بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
|
~cinta yang yang hakiki hanya pada Allah~ |
Alhamdulillah, segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat menitipkan sedikit tinta yang lahir dari hati yang hina serta kerdil ni.
Pembaca yang dikasihi sekalian,
Tajuk saya pada kali ini adalah “CINTA”. Saya rasa tajuk ini mungkin ramai yang tertarik kerana cinta itu adalah satu perasaan yang paling besar dalam diri seseorang. Kalau tidak mana mungkin boleh timbulnya rindu dan bermacam perasaan lagi,bukan?
Seperti kita dengan pencipta kita, apabila kita megenal Allah maka akan membuahkan iman maka timbullah rindu kepada Allah. Inilah cinta yang sebenar. Tetapi kadang- kadang kita sering tersalah tafsir erti cinta. Di sini saya ada satu kata-kata yang saya sempat mencatatnya semasa penyampaian dari seorang murabbi di KTD iaitu sir Rosdi bin Baharom:
“Apabila iman telah merasuk hati, maka timbullah rindu kepada Allah, namun hati tidak dapat meninggalkan gemerlapan dunia, maka hati ditarik-tarik antara mencintai Allah dan mencintai dunia. Oleh itu, pilihlah untuk meninggalkan semua maksiat hati kerana kesannya besar diakhirat, walaupun pedih di dunia, pilihlah yang terbaik kerana berjuang memang pahit sebab syurga itu manis. Semoga mampu menanggalkan karat-karat jahiliyah sedikit demi sedikit kerana berusaha kearah itu dikurniakan pahala dan ganjaran, insyaAllah.”
***************
Bila diceritakan bab ini saya teringatkan sahabat baik saya, Adeela(bukan nama sebenar). Adeela merupakan seorang yang berkepimpinan dalam semua hal. Dari segi dakwah dan tarbiyahnya, sangatlah membanggakan. Hubungannya dengan Allah sangat-sangat dijaga. Dia turut disegani oleh sahabat-sahabatnya yang lain kerana kelembutan dan sifat malunya yang tinggi, hatinya sangat lembut dan mudah tersentuh. Guru-guru dan warden juga turut menyayanginya. Semasa berada di tingkatan 5, Allah telah mengujinya dengan sesuatu yang tidak mampu kami semua tempuhi jika Allah yang menguji kami.
***************
Tapi mungkin Allah memilihnya kerana dia mampu. Ya, dia mampu. Ini semua adalah disebabkan cinta! Kerana cinta dan terlalu mengikut hawa nafsu dia telah disisihkan. Kasihan dia. Disebabkan dia telah bermain SMS dengan salah seorang pelajar lelaki di situ dia disisihkan. Saya hanya memerhatinya dari jauh sahaja. Dia selalu bersendirian di surau. Kebanyakkan adik-adik yang memberinya kekuatan. Mana pergi sahabat-sahabatnya yang sangat menyayanginya dahulu?
Saya perhatikan Adeela banyak habiskan masanya dengan belajar memandangkan tahun itu kami semua akan mengahadapi SPM. Mungkin dia sudah tidak melayan perasaan sedihnya lagi dek kerana disisihkan sahabat-sahabatnya. Saya cuba untuk mendekatinya semula kerana dia adalah sahabat saya. Benarlah kata seoarang ulama, jika kita tidak sibukkan diri kita dengan kerja-kerja islam, syaitan akan mengambil peluang untuk memesongkan kita, nauzubillah.
***************
Peperiksaan SPM semakin hampir, kami pelajar tingkatan 5 membuat satu perjumpaan. Dalam perjumpaan itu, suasananya sangat tenang dan kadang-kadang kesedihan itu datang menjengah seketika. Tiba-tiba ada seorang sahabat kami bangun dan meminta izin untuk bercakap sesuatu. Rupa-rupaya dia dan sahabat-sahabat yang lain hendak meminta maaf kepada Adeela. Menitis air mata Adeela jatuh ke bumi dan jauh disudut hatinya dia mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana memperkenankan doanya agar melembutkan hati sahabat-sahabatnya untuk menerimanya kembali. Alhamdulillah!
Sebelum kami menamatkan pejumpaan itu, Adeela bangun untuk menyamaikan sesuatu. Dengan khusyuk kami mendengar apa yang cuba hendak disampaikannya. Dia memohon maaf juga atas kesilapannya dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menerimanya kembali. Sebenarnya, agak lama juga Adeela disisihkan oleh sahabat yang lain, mungkin pedih hatinya untuk menerima semua ini. Mungkin Allah mengujinya lebih awal berbanding sahabat-sahabat yang lain.
***************
Cinta menurut ibnu Qayyim, “adalah landasan bagi hidupnya hati dan jiwa, tidak ada bagi hati kenikmatan, kurnia dan keberuntungan keculi bersama cinta. Bila hati kehilangan cinta maka sakitnya lebih pedih dari mata yang kehilangan cahaya atau telinga yang kehilangan pendengaran. Tapi hati akan rosak ketika ia hampa dari mencintai dzat yang menfitrahkan cinta itu, Allah yang maha mencipta. Maka teruslah bangkit dengan keimanan.”
Setelah tamat SPM, kami semua tidak terus balik ke rumah. Sebenarnya ada program yang dirancang lebih awal sebelum SPM lagi. Program itu adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan kami sebelum keluar membawa haluan masing-masing nanti. Saya melihat Adeela semakin bersemangat dalam meneruskan persahabatan walaupun dulu persahabatan itu pernah rapuh. Semua ini adalah kuasa Allah. Hubungan Adeela dengan Allah juga sangat-sangatlah terjaga. Cintanya dengan Allah semakin mekar mewangi. Itulah yang dikatakan cinta yang hakiki. Cintakan manusia yang berlainan jantina membawa derita jika tidak mengikut syariat.
***************
Itu sajalah buat kisah Adeela, untuk pengetahuan semua, sekarang ini Adeela telah melanjutkan pelajaran di sebuah IPT tempatan. Dia telah menjadi seorang yang hebat dan sering ditanya oleh sahabat-sahabatnya yang lain bagaimana hendak mengawal perasaan cinta terhadap manusia yang berlainan jantina, maklum sajalah sekarang ini virus cinta di kalangan remaja semakin menjadi-jadi. Semoga kita semua mengambil iktibar. Saya ada satu kata-kata yang boleh diambil iktibar oleh semua, semoga ianya bermanfaat;
Lelaki…
“Mereka golongan licik yang mampu memesongkan hati suci seorang wanita. Jangan percaya dengan janji cinta diatas nama Allah, hanya pada nama. Jika benar cinta mereka tulus, maka perkahwinan merupakan buktinya. Jangan sia-siakan masa mencintai insan lain sedangkan Allah itu sangat cemburu. Sanggupkah kita sebagai hamba membiarkan pencipta cemburu dek kerana hati yang walaupun sedikit untuk mencintai orang lain yang tidak layak untuk dicintai. jangan percaya ungkapan “i love you”. Kerana “I love you” yang sebenar adalah ungkapan aku terima nikahnya. Berkorbanlah buat masa yang singkat ini untuk mempersiapkan dirimu untuk bertemunya yang akan mengungkapkan aku terima nikahnya suatu hari nanti kerana cinta mereka mampu membawa kejalan kebahagiaan ke jalan syurga. Wallahu`alam. Renungan bersama kerana kita tersilap tafsir erti CINTA yang sebenar.”
~malu itu sebahagian daripada iman~
***************
Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua dan marilah kita muhasabah diri bersama. Moga Allah redha dengan kita semua. Wallahu`alam..
P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit dan mengingatkan apa-apa
kenangan lalu, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi. (",)
Yang mengharap doa kalian untuk terus kuat
-Fatin Nabila Bt Sharul Azimin-