Amalan paling bersih disisi Allah ialah zikrullah
بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat berkongsi sesuatu dengan semua yang selalu berkunjung ke blog saya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua.
Untuk kali ini saya hanya ingin berkongsi satu sirah yang mungkin pernah dan tidak pernah didengar oleh orang lain. Kisah ini tentang seorang hamba Allah yang bernama Abu Darda’. Saya amat tertarik dengan sirah ini, semoga anda juga begitu. Sebelum itu, saya ingin mohon maaf pada anda yang menanti cerpen saya yang seterusnya. Saya tengah menulis dan belum selesai lagi. Allah izin, saya kurang sihat untuk menghabiskan cerpen itu. Jadi, saya akan berkongsi sirah para sahabat sahaja dahulu untuk kali ini.
*********************
Ketika bala tentera Islam berperang mengalami kekalahan dan kemenangan di beberapa penjuru bumi, di kota Madinah tinggallah seorang ahli hikmah yang mengagumkan. Daripada dirinya memancar mutiara yang cemerlang dan bernilai.
Dia sentiasa mengucapkan kata-kata indah kepada masyarakat sekelilingnya, “Mahukah saudara sekalian, saya khabarkan amalan-amalan yang terbaik, amalan yang bersih di sisi Allah dan paling meningggikan darjat saudara, lebih baik daripada memerangi musuh dan memancung batang leher mereka, malah lebih baik daripada wang emas dan perak?”
Para pendengar mendongakkan kepala mereka kerana ingin tahu, kemudian segera menanyakan, “apakah itu wahai Abu Darda’?”
Abu Darda’ memulakan bicaranya dengan wajah yang beseri-seri, di bawah cahaya iman dan hikmah lalu menjawab persoalan tadi, “Zikrullah.”
Bukanlah maksud ahli hikmah yang mengagumkan ini menganjurkan para pendengar mengasingkan diri atau meninggalkan urusan dunia. Benar, Abu Darda’ bukanlah jenis orang seperti itu kerana dia juga ikut berjihad fi sabilillah mempertahankan agama bersama Rasulullah SAW hingga datangnya pertolongan Allah dengan pembebasan dan kemenangan merebut Kota Mekah.
*********************
Tangisan Abu Darda’
Menurut pandangan Abu Darda’, dunia seluruhnya hanya semata-mata titipan dan amanah. Sewaktu penaklukan Cyprus dan harta rampasan perang dibawa ke Madinah, orang melihat Abu Darda’ menangis. Mereka dengan terharu mendekatinya dan Jubair bin Nafir bertanya, “Wahai Abu Darda’, apakah sebabnya saudara menangis pada masa Islam dengan penganutnya telah dimenangkan oleh Allah?”
Pertanyaan tersebut dijawab dengan mutiara kata yang sangat bermakna lagi berharga dan mempunyai maksud yang sangat mendalam, “wahai Jubair! Alangkah hinanya makhluk di sisi Allah, apabila mereka meningggalkan kewajipannya terhadap Allah.
*********************
Memuliakan ilmu
Sungguh, Abu Darda’ benar-benar memuliakan ilmu dengan setinggi-tinggi kedudukan. Ungkapannya mengenai ilmu, “Seseorang itu tidak mungkin mencapai tingkat mutaqin, apabila tidak berilmu. Apa guna ilmu apabila tidak dibuktikan dengan amal perbuatan.”
Ilmu baginya ialah pengertian daripada hasil penelitian, jalan dalam mencapai tujuan, makrifat untuk membuka tabir hakikat, daya fikiran dalam mencari kebenaran dan jentera kehidupan yang disinari iman dalam melaksanakn perintah Allah.
*********************
Penutup
Marilah sama-sama kita mendalami kisah Abu Darda’ ini untuk diambil segala ibrah yang ada didalamnya. Lagi banyak nikmat yang Allah berikan lagi tunduk dan patuh kepada-Nya. Jalan dakwah itu penuh berliku dan cabarannya, namun siapa yang sabar Allah akan sentiasa membantu. Wallahu`alam.
Setakat ini dahulu perkongsian sirah buat semua. Ambillah apa yang baik dari blog ini. Yang lemah dan kekurangan itu dari saya, hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah. Bagi yang menanti cerpen saya yang seterusnya, InsyaAllah akan siap tidak lama lagi. Maaf atas segala kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Sekian.
~Permata yang Dicari~
10 OKTOBER 2011
-Bukit Mertajam, Pulau Pinang-
SubhanAllah perkongsian sirah ni sgt bermanfaat. izinkan ana copy utk simpanan ana.
ReplyDeletemoga dapat teruskan berdakwah !
salam sayang hamraa' muslihin (^-^)<3
> Hamraa' Muslihin
ReplyDeleteYa, silakan sangat2 dialukan..
Alhamdulillah.. ^_^
Moga beroleh manfaat yang banyak di sini..
InsyaAllah, doakan kita sama2 boleh meneruskan dakwah.=)
uhibbuki fillah aidhon.. ^_^
~permata yang dicari~
assalamualaikum...
ReplyDeletemohon doanya ya..
hmm..pasal percubaan 2 rahsia la..
hehehe...
(^_^)
nice entry...
> Wardatul Syauqah
ReplyDeleteWa`alaikumsalam wbt.
Hanya mampu tersenyum bila melihat adik meninggalkan jejak disini..
InsyaAllah, akak doakan Allah mudahkan segala kepayahan dalam exam nnt.. =)
Do the best! ^_^
Jazakillah, meniggalkan jejak disini ya.. =)
~permata yang dicari~
Assalamualaikum buat shbtku syg..
ReplyDeletebgos sirah ini..
bnyk pedomannya..
moga trus menulis dalam jalan-Nya..
rindu ftn.,.^_^
> Srikandi permata
ReplyDeleteWa`alaikumsalam wbt..=)
Alhamdulillah, ini sj yang mampu fatin share setakat ini..
InsyaAllah doakan fatin ya.. ^_^
Rindu Nabilah juga..^^
~permata yang dicari~