pintu.

Aik, awainya acik bangun, adik dengan alang pun bangun juga ka?” Sapa saya sambil tersenyum. 

“Dak aih, acik sorang ja yang bangun.” Jawabnya acuh tak acuh (sambil menyalam saya)


Saya terus membawa diri kebilik, meletak beg. Dalam hati berdoa agar hari yang mendatang lebih baik dari sebelumnya. Ya Allah, pimpinlah hati hamba-Mu ini ke jalan yang Engkau redhai. Moga Allah redha sepanjang hidup di dunia dan di akhirat, insyaAllah.  

Tamat. ^_^


p/s: Post kali ini santai sahaja. Yang baik itu ambillah, yang lemah dan kurang itu tinggalkan. Wallahu`alam. ^_^


~permata yang dicari~
26 December 2011
 -Bukit Mertajam, Pulau Pinang-

6 comments:

  1. assalamualaikum...

    menakutkan pulak...hehehe...
    bergantung harap hanya padaNya mesti teguh...

    gunakan masa cuti k.fatin dengan sebaik mungkin yea...

    salam ukhuwah....

    ReplyDelete
  2. > sofeaqistina

    Wa`alaikumsalam wbt.

    InsyaAllah, jazakillah sofea atas ingatan itu ^_^

    Ya, begantung harap hanya pada-Nya, tapi perlu ada usaha juga kan? =)

    salam ukhwah fillah kembali sofea..
    Moga Allah kasih. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    buat shbtku syg...mgkin itu adalah satu ilusi dek krn kelethn..

    ape2pun..letakkan pergantungan seluruhnya kpd-Nya..pasti jiwamu tenang..

    moga cutimu kali ini membawa manfaat..

    uhibbuki fillah..^_^

    ReplyDelete
  4. > Srikandi permata

    Wa`alaikumsalam wbt.

    Ya, mgkn juga.=)
    InsyaAllah, doakan fatin ya.. terus kuat agar mampu mengekalkan jiwa yang tenang dgn kasih Allah.

    InsyaAllah, amin.

    uhibbuki fillah aidhon.. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  5. selamat bercuti dik..
    semoga hatimu tetap teguh dijalan-Nya...=)

    ReplyDelete
  6. > cik dila

    Terima kasih akak..
    InsyaAllah, amin.

    Datnglah ziarah blog ini lagi,
    mg beroleh banyak manfaat.. =)

    ~permata yang dicari~v

    ReplyDelete