بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
Bagai cacing kepanasan, begitulah reaksi adik-adik saya apabila saya tidak benarkan keluar rumah. Sebelum tu, saya ada 4 orang adik lelaki dan saya merupakan anak sulung. Kami hanya 5 beradik sahaja. Yang bawah saya usianya 18 tahun dan sekarang ni dia duduk dan temankan nenek saya di kampung, namanya Muhammad Akmal. Yang ke-3 pula baru tingkatan 2, namanya Muhammad Zulhelmi. Dia ni duduk asrama, 2 minggu sekali baru balik rumah. Sekarang ni saya tengah cuti sem. Jadi saya duduk di rumah sahajalah untuk tolong mak dan abah saya jaga 2 orang adik saya yang ke-4 dengan yang bongsu. Seorang diberi nama Muhammad Lutfi, 11 dan yang bongsu Muhammad Suhail, 9.
saya dan adik-adik yang disayangi..
Dipendekkan cerita, saya tidak bagi mereka keluar rumah hari ini kerana tidak mahu siapkan kerja sekolah. Itu satu hal, apabila saya suruh solat ada saja alasannya. Asyik hendak main saja. Macam-macam karenah. Letih saya melayannya. Kalau saya marah, mereka ni akan melawan balik. Jadi saya pun pujuklah baik-baik dan berjanji akan benarkan mereka keluar bermain petang itu jika mereka mengikut arahan saya.
Alhamdulillah, pujukan saya menjadi. Tersenyum sendiri. :). Teringat pesanan mak saya, “budak-budak ni bukannya boleh berkasar kalau tidak lagilah mereka hendak melawan.” Benarlah kata mak saya itu.
Petang itu, lepas asar saja adik-adik terus keluar bermain. Sempat juga saya berpesan jangan balik lewat, kalau tidak pesan jangan haraplah hendak balik awal. :(. Tiba-tiba saja telefon bimbit saya berdering. Cepat-cepat saya mengangkatnya. Rupa-rupanya adik-adik dekat MATRI, sekolah saya dahulu. Suara ceria saja, mana tidaknya tengah berebut-rebut hendak bercakap dengan saya. Macam-macam soalan yang ditanya. Tapi kebanyakkannya bertanya, bila nak datang MATRI.
Adik-adik di MATRI yang dirindui..
Saya memang hendak pergi ke MATRI sejak mula bercuti lagi, saya memang rindu untuk pergi MATRI. Baru-baru ini, ustazah yang paling saya sayang, Ustazah Khairol Badriah ada hantar mesej. Katanya dia rindu sangat-sangat dengan saya. Mana tidaknya, saya terlalu rapat dengannya. Banyak rahsia saya di MATRI dahulu saya ceritakan padanya. :). Tahun ini saya tidak berkesempatan lagi datang ke MATRI.
Kesian adik-adik dekat MATRI yang selalu ingat pada saya. Sanggup habiskan duit untuk telefon saya suruh datang ke MATRI. Saya bukan tidak mahu pergi ke MATRI, tapi mak saya susah sikit hendak lepaskan. “Kepada adik-adik dekat MATRI, kak Fatin sentiasa doakan kalian. Rindu kak Fatin tidak pernah padam pada adik-adik dan murabbi-murabbi di MATRI.” :)
Saya sudah lama menganggap adik-adik di MATRI seperti adik-adik saya sendiri. Susah hendak mencari tempat sehebat MATRI. Tolong doakan saya kekal di atas jalan-Nya sehingga bertemu dengan-Nya, insyaAllah, amin. Wallahu`alam.
dalam kenangan; di MATRI 2009..
Yang amat menyayangi adik2:
~k. Fatin Nabila Bt Sharul Azimin~
waa...fatin upanyerr...ingatka sapa laa wafa' zinnirah ni..hehe..
ReplyDeletekat kakak2 x rindu ker...hik3 :P
pape pon insyaAllah fatin leh ajak kwn2 len dtg MATRI bg pnyampaian kat adik2..kesian adik2 HQ sbb takat bulan ni baru 3 kali wat HQ..x mcm kita dlu tiap2 mggu...murabbi2 mkin busy..
hari tu ada shbt minta shbh2 lpasan dtg MATRI bg HQ kat adik2..perkongsian...lau fatin leh pakat2 ngan kwn2 fatin yg cuti, mai laa..hehe..k.syah nk mai tp kwn2 plak x cuti...
hehehe
> Huraiyah
ReplyDeleteJazakillah hkr, sebab sudi juga kak Aisyah melawat blog Fatin ni..=)
Fatin mestilah rindu kt kakak2 jgk.
nantilah Fatin fikir mcm mana nak pujuk mak bg boleh p m3. Lagi pun tengah bulan 5 ni Fatin nak balik KTD dah.
~Tolong doakan Fatin ye~
assalamualaikum...
ReplyDeletekak tin...
he..he..
rindu la..
nak cerita macam-macam kat kak fatin..
pasal..mcm-mcm la..
tak sabar nak masuk KTD..
> mashitah
ReplyDeleteWaalaikumsalam..
sabar2.. he3.
k.fatin pun rindu nak jumpa ainul.
dkt KTD blh smbg pnjg2 lg.. ^_^
k.fatin setia menanti adik2 dari matri untuk masuk
KTD.. jom msk KTD ramai2..