Monday, April 30, 2012

::.Penyamun Yang Dipancung Malaikat.::


~Istiqamah dalam kebaikan~



Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah, untuk kali ini saya hanya ingin berkongsi satu kisah yang mungkin pernah degar atau mungkin tidak pernah didengar oleh anda. Kisah ini tentang seorang hamba Allah yang diberi nama Abu Mi’laq. Saya sangat suka dengan kisah ini, semoga anda juga begitu.   
           

ABU MI’LAQ adalah kaum Ansar (penduduk tempatan Madinah) dan termasuk sahabat Rasulullah SAW. Orangnya baik dan warak. Dia termasuk saudagar besar yang selalu pergi ke negeri orang untuk membawa barang dagangannya. Barang-barang hasil negerinya kemungkinan laris di negeri orang lain dibawanya ke sana, manakala barang-barang dagangan dari negeri lain dibawanya pulang ke kampung.


Sesuai dengan keadaan pada waktu itu, untuk sampai ke sebuah negeri terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Rintangannya termasuklah mengharungi padang pasir yang kering, panas dan berdebu, panahan matahari yang membakar kulit serta untuk minum sukar dijumpai. Kenderaan yang ada pada waktu itu hanyalah kuda dan unta.


Bukan rintangan itu sahaja yang dihadapi oleh para pedagang, bahkan terpaksa berhadapan dengan penyamun-penyamun di tengah perjalanan. Tidak terkecuali Abu Mi’laq, beliau juga sering dihalang penyamun dan penjahat ketika dalam perjalanan.


Ketika Abu Mi’laq berjalan mengharungi padang pasir yang cukup luas, tiba-tiba beliau dihalang oleh seseorang yang tidak dikenali. Melihat gelagat lelaki itu, memang sahlah dia adalah penyamun kerana dia menyapa dalam keadaan yang sangat biadap serta pedang yang terhunus.


Lelaki itu berkata kepada Abu Mi’laq: “Berhenti dan letak semua barang engkau. Engkau akan kubunuh disini”. Abu Mi’laq menjawab: “Apa guna darahku kepadamu? Adakah engkau memerlukan harta dan wang?” Penjahat itu berkata: “Aku tidak perlukan hartamu tetapi yang kumahukan adalah nyawamu!!!”


Abu Mi’laq berkata: “Kalau memang benar engkau ingin membunuhku, izinkan aku mengerjakan solat empat rakaat.” Penjahat itu membalas: “Solatlah!!” Abu Mi’laq pun berwudhuk kemudian solat empat rakaat. Dalam sujud yang terakhir, beliau berdoa: 

يا ودود، يا العرش المجيد يا فعال لما يريد أسئلك بعزك الذي لا يرام وملكك الذى لايضام وبنورك الذى ملأ أركان عرشك أن تكفيني شرهذا اللص يا مغيث أغثنى يا مغيث أغثنى يا مغيث أغثنى        

Ertinya:
“Ya Tuhan yang Maha Pencinta, wahai Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. Wahai Tuhan yang mengerjakan apa yang dikehendaiki-Nya. Aku memohon pada-Mudengan kemuliaan-Mu yang tidak pernah tanggal, kerajaan-Mu yang tidak mungkin diganti pihak lain dan dengan nur-Mu yang menyinari tiang-tiang Arasy-Mu. Aku mohon kepada-Mu supaya engkau selamatkan aku dari gangguan penjahat ini. Wahai Tuhan yang menolong, tolonglah aku.  Wahai Tuhan yang menolong, tolonglah aku. Wahai Tuhan yang menolong, tolonglah aku.  


Doa ini dibacanya tiga kali. Setelah bangkit dari sujud, tiba-tiba dihadapannya ada seorang penunggang kuda yang siap pedangnya terhunus. Matanya garang melihat penjahat itu lalu dipancungnya sehingga mati.


Setelah itu lelaki yang masih memegang pedang yang berdarah itu berpaling kepada Abu Mi’laq sambil berkata: “Berdiri engkau!” Dia hairan dan bertanya: “Siapa tuan? Sesungguhnya Allah telah menolongku dengan perantaraan tuan pada hari ini.”


Lelaki itu berkata: “Aku adalah malaikat penghuni langit keempat. Sebaik sahaja engkau selesai membaca doa yang pertama tadi, aku mendengar pintu-pintu langit berdering. Kemudian engkau bacakan doa yang kedua tadi aku terdengar riuh rendah dari penduduk langit dan setelah selesai engkau bacanya buat kali ketiga, aku meminta izin kepada Allah untuk membantumu membunuh penjahat itu dan Allah mengizinkannya.


Itu sahaja kisahnya buat kali ini. Daripada Anas r.a. berkata: “Ketahuilah, bahawa sesiapa yang berwudhuk kemudian dia solat empat rakaat dan membaca doa itu, maka akan diperkenankan baginya, sama ada dalam keadaan terdesak atau lapang.”


p/s: Itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan semua, semoga bermanfaat. Ambillah iktibar dari cerita diatas dan tetaplah kita dalam melakukan kebaikan(istiqamah). Wallahu`alam. ^_^


  ~Permata yang dicari~
1 May 2012
-Bukit Mertajam, Pulau Pinang-

12 comments:

  1. Assalamualaikum :)
    ziarah kembali ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Wardatul Syauqah

      Wa`alaikumussalam wbt:)

      Ya, dik.. mg beroleh mnfaat yg banyak disini, insyaAllah.

      Sayang fillah,
      ~permata yang dicari~

      Delete
  2. Replies
    1. > LeiyaUmairah

      Ya Lia.. doa itukan senjata orang Islam..^^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  3. ^_^

    Alhamdulillah,terima kasih Fatin,Munirah hampir lupa cerita ini.
    Bersama-sama kita saling bantu-membantu ke arah kebaikan dan taqwa,dan tidak bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan pencerobohan (Al-Maidah: ayat 2)

    uhibbuki fillah! ^^ Siiru 'ala barkatillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. > MUJTAHIDAH SOLEHAH

      ^_^

      Alhamdulillah, sama-sama Munirah.. Xpe, kita share lg dengan orang lain pulak.. ^_^

      Jazakillah dengan peninggalan ayat al-Quran untuk Fatin.. ^^

      ahabbakillazi ahbabtanilahu.. ^^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  4. Terima kasih mengingatkan tentang cerita ini sahabat :)

    lots of love,
    HH

    (^-^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. > HH May

      Sama-sama sahabatku.. =)

      Dah lama rasanya hidayu xkesini..
      Apapun, Jazakillah khairan kathira atas kunjungan.. ^^

      sahabat dunia akhirat,
      ~permata yang dicari~

      Delete
  5. pernah dgr jgk crte mcm ni..tp berbeda sikit..
    selepas sujud yg terakhir, beliau dibunuh oleh penjahat..kerana penjahat rase lame sgt die sujud..semasa sujudnya dia telah bertaubat dgn hati yg sgt ikhlas.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Bulan Syurga Firdausi

      Mungkin banyak pendapat dari ulama2 mengenai kisah ini.
      Saya petiknya melalui himpunan kisah2 malaikat.


      Wallahu`alam.

      ~permata yang dicari~

      Delete
  6. Subhanallah..kisah yg membawa bnyk pngajrn..
    jzkk atas perkongsian ini..
    teruskan bertinta shbtku..
    uhibbuki fillah..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Srikandi permata

      Jzkk ya ukht habibati.. ^^
      Ya, moga ianya bermnfaat buat ummah..

      InsyaAllah, akan cuba untuk istiqamah dalam penulisan ini.^_^

      ahabbakillazi ahbabtanilahu. n_n

      ~permata yang dicari~

      Delete