Wednesday, November 23, 2011

::.Bicara Sekeping Hati.::


 ~Bersihkan hati~


“Hidup yang melalaikan bukanlah satu kehendak. Jiwa yang kontang tanpa basahan iman bukan yang dihajatkan. Ya Allah, pimpinlah hati ini ke jalan-Mu. Sungguh ku tidak mampu berdiri sendiri tanpa bantuan–Mu. Betapa lemahnya hati tanpa siraman iman.”  
                                                  

…. Kusingkapi sejarah  hidup ini, daripada setitis air mani yang hina – dipelihara Ar-Rahim – dalam kandungan insan berjasa (si ibu yang amatku sayangi). Itulah hakikat kejadianku, asalku begitu hina!!!


…. Kulihat tapak kakiku, hanya sebesar dua jari. Terlalu kecil dan terlalu lemah untukku bergerak sendiri. Aku hanya mampu tersenyum riang melihat dan merasa diri ini disayangi.


….. Semalam ku tersenyum bangga!! “Ahhh…. Istimewanya diri ini, tidak layaklah untuk aku menurut arahan sesiapapun, kerana aku langsung tidak layak untuk berada di bawah!!”


…... Tiba-tiba ada satu suara dari hati ini yang sergah, “Siapa dirimuيا ايها الناس  ??! sehingga begitu TAKBUR, dikau hanya dari setitis air yang hina!!! Adakah si Dia menerima amalanmu? Kau fikirlah wahai manusia.” Tersentak diri ini dengan sergahan itu, “kuyakini tidak, kerana kutelah ingkar pada Penciptaku. Ya Rabb, ampunkan aku.” Air mata mengalir dengan deras tanpa halangan. Ahhh!! 
 
  
….. Seandainya hari ini adalah hari terakhir buatku, hati yang bagaimana aku hendak persembahkan dihadapan Allah? Lidahku kelu. Hatiku membisu. Kerasnya memecah kerikil.

يا الله!!!!  
Pimpinlah hati ini ke jalan-Mu.


********************   


….. Kubangun dan terus bangun. Lembaran kasih-Nya kubelek. Surah ar-Nur ayat 52 menjadi pilihan untukku tatap. “Barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” 


….. Kucuba memujuk hati ini. Menangisi diri hina ini, tapi ku terjatuh. Kekerasan menghalang, hati terus terdetik, “wahai manusia, lihatlah diriku! BODOH dan BUTA jika dikau tidak terlihat kelebihanku!”


….. Ahhh!!! Pergilah kau dari hidup ku. Ya Allah, jauhkan aku daripada bisikan syaitan yang direjam ini. Kumohon Ya Allah.     Aku juga cuba untuk menangkis bisikan liar itu. Namun kugagal. Dimana? Dimana kelembutan hatiku yang selama ini kukecapi??!


….. Tidak ada sesuatu yang boleh merosakan hati kecuali hati yang dinodai dosa. Sekerap manakah aku memberi perhatian pada hati ini? Apabila hati mula membatu maka mata kering daripada titisan air mata.

“Di sini” hatiku menjawab. “Usahalah mencapaiku!”
                                          رب العلمين!! !!
                       BANTULLAH AKU…  


….. Wahai hati, tunduklah pada Penciptamu!! Celakalah daku jika aku diberikannya dari sebelah kiri, kugagahi diri ini untuk menjerit.. tapi kelu. Hatiku keras, mindaku mati. “PEMBANTUKU??” Ya, si Dia. “Mengapa aku perlu dibantu?” kerna dikau lemah, kerdil dan amat hina!!” Kutunduk memandang diri ini.


…. Ya Allah, bantulah aku untuk mengubah sahara yang kontang menjadi sebuah taman bunga yang subur menghijau dan mekar mewangi. Ya Allah, kumengharap agar Engkau memandangku dengan padangan kasih sayang dan jangan biarkan aku terkapai-kapai dalam menongkah arus kehidupan yang kian payah.  


********************    


Akhir sekali, saya mohon maaf jika perkongsian saya kali ini kurang menarik. Hanya ini yang mampu saya buat kerana ini merupakan luahan hati saya. Saya sedang berusaha untuk tingkatkan diri lagi untuk menjadi lebih baik setelah sekian lama saya menyepi mencari sekeping hati yang Allah mahukan.   
                                                        

P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit atau berbangga diri, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi. (",)   


-Permata Yang Dicari-
23 November 2011
-Kota Bharu, Kelantan- 

14 comments:

  1. Salam alaik

    Alhamdulillah, bicara sekeping hati seorang hamba ini turut sama mencelikkan mata hati si pembaca yang telah lama terpejam.

    bersyukurlah dengan kehidupan kita. bersyukur juga kerana Allah masih sudi memandang kita, hambaNya yg Hina. semoga sahara yang kering kontang itu akan sentiasa dipancari air mata dan lama kelamaan ia bisa melembutkan 'tanah' yang sekian lama keras.

    tuntun langkah kami ya Rahman..

    ReplyDelete
  2. Wa`alaikumsalam wbt.

    InsyaAllah, amin adikku.. Moga Allah mudahkan segala-Nya.

    Ya, mudah2an sahara yang kontang berubah menjadi subur dan mampu menarik hati2 lain untuk dekat dengan-Nya..

    :salam mujahadah:

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt..

    subhanallah..entri yg menyentuh jiwa..dharapkan kta semua mendapat rahmat dan redha Nya..

    " cukuplah Allah (menjadi penolong ) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.." - ali Imran :173

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  4. Dalam diari perjuangan
    tiada masalah yang merumitkan,
    ujian melemahkan,
    bala yang menyusahklan.
    Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan
    untuk menjadi lebih hebat,
    mereka tempuh dengan masalah dan ujian,
    cuma sesekali air mata merembes
    lambang kekerdilan kudrat hamba,
    berhadapan dengan belaian Pencipta
    sebagai ingatanNya..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..semoga apa yang diluahkan menjadi pedoman buat kita semua....berusahalah menjadi yang terbaik daripada yang lebih baik.....peningkatan diri amat perlu untuk manusia yg bergelar 'daie'....alhamdulillah....doakan syu gak...^^

    ReplyDelete
  6. > peRmaTa_ aGamA

    Wa`alaikumsalam wbt.

    Alhamdulillah, insyaAllah mg redha Allah sentiasa mengiringi.

    Kita perlu banyak berdoa agar Allah menetapkan hati kita dalam keimanan..

    wallahu`alam..

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  7. > sofeaqistina

    Alhamdulillah, jazakillah ya ukhti atas kata2 itu.
    Saya ada menyimpannya.. ^_^

    Moga Allah sayang kita semua. =)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  8. > Falha IbTisam

    InsyaAllah Syu.. sama2 kita tingkatkan diri dan berusaha menjadi lbh baik dari sehari ke sehari..

    Moga Allah bantu ^_^
    InsyaAllah, sama2 kita berdoa.. =)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum buat shbtku syg..

    Hatimu berbicara dgn penuh ketulusan hatinya,,

    Kau adlh insan terpilih dalam menghadapi ujian ini..

    Appe2pun..ingtlah Allah tahu kau mampu lakukan ini lantaran itu Dia mengujimu..

    Kuatkanlah mujahadahmu...

    Moga dikau sentiasa didakap erat dgn ksh syg-Nya..

    ReplyDelete
  10. > Srikandi permata

    Wa`alaikumsalam wbt.

    Jazakillah hkr, sahabatku jua. ^_^

    Diharap dirimu sentiasa blh memberi semangat padaku dikala senang mahupun susah.. =)

    Ya, Allah x akan menguji seseorg kalau dia x mampu.. Moga Allah sentiasa hadir untuk membantu.

    InsyaAllah, doamu sangat diperlukan. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  11. Allah...
    indahnya kata-kata hingga menusuk jiwa..
    Alhamdulillah..sgt terkesan dihati ini..
    moga kita semua sentiasa berada dlm redha-Nya..
    Amin ya rabb..

    ReplyDelete
  12. > cik dila

    Alhamdulillah, sama2lah kita berdoa pada Allah agar menetapkan hati kita di atas jalan-Nya, insyaAllah.. aminn. ^_^

    Ya, InsyaAllah moga redha Allah sentiasa bersama kita semua.. =)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah , terusik hati ini.

    insyaAllah , hati kita akan kuat jika kita yakin hadirnya Allah di setiap gerak kerja yg kita lakukan.

    syukran atas perkongsian yang bermanfaat ini. (^-^)

    ReplyDelete
  14. > ♥ Al-Haura' Maqsurah ♥

    Alhamdulillah.. ^_^

    Ya, betul.. kita sentiasa perlu rasa ma`iyatullah(kebersamaan Allah) dalam setiap apa yang lakukan.. Moga Allah kasih.. =)

    sama2.. jemput datang lagi ya ukhti.. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete