~Rebutlah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita~
Ya Allah di malam yang sepi ini, kubermunajat hanya pada-Mu, kuluahkan segalanya hanya padamu semata-mata. Aku hamba-Mu yang sangat lemah dan kekuatan yang sedikit ini yang membuatkan aku terus bangun semuanya adalah pinjaman dari-Mu.
… Ya Allah kuhadapkan wajahku kepada-Mu yang menciptakan langit dan bumi. Sesungguhnya Ya Allah, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana-Mu semata-mata.
… Suasana terasa sayu sekali. Di malam yang sunyi, bertemankan kasih Allah. Hati ini terus merintih pada-Nya. Ahh, tidak mampuku menahan air mata ini lagi. Biarlah ia tumpah dari empangan ini, supaya hati terasa tenang dengan pelukan kasih Allah.
***************
… Al-Quran di sisi cuba ku capai, kubelek dengan mata hatiku. Terpaku pada satu surah. Surah ar-Rahman. Sejak di bangku sekolah lagi iaitu di tingkatan 3 aku mulai suka surah ini dan berjaya menghafalnya. Bagiku surah ini mampu mengalir mata ini dengan deras sekali tanpa halangan dengan penghayatan yang mendalam.
… Tiba-tiba hati kecilku berbisik “rebutlah kasih Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini, tetapi ingatlah jangan jadi hamba Ramadhan sebaliknya jadilah hamba Rabbani.” Ya Allah lagi 10 hari, Ramadhan akan pergi. Musim bungan akan berakhir tidak lama lagi.
… Aku cuba bangkitkan hati ini dan terus memujuknya. Al-Quran digenggaman kupeluk erat. Hati bertambah sayu apabila memikirkan masalah-masalah yang bertimbun. Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana mengurniakan Ramadhan kepadaku lagi.
***************
… Ya Allah, aku juga bersyukur kerana dilahirkan dalam bulan Ramdhan. 28 Ramadhan 1412 Hijrah, bersamaan 2 April 1992. Aku diberi kesempatan untuk menghirup udara Ramadhan diawal kelahiranku.
… Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku ketika kukecil. Kuterbayang-bayang wajah mak dan abah yang berjauhan denganku, mengalir lagi air mata ini. Terasa susah hendak berhenti.
***************
… Ketahuilah kalian, sesungguhnya Allah telah menyediakan ganjaran yang sangat banyak kepada kita di bulan Ramadhan ini sepenuh dan sepadat diantara langit dan bumi. Apa yang ditunggu lagi, jom kita rebutnya bersama.
… Wahai hati Ramadhan hanya datang sekali setahun. Kenapa kita begitu berkira dengan Allah? Kenapa kita terasa susah untuk bangun? Cubalah kita renungkan balik hati kita, pujuklah hati untuk diserahkan kepada Allah sepenuhnya.
***************
… Aku menghampiri jendela yang tirainya sedikit terselak. Yang kelihatan dilangit, hanyalah bulan yang separuh. Cantik. Tetapi hanya separuh. Kutatap agak lama sambil memujuk hati, terasa hembusan kasih sayang Allah dibulan Ramadhan ini kedalam hati. Sungguh, terasa tenang sekali.
… Jeritan hati yang tadinya, kini sudah reda. رب العلمين. Jangan tinggalkan diri ini terkapai-kapai lagi. Lemas. Tidak sanggupku mensia-siakan Ramadhan ini. Bimbang jika Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir.
***************
… Perasaan bimbang menyelubungi hati. Tertanya-tanya. Adakah aku berjaya beroleh takwa yang Allah sebutkan didalam Al-Quran?
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa seperti mana orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah -183)
… Ya Allah, bantulah aku untuk memperoleh malam Lailatul Qadr. Mudahkanlah aku hati aku untuk merintih hanya pada-Mu. Ampunkanlah dosa-dosa yang terlekat pada hati ini Ya Allah. Aku terlalu lemah jika dosa-dosa itu menyelubungi hati.
***************
Akhir sekali, saya mohon maaf jika perkongsian saya kali ini kurang menarik. Hanya ini yang mampu saya lakarkan kerana ini merupakan luahan hati saya. Marilah sama-sama merebut kasih Allah dibulan Ramadhan ini yang hanya tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi.
P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit atau berbangga diri, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi. (",)
Luahan hati,
~permata yang dicari~
20 OGOS 2011
-Kota Bharu, Kelantan-
Salam 'alaik..
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal 'alamin..semoga ALLAh kabulkan segala doamu ya ukhtil jameelah..
Moga bertemu malam lailatul qadar..insya-ALLAh
moga kita semua menjadi hamba yg rabbani dan menjadi hamba yg bertaqwa dan qanaah..
ReplyDeleteKetaqwaan mencelikkan mata hati untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
Firman Allah SWT:
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan (kemampuan membezakan antara yang hak dan yang batil). (Surah al-Anfal: 29).
Furqan yang tumbuh di dalam hati ini mampu menyingkap rahsia kehidupan, menghadiahkan ketenteraman dan kedamaian..
> ahlia iman
ReplyDeleteWa`alaikumsalam wbt.
Amiiin.. begitulah yang saya harapkan, doa yang sama ditujukan kepada ahlia iman.
InsyaAllah, moga kita bertemu malam lailatul qadr itu. ^^
Jazakillah kerana sudi ke blog ini, jemput datang lagi.
~permata yang dicari~
> wardah
ReplyDeleteAmiinn.. Fatin sangat gembira dengan peninggalan yang sangat berguna dari k.uda..
Fatin harap k.uda rajin2 lah ziarah blog Fatin..
Jazakillah k.uda, kongsi sesuatu disini.. akan fatin manfaatkannya. ^^
~permata yang dicari~
subhanallah.
ReplyDeletebila diluahkan isi hati mlalui penulisan,
segala yg terukir terus direnungkn kpd diri,
sejauh mana diri ini berjalan di dlm bulan ramadhan,
sejauh mana diri ini menyelami makna ramadhan..
ternyata byknya masa dipersia-siakan begitu sahaja.
moga kita masih bersemangat utk meneruskn amal di bulan yg mulia ini. Amin.
sebuah garapan luahan hati,
digaul dgn bunyian yg berwarna-warni,
hasilnya mampu menyentuh sang sanubari..
> Pelaut Rabbani
ReplyDeleteAlhamdulillah, apa yang tertulis adalah dengan bantuan Allah semata2..
Tidak akan tersentuh hati melainkan dengan kehendak dan izin Allah..
Jazakallah, kerana sudi meninggalkan jejak yang membina disini, meninggalkan mutiara disini..
~permata yang dicari~
insyaAllah, apabila apa yang ditulis itu semata-mata untuk mengingati Allah, maka jadilah tulisan itu bukan sesuatu yang sia-sia.
ReplyDeletemoga ramadhan ini menjadikan kita hamba Allah yang lebih bersyukur dan sudah pastinya mendapat maghfirah daripadaNya! amin!
> Rabi'ah Al-Adawiyah
ReplyDeleteYa, benar apa yang dikatakan oleh ukhti.. ^^
InsyaAllah amin..
Jazakillah kerana sudi ke sini..
Jemput datang lagi ya,
Ambillah buah tangan dari blog ni.. ^_^
~permata yang dicari~