Thursday, April 5, 2012

::.Pahlawan: Thalhah Bin Ubaidillah.::


~perjuangan yang bererti kepada Islam~

بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL 


Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat berkongsi sesuatu dengan semua yang selalu berkunjung ke blog saya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua.


Untuk kali ini saya hanya ingin berkongsi satu sirah yang mungkin pernah atau tidak pernah didengar oleh orang lain. Kisah ini tentang seorang hamba Allah yang diberi nama Thalhah bin Ubaidillah yang juga merupakan sahabat Rasulullah SAW. Saya amat tertarik dengan sirah ini, semoga anda juga begitu.


*********************

PENGENALAN

Beliau ialah Thalhah bin Ubaidillah bin Usman bin Ka’ab bin Sa’ad, seorang sahabat daripada Quraisy, merupakan salah seorang daripada 6 (enam) orang ahli majlis yang dicalonkan sebagai pengganti Khalifah Umar bin Khattab sepeninggalnya, dan juga merupakan salah seorang yang dijanjikan syurga. Setelah Khalifah Umar ditikam oleh Abu Lukluk, ia sempat menamakan 6 orang sahabatnya iaitu:
  
1.      Usman bin Affan
2.      Abdul Rahman Bin Auf
3.      Ali Bin Abi Talib
4.      Thalhah Bin Ubaidillah
5.      Zubair al-Awwam
6.      Saad Abu waqas   

Thalhah bin Ubaidillah juga merupakan salah seorang diantara 10 (sepuluh) sahabat-sahabat yang dijamin masuk surga oleh Nabi Muhammad SAW, iaitu:

1.      Abu Bakar RA – sudah meninggal
2.      Umar RA – khalifah ketika itu
3.      Usman bin Affan RA
4.      Ali bin Abi Talib RA
5.      Saad bin Abi Waqqas RA
6.      Zubair bin Awwam RA
7.      Abdul Rahman bin 'Auf RA
8.      Thalhah bin Ubaidillah RA
9.      Abu Ubaidah Jarrah RA – sudah meninggal
10.   Said bin Zaid RA
 Beliau selalu aktif di setiap peperangan kecuali Perang Badar. Beliau telah menyertai peperangan Uhud dan menyumbangkan suatu sumbangan yang besar Di dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah SAW sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau.. Beliau telah melindungi Nabi s.a.w dengan dirinya sendiri dan menahan panah dari terkena baginda dengan tangannya.  


*********************

TALHAH MEMELUK ISLAM
 Beliau masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra. Thalhah adalah seorang pemuda Quraisy, ia memilih profesi sebagai saudagar. Meski masih muda, Thalhah punya kelebihan dalam strategi berdagang, ia cerdik dan pintar, hingga dapat mengalahkan pedagang-pedagang lain yang lebih tua. Pada suatu ketika Thalhah dan rombongan pergi ke Syam.

Di Bushra, Thalhah mengalami peristiwa menarik yang mengubah garis hidupnya. Tiba-tiba seorang pendeta berteriak-teriak, "Wahai para pedagang, adakah di antara tuan-tuan yang berasal dari kota Makkah?" "Ya, aku penduduk Makkah," sahut Thalhah. "Sudah munculkah orang di antara kalian orang bernama Ahmad?" tanyanya. "Ahmad yang mana?" "Ahmad bin Abdullah bin Abdul Muthalib. Bulan ini pasti muncul sebagai Nabi penutup para Nabi. Kelak ia akan hijrah dari negerimu ke negeri berbatu-batu hitam yang banyak pohon kurmanya. Ia akan pindah ke negeri yang subur makmur, memancarkan air dan garam. Sebaiknya engkau segera menemuinya wahai anak muda," sambung pendeta itu. Ucapan pendeta itu begitu membekas di hati Thalhah hingga tanpa menghiraukan kafilah dagang di pasar ia langsung pulang ke Makkah.

Setibanya di Makkah, ia langsung bertanya kepada keluarganya, "Ada peristiwa apa sepeninggalku?" "Ada Muhammad bin Abdullah mengatakan dirinya Nabi dan Abu Bakar telah mempercayai dan mengikuti apa yang dikatakannya," jawab mereka. ”Aku kenal Abu Bakar. Dia seorang yang lapang dada, penyayang dan lemah lembut. Dia pedagang yang berbudi tinggi dan teguh. Kami berteman baik, banyak orang menyukai majelisnya, karena dia ahli sejarah Quraisy," gumam Thalhah lirih.

Setelah itu Thalhah langsung mencari Abu Bakar. "Benarkah Muhammad bin Abdullah telah menjadi Nabi dan engkau mengikutinya?" "Betul." Abu Bakar menceritakan kisah Muhammad sejak peristiwa di gua Hira' sampai turunnya ayat pertama. Abu Bakar mengajak Thalhah untuk masuk Islam. Usai Abu Bakar bercerita Thalhah ganti bercerita tentang pertemuannya dengan pendeta Bushra. Abu Bakar tercengang. Lalu Abu Bakar mengajak Thalhah untuk menemui Muhammad dan menceritakan peristiwa yang dialaminya dengan pendeta Bushra. Di hadapan Rasulullah, Thalhah terus mengucapkan dua kalimat syahadah.

*********************
KETELADANAN THALHAH BIN UBAIDILLAH  
Ø  Assyahidul Hayy, atau syahid yang hidup.
Tidak hanya sampai disini saja ujian yang dihadapi Thalhah, semua itu tidak membuatnya lemah, melainkan makin bertambah bakti dan perjuangannya dalam menegakkan Islam, hingga banyak gelar dan sebutan yang didapatnya antara lain Assyahidul Hayy, atau syahid yang hidup. Gelaran ini diperolehnya dalam perang Uhud. Saat itu barisan kaum Muslimin berpecah belah dan kucar-kacir dari sisi Rasulullah. Yang tinggal bersama baginda hanya 11 orang Anshar dan Thalhah dari Muhajirin.

Rasulullah dan orang-orang yang mengawal beliau naik ke bukit tadi dihadang oleh kaum Musyrikin. "Siapa berani melawan mereka, dia akan menjadi temanku kelak di surga," seru Rasulullah. "Aku Wahai Rasulullah," kata Thalhah. "Tidak, jangan engkau, kau harus berada di tempatmu." "Aku wahai Rasulullah," kata seorang prajurit Anshar. "Ya, majulah," kata Rasulullah. Lalu prajurit Anshar itu maju melawan prajurit-prajurit kafir.

Pertempuran yang tak seimbang mengantarkannya menemui kesyahidan. Rasulullah kembali meminta para sahabat untuk melawan orang-orang kafir dan Thalhah mengajukan dirinya. Tapi, sentiasa ditahan oleh Rasulullah dan diperintahkan untuk tetap ditempat sampai 11 prajurit Anshar gugur menemui syahid dan tinggal Thalhah sendirian bersama Rasulullah, saat itu Rasulullah berkata kepada Thalhah, "Sekarang engkau, wahai Thalhah." Maka majulah Thalhah dengan semangat jihad yang berkobar-kobar menerjang ke arah musuh dan menghalau agar jangan menghampiri Rasulullah.

Lalu Thalhah berusaha menaikkan Rasulullah sendiri ke bukit, kemudian kembali menyerang hingga tak sedikit orang kafir yang tewas. Saat itu Abu Bakar dan Abu Ubaidah bin Jarrah yang berada agak jauh dari Rasulullah telah sampai di sisi Rasulullah SAW. "Tinggalkan aku, bantulah Thalhah, sahabat kalian," seru Rasulullah. Keduanya bergegas mencari Thalhah.

Mereka temui Thalhah dalam keadaan pengsan, sedangkan badannya berlumuran darah. Tak kurang 79 luka bekas tebasan pedang, tusukan lembing dan lemparan panah memenuhi tubuhnya. Sebelah pergelangan tangannya telah putus. Thalhah gugur tetapi masih hidup. Kerana itulah gelaran syahid yang hidup diberikan Rasulullah. “Siapa yang ingin melihat orang berjalan di muka bumi setelah mengalami kematiannya, maka lihatlah Thalhah,” sabda Rasulullah. Sejak saat itu bila orang membicarakan perang Uhud di hadapan Abu Bakar, maka beliau selalu menyahut, “Perang hari itu adalah peperangan Thalhah seluruhnya. Hingga akhir hayatnya, perjuangan sahabat mulia itu sangat bermakna”.

*********************
WAFATNYA THALHAH
Talhah bin Ubaidillah meninggal dunia pada tahun 36 Hijrah bersamaan 656 Masihi. Thalhah wafat pada usia 60 tahun dan dikebumikan di suatu tempat berdekat padang rumput di Basra. Beliau meninggal dunia kerana terkena panah dalam peperangan Jamal. Sewaktu terjadi pertempuran "Aljamal", Thalhah bertemu dengan Ali Ra dan Ali Ra memperingatkan agar ia mundur ke barisan paling belakang. Sebuah panah mengenai betisnya maka dia segera dipindahkan ke Basra dan tidak berapa lama selepas itu Talhah wafat  kerana lukanya yang sangat dalam.


Semoga rahmat Allah SWT sentiasa menyertai Thalhah bin Ubaidillah  dan semoga Allah SWT memberinya tempat yang terbaik di sisi-Nya.

p/s: Itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan semua, semoga bermanfaat. Jika ada kelapangan, saya akan berkongsi lagi tentang sirah-sirah yang lain. Wallahu`alam. ^_^


~Permata yang dicari~
6 APRIL 2012
-Bukit Mertajam, Pulau Pinang- 

10 comments:

  1. Allah...hebat pejuang yang bernama Talhah ini,
    semangatnya berkobr2 demi memperjuangkan Islam,..
    Jzkk...atas perkongsian yg bermna ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Srikandi permata

      Ya, afwan.. Mg kita mampu mencontohinya.. ^^
      Perkongsian ini adalah tazkirah atau sirah yang Fatin sampaikan time PESAT dgn Ustazah Mariyah=)

      ~permata yang dicari~

      Delete
  2. perkongsian yg sgt brmanfaat...jazakallah khairan kathira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. > sesuci embun pagi

      Alhamdulillah, ya afwan.. ^_^

      Jemput ke sini lagi ya ukht.. Mg Allah kasih.

      ~permata yang dicari~

      Delete
  3. insyaAllah..kbetulan smlm ana ada pinjam buku tentang thalhah dkt lbrary..tapi blum sempat baca..
    truskan dgn pnulisan ilmiah sebegini..smoga Allah redha & brkati usaha enty..

    ReplyDelete
    Replies
    1. > sesuci embun pagi

      Jazakillah atas dorongan yang diberikan..

      Teruskan niat membaca itu, mg Allah kiranya sebagai amal soleh, InsyaAllah ^_^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  4. Replies
    1. > sesuci embun pagi

      ^_^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  5. Disebabkan kesatriaan talhah dan ketaatannya itu maka sy namakan anak sy talhah

    ReplyDelete
  6. Disebabkan kesatriaan talhah dan ketaatannya itu maka sy namakan anak sy talhah

    ReplyDelete