Friday, July 6, 2012

::.Kerehatan Hakiki.::


 ~Kerehatan yang hakiki~


Kata sahabatku..
Tiada cuti dalam kehidupan seorang da’ei..
Kata murabbi..                 
Ini bukan kerehatan hakiki..
Kalau begini..
Kerehatan apa yang ku cari??..
Apakah aku telah jemu dengan jalan ini?..
Atau aku mahu lari?..
Kedua-duanya itu bukan satu pilihan untuk diri...
Tiadalah Rasulullah pernah berhenti dengan jalan ini..
Hatta diletakkan rembulan di tangan kanan nabi..
Dan matahari di tangan kiri..
Baginda tidak pernah berhenti..
Dicaci, diherdik dan dihina tiap-tiap hari..
Sedikit pun tidak menggoyahkan hati..
Sahabat diseksa sakitnya tidak terperi..
Langsung tidak mengubah hati..
Mereka tetap teguh dengan jalan ini..
Dengan bermodalkan kisah-kisah ini..
Dimana kerehatan yang ku cari?..


p/s: Masa itu kehidupan dan masa itu juga adalah rawatan, gunakanlah masa yang dianugerahkan Allah kepada insan untuk bertungkus lumus berbuat kebaikan dan amal soleh di dunia ini sebagai bekalan di akhirat nanti.. “Jika tidak mencukupi air, musafir boleh berhenti dan memenuhkan botol air tersebut agar tidak haus ketika perjalanan menuju destinasi.”   

Sedikit perkongsian: klik sini. ^_^


~Permata yang dicari~
   7 July 2012
- Kota Bharu, Kelantan -