~Kerehatan yang hakiki~
Kata sahabatku..
Tiada cuti dalam
kehidupan seorang da’ei..
Kata murabbi..
Ini bukan kerehatan
hakiki..
Kalau begini..
Kerehatan apa yang ku
cari??..
Apakah aku telah jemu
dengan jalan ini?..
Atau aku mahu lari?..
Kedua-duanya itu bukan
satu pilihan untuk diri...
Tiadalah Rasulullah pernah
berhenti dengan jalan ini..
Hatta diletakkan
rembulan di tangan kanan nabi..
Dan matahari di tangan
kiri..
Baginda tidak pernah
berhenti..
Dicaci, diherdik dan
dihina tiap-tiap hari..
Sedikit pun tidak
menggoyahkan hati..
Sahabat diseksa
sakitnya tidak terperi..
Langsung tidak
mengubah hati..
Mereka tetap teguh
dengan jalan ini..
Dengan bermodalkan
kisah-kisah ini..
Dimana kerehatan yang
ku cari?..
p/s: Masa itu
kehidupan dan masa itu juga adalah rawatan, gunakanlah masa yang dianugerahkan
Allah kepada insan untuk bertungkus lumus berbuat kebaikan dan amal soleh di
dunia ini sebagai bekalan di akhirat nanti.. “Jika tidak mencukupi air, musafir
boleh berhenti dan memenuhkan botol air tersebut agar tidak haus ketika
perjalanan menuju destinasi.”
Sedikit perkongsian:
klik sini. ^_^
~Permata
yang dicari~
7 July 2012
-
Kota Bharu, Kelantan -
pengorbanan junjungan besar nabi Muhammad saw nak sampaikan agama Allah kepada kita semua takkan mampu dibalas kan...Subhanallah rindunya pada baginda :(
ReplyDelete> Bulan Syurga Firdausi
DeleteYa.
~permata yang dicari~
Assalamualaikum buat shbtku syg..
ReplyDeletebetol tue..tiada istilah rehat dalam perjuangan Islam..
Rasulullah S.A.W dan para sahabat tidak pernah rehat atau cuti sebaliknya terus istiqomah menyebarkan risalah Islam sehingga Baginda wafat, justeru, sebagai pejuang Islam, Baginda merupakan ikon terbaik untuk dijadikan contoh ikutan sepanjang zaman.
Ayuh.,berjuang dan terus berjuang dlm Islam.
> Srikandi permata
DeleteWa`alaikumussalam wbt sahabatku sayang. ^^
Ya, InsyaAllah sama2 kita berjuang mempertahankan islam.
Jazakillah.
~permata yang dicari~