Thursday, March 1, 2012

::.Sinergi Wardah.::

~Segarkan iman, mantapkan ukhwah~



 “Wanita yang bijaksana pasti mampu mengubah sahara yang kering kontang menjadi sebuah taman bunga yang subur menghijau… insyaAllah.”


Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”  [surah al-Hujurat : 10]


Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”  


***********************

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t.   


Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).


Ukhwah yang baik ialah ukhwah yang mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.  Jadi, pilihlah sahabat yang sentiasa boleh mengingatkan diri kita kepada-Nya. Sama-sama kita jadikan ukhwah itu sebagai satu generator untuk menuju Allah s.w.t.


***********************

Kenapa agak-agaknya saya menceritakan tentang ukhwah hari ini? Anda tahu kenapa? Adakah anda faham apa itu maksud sahabat? Maksud sahabat disini ialah, kita boleh berkongsi suka dan duka bersama, sama ada susah atau senang dan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah.  Hebatkan, bukan hanya sekadar berkongsi suka, bahkan duka!


Mari saya kongsikan cerita dengan anda semua. Kelmarin, tepat jam 9.45 pagi saya mendapat panggilan daripada seorang staf di kolej saya merangkap sahabat baik saya juga. Sebelum itu, saya akan perkenalkan dahulu siapa orangnya. Saya memanggilnya Kak Mini. Nama penuhnya Kasmini Hammatang. Berasal dari Tawau, Sabah. Dahulunya dia juga seorang pelajar disini. Itulah serba sedikit tentang dirinya.

“Assalamualaikum, Fatin ada kat mana sekarang?” tanya kak Mini

“Wa`alaikumussalam wbt, Fatin dah ada di kolej sekarang. Dekat Medan Thaqafi ni, tengah siapkan laporan PESAT yang kak Mini mintak semalam tu?" tersenyum menerima panggilan itu.   

“Ooo ye ke.. dah makan belum?” soalnya lagi.

“Alhamdulillah, dah. Sebelum datang kolej tadi Fatin dah minum susu dan makan roti.” Jawabku ringkas.

“Makan roti je, mai la datang HEP ni makan dengan akak ajak si kembar sekali ya.” sungguh-sungguh kak Mini mengajakku.

“InsyaAllah, nanti Fatin datang dengan si kembar.” balasku pula.  


Kak Mini memang sangat mengambil berat tentang saya dan si kembar. Siapa si kembar tu? Dia adalah sahabat sekelas dengan saya. Namanya Siti Nabilah binti Azman.  Kami banyak persamaan. Nama kami pun hampir serupa tapi tidak sama. Gelaran itu diberi oleh Kak Mini sendiri. ^_^.


~Bersama kak Mini di Lata Tembakah, Terengganu~



***********************

Malam itu lepas solat isya’ berjemaah disurau, saya naik ke bilik. Tiba-tiba perasaan sedih datang tetapi tidak tahu apa puncanya. Saya banyak diam. Tidak seperti biasa. Biasanya, sayalah yang selalu menceriakan suasana. Suka menggembirakan hati orang lain, itulah saya.


Saya terus berlalu menuju ke meja saya mencapai sebuah buku, “Agar Dijaga Allah” karya A’idh bin Abdullah al-Qarni. Hadiah pemberian seseorang. Sangat bermakna dan bernilai buat saya. Sedang khusyuk menelaah buku itu, ada satu panggilan. Tertera di skrin handset ‘Mak Tersayang’. Cepat-cepat menjawabnya. Rindunya dekat mak walaupun hari-hari telefon. Tidak pernah miss walaupun sehari. Lama juga berbual dengan mak.


Lama selepas itu, Kak Mini pula yang call. Rasa kesedihan tadi terubat sedikit sebanyak. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Buat mak yang amat saya sayangi kerana-Nya ketahuilah anakmu ini amat merinduimu dan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di dunia dan akhirat.  Buat kak Mini yang disayangi juga kerana-Nya, terima kasih kerana selalu bagi semangat dekat Fatin dan bersusah payah untuk Fatin. Saya sangat-sangat hargainya. Semoga Ukhwah ini kekal hingga ke syurga-Nya, insyaAllah.

‘A friend is push when you’re stop, a world when you’re alone, a guide when you’re searching and a al-Quran when you’re sad.’


***********************

Ukhwah juga merupakan barometer pengukur pasang surutnya keimanan. Semakin teguh ikatan persaudaraan fillah, semakin hampirlah untuk menjadi mukmin yang sejati (mu'minul al haq). Maka sudah tentunya figure manusia yang berukhwah adalah figure insan yang hidupnya basah dengan limpahan iman.

“Sesungguhnya ikatan akidah itu adalah sekuat-kuat ikatan dan orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan islam, persaudaraan kepada Allah dan lillahi ta`ala akan dapat merasai dan menikmati satu kebahagian yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak dapat dikecapi oleh orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan yang fana ini.”


Saya rasa setakat ini dahulu perkongsian saya dengan semua. Moga ada manfaat daripada perkongsian kali ini biarpun ianya hanyalah perkongsian yang santai. Impian saya, saya ingin memperoleh cinta Allah dan redha-Nya.  Jika saya seorang sahabat kepada sahabat yang lain, saya akan jadi sahabat yang sejati. Saya adalah seorang anak kepada mak dan abah saya, akan saya berusaha menjadi anak yang solehah yang sentiasa membahagiakan hati mak dan abah saya.^^. Jika saya seorang isteri suatu hari nanti, akan saya berusaha membahagiakan hati suami dan berusaha menjadi isteri yang solehah, insyaAllah.


P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit atau berbangga diri, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi.  


Yang mengharap doa kalian,
-Fatin Nabila Bt Sharul Azimin-
2 March 2012
-Kota Bharu, Kelantan-  

12 comments:

  1. =) tersenyum membacanya..
    Antara golongan yang mendapat naungan ALLAH di hari akhirat kelak adalah 2 orang yang berkasih sayang kerana ALLAH-mafhum hadis.
    Moga ALLAH meredhai persahabatan kita,dan munirah minta maaf jika tidak dapat menjadi sahabat yang baik.

    Uhibbuki fillah~ Doa,ingatan dan hati penghubung kita (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. > MUJTAHIDAH SOLEHAH

      ^_^ Ya, tepat sekali.. ^_^
      Ya, insyaAllah.. eh, xpe.. Fatin faham situasi kita sebagai student ni kadang2 memnang sibuk sikit.. Tp kita still x abaikan hak2 persahabatan tu kan?... =)

      Mg Allah redha dgn kita semua insyaAllah... ^_^

      ahabbakillazi ahbabtanilahu.. insyaAllah sama2 doakan..^_^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  2. Salam buat shbtku syg..

    tersenyum nabilah bce entry nie...so sweet...

    utk pengethuan ftin..satu lgi persamaan kita...

    sbnrnya,,bru2 nie..nbilah pun ada hajat utk tulis pasai kak mini..

    tp...alhmdulillah..ftn dh tulis..

    hehe...ape2pun moga ukhwah kita berkekalan & disulami iman yang manis...

    moga ftn sntiasa dlm ksh sygNya..

    wslm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Srikandi permata

      Wa`alaikumussalam wbt sahabatku sayang aidhon..

      ^_^ Alhamdulillah, Mg2 Ukhwah kita kekal hingga ke syurga-Nya.=)

      InsyaAllah, aminn.. Doa yg sama untuk Nabilah yang disayangi..^_^

      Kita memang banyak persamaan..hehe..^_^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  3. Hari ini saya bersendirian menghabiskan catatan tentang ukhwah ini.
    Sungguh, perasaan berukhwah itu kadang-kadang bukan dari bicara, tetapi apa yang telah ditumpahkan dalam kehidupan lallu dirasai sahabatnya sendiri.

    Jazakilllah atas perkongsian.
    Terus bertinta. Moga Allah memberi kita kekuatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. > ~ Pelaut Rabbani ~

      Ya, insyaAllah aminnn..

      Sudah sekian lama en. Pelaut tidak meninggalkann jejak disini.
      Jazakallah atas persinggahan ke sini. Mg bermanfaat.

      Ya, ukhwah itu tidak dapat dirungkaikan melalui kata2 tp ianya melalui penghayatan dan bgmn kita mengaplikasikan ukhwah itu.

      Wallahu`alam.

      ~permata yang dicari~

      Delete
  4. Replies
    1. > Faidhatul Arfah

      Syukran follow saya.. mg beroleh manfaat apabila berkunjung ke sini..

      Mg Allah redha. ^_^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  5. ukhuwah filillah...
    itu yg terbaik..
    sgalanya krn Allah..
    pasti ianya 1 kebahagiaan dan ktenangan hidup d peroleh =)
    salam ukhuwah ya ukhti ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. > sea_lavender

      Ya, tepat sekali.. ^_^
      Ukhwah yg benar adalah sentiasa mengingatkan kita kepada-Nya.=)

      Salam ukhwah kembali, Jazakillah atas kesudian berkunjung ke teratak yg sederhana ini.. ^_^

      ~permata yang dicari~

      Delete
    2. Assalamu'alaikum...:)

      Apa khabar dik? Maaf ya akak lambat menjengah, kurang sihat sikit..:)

      Antara yg terindah dlm hidup manusia adalah ikatan ukhuwah kan dik? :)

      Alangkah berbahagianya bila berukhuwah sering menghargai.Bila bersama saling menyayangi.Bila terluka selalu memaafi.Bila keliru tetap memahami.Bila terleka kerap menasihati.Bila tersilap terus meneguri.Maka bertambah manis bila semuanya kerana ILAHI, Allahu Rabbi! indahnya..=)

      Adik fatin..uhibbukifillah =)
      terima kasih utk segalanya^^

      Delete
    3. > - Ukhty Iman -

      Wa`alaikumussalam wbt,

      Syafakillah buat akak yg disayangi kerana-Nya..^_^
      Mg Allah memberi kesihatan yg baik untuk akak.

      Ya, indah berukhwah kerana-Nya.
      Kadang2 Allah akan uji ukhwah itu untuk melihat sejauh mana kekuatan ukhwah itu.^_^

      Buat akak, ahabbakillazi ahbabtanilahu fillah.. =)
      Sama2 juga akak..=)

      ~permata yang dicari~

      Delete