Friday, February 17, 2012

::.Tarbiyah Mendidik Jiwa-(2).::

~Kesinambungan Tarbiyah Teras Generasi Berwawasan~


Sinar matahari yang menyimbah bumi memantulkan silau dan sangat memeritkan mata. Seketika Hanan duduk termenung jauh, pandangannya dilontarkan nun jauh ke hamparan padang rumput yang sedang menguning kerana sedang bermandi cahaya sang mentari. Dari jauh, rumput-rumput itu kelihatan seperti wang emas yang tinggi nilainya.


Namun, fatamorgana itu tidak mampu meredakan galau di hati Hanan Ibtisam. Husna Qistina yang sedang berjalan menuju ke arah Hanan perasan akan perubahan Hanan. Husna kemudian menyapa lembut, “Hanan, apa yang difikirkan tu?”


Hanan sedikit terkejut dengan panggilan itu segera mengesat kedua-dua belah matanya yang basah.

“Tak ada apa-apalah Husna. Hanan ok. Cuma teringat kenangan di sekolah dulu. Rindu sangat dengan sahibah-sahibah Hanan. Terasa cepat sangat masa berlalu, sekarang dah masuk IPT, umur pun makin meningkat.” tersenyum Hanan dihujung kata-katanya.


********************* 

 Pagi yang hening bersulam kabus sejuk nan salju. Siangnya panas membahang, malamnya mula sejuk menggigit kulit. Kedua-dua keadaan itu adalah resam hidup di bumi Allah. Kadang-kadang terkeluar keluahan daripada mulut dan gaya manusia. Bila muhasabah kembali, cepat-cepat istighfar dan bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya.


“Cepat dah dekat pukul 8 ni, nanti lewat masuk kelas pulak”, Asma’ mengingatkan sahabat-sahabatnya yang leka menjamah sarapan pagi di kafe.     

“Ok, kejap nak habis dah ni, tunggu jap ye”.. balas Hanan dan Husna serentak. Siti dan Asma’ hanya mampu tersenyum melihat gelagat Hanan dan Husna.


Dalam perjalanan menuju ke bilik kuliah, tiba-tiba Hanan disapa oleh Tuan Haji Musleh. Sahabatnya yang lain sudah berjalan kehadapan dulu kerana mahu cepat-cepat masuk ke kelas sebelum pensyarah masuk. Dalam masa yang sama, Tuan Haji Musleh macam berbincang sesuatu yang serius dengan Hanan.

“Ada masa free tak hari ini, saya nak jumpa kamu nanti, boleh?” tanya Tuan Haji Musleh.

“Saya rasa macam full saja hari ni, tapi saya cuba cari masa. Mungkin ada.” Jawab Hanan penuh hormat.

“Ok, kalau macam tu, nanti datang pejabat saya.” tambah Tuan Haji Musleh lagi.

“InsyaAllah.” balas Hanan ringkas.


Tuan Haji Musleh berlalu pergi menuju ke kafe. Hanan cepat-cepat melangkah kakinya ke bilik kuliah. Risau pensyarahnya masuk dahulu. Alhamdulillah, pensyarahnya tidak sampai lagi. Dalam pada itu, Hanan terfikir.

“Ish, kenapa Tuan Haji Musleh nak jumpa aku?” Keluh hanan dalam hatinya.

“Nak kata ada buat salah macam tak ada je.” Menolog Hanan sendirian.

“Hai cik puteri kita sorang ni fikir apalah tu?” Sapa Ida sekaligus mematikan lamunan Hanan.

“Eh, mana ada. Tak fikir apa pun.” Hanan cepat-cepat menafikan andaian Ida.

“Ye ke tak de apa-apa ni, lain macam je nampak.” Usik Munirah pula.

Hanan tersenyum sahaja melihat sahabat-sahabatnya yang sangat mengambil berat. Lagi pun mereka hanya berenam dalam kursus itu. Semuanya perempuan. Lagi bertambah seronoklah ketika belajar. Macam-macam boleh tanya, sama ada yang berkaitan dengan subjek atau terkeluar daripada itu. Bila seorang tidak hadir memang terasa kekurangan sangat. Senang cakap, memang rapatlah.


*********************

Usai kelas Metodologi Penyelidikan, Hanan mendekati Siti untuk mengajaknya teman berjumpa dengan Tuan Haji Musleh di pejabatnya. Sampai di pejabat, Tuan Haji Musleh sedang berbual dengan seorang kakak senior yang telah mendirikan rumah tangga yang juga baru sahaja menamatkan pelajaran di sini. Mungkin meminta padangan dan nasihat dari Tuan Haji Musleh.


Hanan masuk seorang sahaja atas permintaan Tuan Haji Musleh. Siti hanya menanti di luar, manakala kakak tadi sudah berlalu pergi kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikanya. Tuan Haji Musleh memulakan bicaranya. Setiap kata-kata yang dibicarakan merupakan mutiara buat Hanan. Semuanya bermakna dan terlalu tinggi nilainya. Dengan butir bicara yang sentiasa mengingatkan diri remaja dan mahasiswa untuk sentiasa dekat kepada Allah. Hanan tekun mendengar apa yang disampaikan oleh Tuan Haji Musleh.

“Tujuan sebenar saya panggil kamu ke sini adalah untuk menyampaikan hajat seseorang,” bicara Tuan Haji Musleh tenang.

Hanan sedikit tersentak. Rasa malu mengelinap dan terus naik ke mukanya merona kemerahan. Hanan cepat-cepat beristighfar untuk membersihkan hati. Hanan terdiam seribu bahasa. Tuan Haji Musleh meneruskan bicaranya, menerangkan ciri-ciri orang itu dan bertanya pendapat Hanan.

“Adakah kamu setuju?” tanya Tuan Haji.

“Macam mana akhlaknya?” Hanan mahukan kepastian.

“Alhamdulillah, dia soleh dan sangat berkepimpinan. Dia juga konsisten dalam dakwah dan tarbiyah…” balas Tuan Haji bersungguh-sungguh.

Jauh di sudut hati Hanan, mahu sahaja cakap setuju. Namun apakan daya itu hanya luahan hati seorang gadis yang tidak wajar berkata-kata dalam urusan sebegitu. Harapan yang Hanan ada ialah ciksu. Mak saudara kepada orang yang berhajat itu. 


*********************


Apabila diamati, proses perjalanan hidup Hanan sangat mengagumkan. Allah telah memilih Hanan untuk mengenal Islam dengan lebih mendalam dan syumul. Lima tahun dalam proses tarbiyah kini Allah memilihnya lagi berada di satu tempat yang mempunyai suasana yang soleh(biah solehah) bagi terus mendidik jiwa yang sentiasa dahagakan iman.


Manusia tidak boleh lari daripada ditarbiyah jika berhajatkan kepada kebaikan. Suasana hati juga perlu sentiasa diperbaiki. Kadang-kadang kita rasa lemah dan kadang-kadang kita rasa kuat, itu semua fitrah. Dalam proses memperbaiki diri, orang sekeliling jangan dilupakan. Ajaklah mereka untuk sama-sama dekat kepada Allah.


“Setiap makhluk ada kelemahan, yang tidak ada kelemahan hanya al-Khalik (Allah)”.. satu kata-kata yang memberi semangat dan menyedarkan Hanan yang diri manusia tidak ada yang sempurna dan kita sebagai manusia perlu terima kelemahan itu dan sentiasa cuba untuk perbaikinya. InsyaAllah.

::Tamat::

P/s: Coretan ini saya nukilkan buat semua dan sesiapa sahaja yang ingin mengambil ibrah darinya. Ianya adalah sambungan dari cerpen Tabiyah Mendidik Jiwa (klik disini). Moga mampu memberi suntikan buat hati untuk terus istiqamah dan sentiasa ingin meningkatkan mutu dan kualiti iman, InsyaAllah. Maafkan saya juga kerana sudah lama tidak menghadirkan post yang baru di sini, keterbatasan masa menyebabkan saya tidak dapat menghadirkan post disini. Apa-apa pun saya sentiasa mengharapkan doa dari kalian semua. Moga Allah kasih.  (",)

~Permata yang dicari~
17 February 2012
-Kota Bharu, Kelantan- 
 

4 comments:

  1. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Subhanallah! Indahnya tarbiyyah..tarbiyyah itu umpama hospital, tiada yang ke hospital dalam keadaan tersenyum.
    murabbi umpama doktor yang memberikan ubat, walaupun pahit ditelan tetapi disana ada kemanisan bagi diri yang jiwanya sihat kesan terdidik dengan kepahitan :) - Syeikh Yusuf Al Hasani

    p/s:Tarbiyah menghidupkan jiwa, menghubungkan hati-hati, Allahu Rabbi! <3

    jazakillah adikku Fatin, sentiasa memberikan suntikan segar bt iman kakak, moga ALLAH sentiasa merahmatimu dik, Salam kasih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. > - Ukhty Iman -

      Wa`alaikummussalam wbt,

      Alhamdulillah, ya benar sekali akak..^_^
      Jazakillah akak krn sudi menghadirkan mutiara kata dari Syiekh Yusuf Al Hasani..=)

      InsyaAllah amin.. =)

      Salam kasih kembali,
      ~permata yang dicari~

      Delete
  2. assalamualaikum..

    nak tunaikan janji...(komen untuk k.aten..)

    Tarbiyah melahirkan PRODUK YANG LUAR BIASA, BUKAN YANG BIASA-BIASA..beruntunglah bagi mereka yang masih menjalani proses tarbiyah tersebut kerana TARBIYAH FI AIDIKUM, FI ADIKUM FAQAD!

    Walaupun ujian yang diberi sekuat ombak tsunami mahupun sesakit gigitan semut api, mereka mampu menghadapinya,melaluinya, merintanginya....

    Moga kita sentiasa terikat dengan TARBIYAH ISLAMIYAH ini...Dengannya, kita boleh meningkatkan diri kita dan mendekatkan kita kepada Sang Pencipta...

    salam bersulam rindu dari,
    SOFEA dan warga puteri MATRI 2012

    Wallahua'lam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. > sofeaqistina

      Alhamdulillah, jazakillah jiddan2 buat sofea yg sudi ke sini..

      Moga Kira segala amal yang sofea lakukan,
      Moga terus istiqamah ye...

      Sayang sofea fillah jiddan..
      ~permata yang dicari~

      Delete