بسم الله الرحمن الرحيم
~Mardhotillah Yang Perlu Di kejar dalam hidup~
Apa yang dimaksudkan dengan mutiara disini? Anda ingin tahu? Jom sama-sama
kita membacanya. Mutiara yang dimaksudkan disini ialah ikhlas dan ianya sangat
perlu dijaga. Ikhlas adalah satu perkataan yang sangat mudah kita lafazkan tapi
bukan mudah untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Terkadang keikhlasan itu hanya
mampu dijaga diawal perbuatan, namun akhirnya jatuh juga ke lembah riyak dan
ujub. Nauzubillah!!
Keikhlasan adalah sebutir mutiara yang sangat mahal yang harus dimiliki
oleh setiap Mukmin. Mutiara yang mesti digilap daripada pelbagai macam kotoran
dan debu. Apatah lagi orang yang ikhlas akan sentiasa dibayangi oleh syaitan
durjana yang ingin merosakkan amalan ikhlasnya.
MAKSUD DI
SEBALIKNYA
Ikhlas
dari segi bahasa ialah bersih daripada kekotoran, manakala dari segi istilah
syarak membawa maksud: berniat mengharapkan keredhaan Allah dengan melakukan
amal tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun. Segala amal orang yang
ikhlas dilakukan semata-mata kerana Allah.
Dalam
Surah al-An’am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah! Sesungguhnya solatku,
ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam.” Ikhlas
dengan pengertian seperti itu merupakan salah satu hasil daripada kesempurnaan
amalan kita kepada Allah s.w.t.
KELEBIHAN ORANG
YANG IKHLAS
Terdapat
banyak fadhilat atau kelebihan orang yang ikhlas dalam amalannya yang disebut
oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran. Di antaranya adalah, Allah akan menolong
hamba-Nya yang ikhlas, menjaga hamba-Nya dengan Penglihatan-Nya yang tidak
pernah tidur. Allah juga akan memperkenankan doa orang yang ikhlas walaupun
kadang-kadang manusia sering lupa untuk bersyukur setelah dapat apa yang
diminta.
Mari
kita renungi firman Allah dalam surah Yunus ayat 22-23 yang bermaksud: “Dialah (Allah)
Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di atas daratan, belayar di lautan,
sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan meluncurlah bahtera itu
membawa penumpang-penumpang di dalamnya, dengan tiupan angin yang baik dan
meraka bergembira kerana-Nya, tiba-tiba datanglah angin badai dan apabila
gelombang dari segenap penjuru menimpanya dan mereka yakin bahawa mereka telah
terkepung dengan bahaya, maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan
ketaatan kepada-Nya semata-mata seraya berkata: ‘Sesungguhnya jika Engkau
menyelamatkan kami dari bahaya ini, pasti kami akan termasuk dalam kalangan orang
yang bersyukur.’ Maka setelah Allah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka
membuat kezaliman di muka bumi tanpa alasan yang munasabah.”
Setiap
amalan yang disulami dengan keikhlasan akan membuatkan jiwa menjadi tenang,
tenteram serta hatinya tidak terkesan dengan pujian atau cacian manusia. Ini adalah
kerana setiap amalannya hanya tertumpu kepada Allah s.w.t. semata-mata. Tanpa
keikhlasan, amalan itu hanya akan menjadi sia-sia seperti firman Allah s.w.t di
dalam surah al-Furqan ayat 23:
﴿وَقَدِمْنَاإِلَى مَا
عَمِلُواْ مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَهُ هَبَاۤءًمَنْثُورَا﴾
Maksudnya: “Kami hadapkan segala amal
perbuatan yang mereka kerjakan, lalu kami jadikannya bagai debu yang
berterbangan.”
p/s: Jadi sama-sama kita renungi sejauh
mana keikhlasan kita selama ini dalam melakukan sesuatu perkara, mudah-mudahan
diterima-Nya. Setakat ini dahulu untuk perkongsian kali ini. Moga sedikit
sebanyak kita mampu untuk aplikasikan dalam kehidupan kita. Wallahu’alam.
~Permata yang dicari~
12 February 2013
-
Kota Bharu, Kelantan -