Wednesday, February 23, 2011

Mangkuk yang cantik


Assalamualaikum wbt
          Tajuk yang menarik bila kita mendengarnya. Kisahnya juga lagi menarik. Jadi disini ingin saya kongsikan buat tatapan semua. Saya petik kisah ini dari sebuah buku, saya tertarik dan rasanya patut saya kongsikan dengan kalian. Semoga terhibur dengannya. 

          Rasulullah saw dengan sahabat-sahabatnya, Abu Bakr r.a., Umar r.a., Uthman r.a. dan Ali r.a., bertamu di rumah Ali r.a. isterinya sayidatina Fatimah r.ha, iaitu puteri Rasulullah saw menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut didalam mangkuk itu.

          Kemudian baginda Rasulullah saw meminta semua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap tiga benda tersebut iaitu mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut.

Abu Bakr r.a. berkata,
“Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut.”
Umar r.a. berkata,
“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”
                                                          Uthman r.a. berkata,     
“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”
  Ali r.a. berkata,
“Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”
Fatimah r.ha. berkata,
“Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain selain muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”
Rasulullah saw berkata,
“Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal yang ikhlas itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”
Malaikat Jibril as berkata,
“Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”  
Allah swt berfirman,
“Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.” 


P/s: segala nikmat Allah itu tiada tandingan-Nya. Marilah sama-sama mensyukuri segala nikmat Allah keatas kita.
~Sekian, wassalam~

Sunday, February 20, 2011

Raut muka yang mendamaikan


 
                           "membaca al-Quran dapat membuatkan wajah berseri-seri"                               
          Pasti kita akan terasa serabut jika melihat wajah sesiapa sahaja yang masam mencuka bukan? Jadi disini saya ingin kongsikan dengan semua tentang satu kisah untuk dijadikan teladan dan tidak terlepas untuk diri saya sendiri juga sebenarnya.

          Abu Yazid Al Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang yang wajahnya kusam dan keningnya berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, “tuan guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah  saya lepas beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji.  Saya juga bukan pemalas dalam mencari rezeki tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?” 
                  
          Sang Guru menjawab sederhana, perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah saw adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu saja ceria.  Sebab menurut Rasullullah saw salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuatkan orang curiga kepadanya.”
  
          Lelaki itu tunduk. Lantas berjanji untuk memperbaiki penampilannya. Selepas daripada itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdulillah, sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Memang Allah telah mentakdirkan manusia sebagai makhluk yang paling indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga di pandang dari sudut mana pun manusia itu kelihatan cantik dan serasi. Jadi anugerah in jangan dinodai dengan penampilan yang buruk, sebagaimana sabda Rasulullah saw, “sesungguhnya Allah itu cantik dan mencintai kecantikan.”


          Namun demikian tidak bermakna Islam mengajarkan kemewahan. Hakikatnya Islam mengajar kesederhanaan. Baik dalam berpakaian dan segala tindak tanduk dalam kehidupan seharian. Kita boleh jadikan Rasulullah saw sebagai qudwah dalam kehidupan kita. Kadang-kadang keikhlasan itu akan datang dengan raut muka yang mendamaikan sebelum memulakan sesuatu kerja. Sama-samalah kita mengamalkannya..:-) insyaAllah.

Peperiksaan kian berakhir, jadi…



Assalamulaikum wbt
“Alhamdulillah, tinggal lagi satu paper je lagi nak habis exam.”  Begitulah lafaz yang terkeluar dari mulut-mulut sahabat saya  yang satu course dengan saya.

             Ramailah yang sibuk mengemas barang nak balik bercuti, tapi saya tak buat apa-apa pun lagi. Tapi masih sempat lagi buka blog sebab ada sesuatu yang nak dikongsikan dengan semua. Wujudnya blog saya pun sebab awalnya adalah assignment. Kalau tidak tak adalah saya boleh kongsi sesuatu dengan semua. Assignment dah siap jadi blog ini takkan nak biarkan tergendala begitu sahajakan.

                 Banyak yang perlu semua orang muhasabah, ramai orang belajar semata-mata untuk mengambil peperiksaan. Habis saja peperiksaan, lupa habis apa yang dipelajari. Saya pun tidak terkecuali dalam hal ini, tapi sampai bila kita nak jadi macam ni. Sedarlah wahai diri.

                 Ingatlah kita perlu ada ilmu untuk membantu Islam. Berapa ramai hari ini yang dapat keputusan yang baik yang betul-betul mengamalkan ilmu itu. Terlalu sedikit bukan?

                     Jadi kita cuba duduk sebentar untuk memperbaharui niat  dan yang paling penting iman kita..
                     Wallahualam…