بسم الله الرحمن الرحيم
~Ringankan tulangmu~
Dalam institusi perkahwinan, Allah SWT telah memberikan amanah kepada
pasangan suami isteri untuk membina sebuah keluarga yang harmoni. Tanggungjawab
ini merupakan satu ibadah yang mesti dilaksanakan berlandaskan syariat yang
telah digariskan. Kebahagiaan dalam rumahtangga memerlukan kerjasama daripada
kedua-dua pasangan. Sejarah Islam telah merakamkan kejayaan Rasulullah s.a.w.
dalam pelayaran rumahtangga sehingga Baginda menjadi contoh kepada masyarakat
dunia.
Islam menghendaki agar tiang-tiangnya
dibangun di dalam dada individu, di dalam sebuah rumahtangga, dalam sebuah
masyarakat, sebuah negara, sebuah khilafah, kemudian di atas seluruh permukaan
bumi sebelum akhirnya tertegak di seluruh alam semesta ini.
Keluarga merupakan salah satu elemen yang akan membangun sebuah masyarakat yang bercita-cita tinggi.
Keluarga merupakan salah satu elemen yang akan membangun sebuah masyarakat yang bercita-cita tinggi.
Berikut adalah beberapa ciri
untuk mendapat sebuah keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah:
KELUARGA
RABBANI
Ertinya, di dalam keluarga atau
masyarakat tersebut, setiap anggotanya berusaha untuk berlumba di dalam usaha
untuk mendekatkan diri kepada Allah swt sebagai rujukan utama keluarga atau
masyarakat. Mereka menyedari bahwa hanya Allah sahajalah yang mesti dijadikan
tempat meminta bagi mewujudkan kebahagiaan bersama. Ini adalah kerana mereka
meyakini firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 1 yang bermaksud: “Bertakwalah
kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan peliharalah hubungan
kekeluargaan.”
KELUARGA YANG CINTA ILMU
Firman Allah dalam surah al-‘Alaq
ayat 1 yang bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.”
Ayat pertama yang turun kepada Rasulullah s.a.w adalah ayat di atas iaitu : “Bacalah!”,
pelajarilah! Keluarga sakinah adalah keluarga yang cinta ilmu. Ringkasnya,
keluarga sakinah atau rabbani terdiri dari anggota keluarga yang telah menghayati
sabda Rasulullah saw berikut: “Barangsiapa ingin berjaya di dunia, tuntutlah
ilmu. Barangsiapa ingin berjaya di akhirat, tuntutlah ilmu. Dan barangsiapa
ingin berjaya di dunia dan di akhirat, tuntutlah ilmu.”
KELUARGA YANG MENJAGA BERCAKAPAN
“Sesiapa yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (riwayat
Bukhari dan Muslim). Pesanan yang ringkas dari Rasulullah s.a.w, tapi sangat mendalam. Tidak
meletakkan keutamaan berkata baik kepada siapa, bermakna kita harus mengaplikasikannya
terhadap orang di sekeliling kita samada keluarga, saudara mara, pensyarah,
rakan-rakan, jiran tetangga, penjual ikan, pekedai. Cuma saya tertarik untuk
mengaitkannya dalam usaha mewujudkan sebuah keluarga sakinah, mawaddah wa
rahmah. Komunikasi
yang baik penting dalam sebuah rumahtangga.
KELUARGA YANG SALING MEMBANTU DAN
MENDOAKAN
Sikap
ringan tulang adalah perkara yang disukai oleh orang sekeliling dalam membantu
melakukan sesuatu kerja atu tugasan. Ini juga salah satu cara untuk mengambil
hati keluarga, baik suami mahupun isteri. Disamping itu, ringan-ringankanlah
mulut dan hati anda untuk sentiasa saling mendoakan kebaikan di dunia dan
akhirat. Berdoa itu sangat penting dalam mengekalkan sebuah keluarga yang
harmoni dan sentiasa dipayungan rahmat Allah.
Sesungguhnya,
kebahagiaan sebuah keluarga terletak pada kebijaksanaan nakhodanya, iaitu suami
atau ayah. Seandainya nakhoda ini sering bertelagah dengan anak-anak kapal,
maka sukar untuk sampai ke destinasi utama, iaitu pantai keluarga sakinah. Kesannya,
masalah sosial pasti tidak akan menjadi ‘duri dalam daging’ bagi keluarga yang
bahagia.
p/s: Alhamdulillah,
Allah telah memberi ruang kepada saya untuk menulis lagi. Hati saya tergerak
untuk berkongsi tajuk ini. Moga ianya bermanfaat bagi yang telah mendirikan
rumahtangga, yang sedang, dan yang akan datang. Wallahu’alam. ^_______^
~Permata
yang dicari~
8
February 2013
-
Kota Bharu, Kelantan -
Assalamualaikum..singgah sebentar di sini..
ReplyDeletehehe..sakinah mawaddah wa rahmah..
senyum je baca..^_^
teruskan nukilanmu...
moga dirimu sentiasa dlm ksh syg-Nya.
> Srikandi permata
DeleteWa'alaikumussalam wbt.
Alhamdulillah, sekadar berkongsi dengan semua.
InsyaAllah, aminn. ^_^
~permata yang dicari~
Sweet sangat blog awak... banyak manfaat... saya da join da... :)
ReplyDelete> PuTriAjA
DeleteTerima kasih ya saudari.. Jemput datang lagi. :)
Semoga sentiasa beroleh manfaat dan redha-Nya. ^_^
~permata yang dicari~
Banyak manfaat diperolehi dari blog awak.
ReplyDeleteJom singgah dan sudikan membaca blog sy www.ainbeautifulhouse.blogspot.com
Banyak manfaat diperolehi dari blog awak.
ReplyDeleteJom singgah dan sudikan membaca blog sy www.ainbeautifulhouse.blogspot.com
Banyak manfaat diperolehi dari blog awak.
ReplyDeleteJom singgah dan sudikan membaca blog sy www.ainbeautifulhouse.blogspot.com