Perbanyakanlah amalan sunat
وعن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه سلم: من صام رمضان، ثم أتبعه ستا من شوال، كان كصيام الدهر.
(رواه البخاري ومسلم)
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… Sebelum madah diteruskan, ucapan Assalamualaikum ditujukan buat para pembaca blog permata yang dicari sekalian yang dikasihi fillah. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW rasul Dakwah dan Tarbiyah. Dengan rahmat kasih sayang-Nya, saya dapat berkongsi sesuatu dengan semua di hari dan di bulan yang baik ini. Perkongsian saya kali ini tidaklah panjang seperti selalu, ringkas sahaja. Tetapi harapnya bermanfaat buat semua.
Tajuk saya kali ini adalah sekadar perkongsian yang telah saya pelajari dalam kelas sebelum ini. Bagi maksud hadith diatas lebih kurang begini “Daripada Abi Ayyub al-Ansori r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian berpuasa enam dalam bulan Syawal maka ia seperti berpuasa setahun.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam kita berseronok di bulan syawal ini, molek kiranya kita hiasinya dengan kita berpuasa enam, kita akan terasa nikmatnya syawal. Lihatlah betapa Maha Pemurahnya Allah memberi ganjaran yang sangat besar kepada kita. Apa yang kita lengahkan lagi, jom sama-sama merebutnya. Bila sebut pasal puasa enam ni teringat pula soalan adik saya yang yang ke-3 yang dia tanya kepada saya petang tadi.
Alang: Kak, kita tak boleh puasa enam dah ka?
Saya: Kenapa alang tanya macam tu pulak?
Alang: Ya lah, la ni kan dah raya ke-6, bukan kalau nak puasa enam kena mula dari raya ke-2 ka? Kita tak puasa lagi ni, hari-hari kita pi jalan-jalan dengan mak dan abah.
Saya: (Senyum) Alang, puasa enam boleh buat bila-bila sahaja asalkan dalam bulan syawal juga.
Alang: Ooo...macam tu, boleh tak kalau alang puasa tapi selang-selang.
Saya: Boleh, ikut kemampuan la. Asalkan dalam bulan syawal juga. Faham tak lagi?
Alang: InsyaAllah, alang dah faham. Terima kasih kak.
Saya: Ok, sama-sama. Kalau nak tanya apa-apa lagi bolehlah. (senyum)
Harapnya anda juga boleh ambil sedikit sebanyak ilmu dalam perbualan saya dan adik saya. Saya rasa setakat ini dahulu perkongsian saya untuk semua. Moga beroleh manfaat yang banyak. Dikesempatan ini juga saya ingin menyucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini. ^_^
~Bersama mak,abah dan adik-adik~
P/S: Beramallah kita seikhlas yang mungkin kerana ganjaran-Nya sangat-sangatlah besar, insyaAllah. (”,)
~Permata yang dicari~
4 SEPTEMBER 2011
-Bukit Mertajam, Pulau Pinang-
No comments:
Post a Comment