Thursday, December 29, 2011

^-^Erti cinta (3)^-^

-Cinta itu suci, jangan cemarinya dengan dosa-



بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
                                                                                                                                  

Alhamdulillah, segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat menitipkan sedikit tinta yang lahir dari hati yang hina serta kerdil ni.  


Pembaca yang dikasihi sekalian,

Setiap insan memiliki hati dan setiap hati itu memiliki cinta. Hati adalah tempat bersemayamnya cinta dan bersemayamnya cinta di hati itu menjadikan kita sebagai insan. Begitulah eratnya antara Insan, Hati & Cinta. Tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan.


Islam tidak pernah melarang untuk kita jatuh cinta atau dicintai. Bahkan Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina atau keji sehinggalah cinta sendiri dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan akhirat yang kekal abadi. Bukankah cinta itu suci, sesuci embun pagi? Bukankah cinta itu mulia dan tinggi? Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa?     


Saya suka mengulang kata-kata murabbi saya iaitu Sir Rosdi bin Baharom, walaupun kata-kata ini telah saya sematkan dalam coretan “Erti cinta”, tetapi saya suka mengulangnya sebagai peringatan untuk diri saya yang banyak kelemahan.

 “Apabila iman telah merasuk hati, maka timbullah rindu kepada Allah, namun hati tidak dapat meninggalkan gemerlapan dunia, maka hati ditarik-tarik antara mencintai Allah dan mencintai dunia. Oleh itu, pilihlah untuk meninggalkan semua maksiat hati kerana kesannya besar  di akhirat, walaupun pedih di dunia, pilihlah yang terbaik kerana berjuang memang pahit  sebab syurga itu manis. Semoga mampu menanggalkan  karat-karat jahiliyah sedikit demi sedikit kerana berusaha kearah itu dikurniakan pahala dan ganjaran, insyaAllah.”


Untuk kali ini saya akan menyambung cerita dari “Erti Cinta” dan “Erti cinta (2)”. Ada yang pernah bertanya apa kisah selanjutnya, jadi disini saya akan kongsikan serba sedikit sambungannya. Harap para pembaca sekalian dapat mengambil ‘ibrah dari kisah ini.


*******************  


Kelihatan berpasang-pasang kasut memenuhi ruangan di hadapan pintu Surau Hassan al-Banna. Ramainya orang. Azan Zohor sedang berkumandang. Semua berpusu-pusu bersiap-siap untuk solat berjemaah. Ada yang berwudhuk. Ada yang sudah siap untuk masuk saff. Macam-macam gaya semuanya. Ragam manusia.


Adeela dan Siti sudah siap berwudhuk. Selesai saja solat Zohor secara berjemaah, Ustaz Mohamad bin Awang meminta semua jemaah mengambil al-Quran untuk membaca bersama-sama. Hanya satu muka. Begitulah rutin harian bagi siswa dan siswi di sini. Terasa tenang menggamit jiwa-jiwa muda.

“Ya Allah, dengan al-Quran ini kurniakanlah kasih sayang-Mu kepadaku. Jadikanlah al-Quran sebagai iman, cahaya, hidayah dan sumber rahmat bagiku…”

Doa yang kian tersemat di qalbu Adeela. Alhamdulillah. Itulah tempat sebenar yang wajib kita mengadu. Hanya pada Allah.


*******************  


"Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri dan menguntum di jalan dakwah dan biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah. Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan, maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, berjihad pada jalan Allah, jadikanlah dirimu fatayat yang dijulang, cantik dipandang susah untuk dipegang, jadikanlah dirimu manis, yang tidak pernah kalah, dengan redup panahan mata Adam, biar nafsumu hidup dalam Tarbiyyah di jalan Dakwah, bertahtakan darah dan air mata perjuangan, dititipkan atas warkah, penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mujahidah menuju Allah.”  


Dari jauh Saadiah melambai tangannya kearah Adeela yang baru sahaja habis kelas petang itu. Saadiah, Nasuha dan Syuhada sudah lama menanti Adeela di Medan Thaqafi untuk berbincang mengenai aktiviti tahunan untuk ‘batch’ mereka disamping untuk membantu Adeela menyiapkan ‘database batch’. Terlalu sibuk. Mereka bertiga adalah sahibah Adeela yang paling rapat sejak dibangku sekolah lagi. Banyak pahit dan manis ditempuh bersama.


Dalam kesibukkan menyiapkan tugas, tiba-tiba sahaja Saadiah bersuara memecah kesunyian.

“Adeela bila anti nak kawin?” tanya Saadiah kepada Adeela.

“Ish, kesitu pulak dia, soalan lain takde ke?” balas Adeela dengan muka merona kemerahan menahan malu.

“Ha`ah la bila anti nak kawin ha?” soalan itu diulang semula oleh Nasuha dengan nada mengusik.

“Kenapalah semua orang suka tanya soalan yang sama? Kitakan masih muda,tengah belajar lagi tu. Lagipun banyak benda lagi tak selesai, ana ada cita-cita yang belum lagi tercapai. Erm, macam mana dengan aktiviti batch untuk tahun depan, ok?” Adeela cuba mengelak.

“Ubah topik pulak dia.” mereka tertawa melihat gelagat Adeela.


Sebenarnya Adeela selalu berkongsi cerita dengan Syuhada. Jadi banyaklah perkara yang Syuhada tahu tentang Adeela. Syuhadalah yang selalu memberikan semangat kepada Adeela untuk terus kuat.


*******************


“Adeela, syu rasa lebih baik Adeela pilih orang yang jauh tu.” pinta Syuhada bersungguh-sungguh kepada Adeela.

“Mana boleh Syu.. lagipun kita mana boleh paksa orang lain untuk terima kitakan?” balas Adeela lemah.  

“Doa tukan penting. Bersungguh-sungguh la dalam berdoa..” Syuhada tidak jemu memujuk.

“Syu, kalau hati orang tu tak condong pun dekat kita, Syu nak buat apa?” soal Adeela.

“Adeela yakinlah dengan janji-janji Allah. InsyaAllah, Allah itu Maha Mendengar. Pasti Allah mudahkan segalanya kalau itu yang terbaik.” pujuk Syuhada lagi.

“InsyaAllah, Syu.. Doakan untuk Adeela ya Syu…” sayu suara Adeela.    


Adeela semakin yakin dengan dirinya. Hari-hari yang dilalui hanya semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Biarlah tahun 1433 hijrah ini menjadi bersih dari sebarang maksiat hati. Kurangkan dosa-dosa. Benarlah kata seseorang “Daripada kita berazam untuk tambah amalan, lebih baik berazam meninggalkan keburukan.. apalah gunanya kita tambah amalan sunat banyak2, sedang maksiat turut seiring..


*******************


“Cinta itu membahagiakan bukan memperdayakan. Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan sementara ini tidak lebih dari 'kosmetik' sahaja. Kita perlukan cinta bukan 'kosmetik cinta'. Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri.”  


“Pelihara daku dari kemurkaanMu,” bisik Adeela di dalam hatinya. Ingatlah, salah satu syarat bertaubat itu ialah tidak mengulangi kesalahan atau dosa itu. Semoga barakah itu akan datang setiap masa.


Hanya ini yang mampu saya kongsikan kisah tentang Adeela. Diri ini mengharap kita sama-sama mecari ‘ibrah disebaliknya, biarpun bukan mudah bagimu, tetapi yakinlah, Allah tidak akan mengubah seseorang itu melainkan dirinya sendiri mengubahnya. Yakinlah, janji Dia itu PASTI!!!

  
*******************  


Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua jika perkongsian saya kurang baik untuk kali ini dan marilah kita muhasabah diri bersama. Moga Allah redha dengan kita semua. Wallahu`alam..
                       

P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit dan mengingatkan apa-apa kenangan lalu, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi. (",)


~Permata Yang Dicari~
29 Dicember 2011
 -Bukit Mertajam, Pulau Pinang-

8 comments:

  1. assalamualaikum..

    alhamdulillah..perkongsian melalui pengalaman lebih terkesan daripada cerita yang direka-rekan kan??

    tertambat hati saya dengan kata-kata:

    “Daripada kita berazam untuk tambah amalan, lebih baik berazam meninggalkan keburukan.. apalah gunanya kita tambah amalan sunat banyak2, sedang maksiat turut seiring..”

    ilmu baru buat saya...tambah2 nak masuk tahun 2012..final year in MATRI...hehe...

    salam ukhwah~

    ReplyDelete
  2. > sofeaqistina

    Wa`alaikumsalam wbt.

    Ya, benar dik.. perkongsian melalui pengalaman lebih terkesan.. mcm tahu2 ja ni kisah yang realiti..=)

    Ambillah kata2 tu, dan simpan serta sebarkanlah. ^_^

    InsyaAllah, buat yang terbaik untuk Islam ya dik.. Do the best! (",)

    salam ukhwah kembali dik..=)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. salam alaik..

    perk0ngsian yg menarik..mga Allah redha..

    cintailah Dia sebelum dia..insyaAllah,ada bahagia menanti..=)

    berbahagia dlm limpahan kasih sayang Nya..

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..fatin...insyaallah..ada yang terbaik untuk fatin...macam pak cik rosdi selalu cakap.." tak payah risaulah tentang jodoh-jodoh nie...Allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita..."..apa yg penting sekarang adalah kerja2 dakwah dan tarbiyah..serius!!islaM amat memerlukan kita sekarang nie...sangat2 memerlukan kita..tak payah fikir pasal kahwin,kerana itu bukan masa kita lagi...nanti,insyaallah,da tiba masa, Allah akan bantu..pasti, jika kita bersabar dan redha dengan ketentuan Allah..ada yang terbaik untuk kita....sekarang nia apa yang syu serukan untuk fatin dan syu...BERUSAHALAH UNTUK MENJADI SEORANG MUKMINAH MUSLEHAH YANG MENGEJAR TAQWA...insyaallah.....doakan syu....^^

    ReplyDelete
  5. > peRmaTa_ aGamA

    Jazakillah hkk ya ukhti..
    Ya, InsyaAllah aminnn.. ^_^

    Hanya mencari cinta-Nya hati akan tenang.=)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  6. > Falha IbTisam

    InsyaAllah syu..
    Wah!! satu mutiara yang terbaik untuk Fatin.. =)

    Ya, yang paling bahagia adalah kita menjadi orang yang bertakwa disisi-nya.. ^_^

    Jazakillah hkk kerana syu sudi tinggalkan jejak di kotak komentar yang serba sederhana ini.. =)

    Nnt Fatin singgah blog syu^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  7. satu kata2 buatmu shbt.

    Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

    Moga kita sentiasa cuba meraih & mndptkan cinta-Nya.

    ReplyDelete
  8. > Srikandi permata

    Ya, benar kata2 tu.. diri ini sentiasa mengharapkan cinta Illahi dari cinta manusia namun lagi dikejar cinta Allah cinta manusia turut berlumba-lumba..

    InsyaAllah, dgn berdoa Allah pasti membantu.. =)

    Mg kita sama2 terus kuat ya sahibahku sayang fillah.. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete