-Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit-
Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, indahnya tarbiyah Allah, tersiram rahmat dan hikmah, diuji kita sebagai tanda kasih sayang-Nya. Mendidik hati untuk menjadi GENERASI PERINDU SYURGA!!
Dia yang bernama perempuan. Bila mana usianya meningkat, ilmu dan iman di dada turut seiring meningkat, maka di situlah seorang serikandi mukminah terbentuk. Dunia semakin sakit bila perempuannya hanya sihat di mata dan fizikal, namun hatinya sakit dan degupan jantung perlahan minta basuhan iman dan taqwa.
Solatnya, telah semakin kering dan gersang sekadar pergerakan turun naik, tanpa khusyuk dan tawadhuk. Sia-sia belaka!!! Qurannya, mungkin bacaannya dalam solat itu sahaja. Aurat dan penampilannya bukan lagi sebagai ibadah dalam mematuhi syariat ilahi namun semakin tertanggal, semakin nipis, semakin sikit, semakin jarang dan pendek kainnya untuk mempamerkan kecantikan pada orang atau sekarang untuk kepuasan nafsu sendiri.
Senyuman dan kata-kata manis manja telah melimpah ruah buat lelaki yang disangka telah menjadi miliknya. Ilmu Quran, Ilmu Hadith, Ilmu fiqh, Ilmu usuluddin, tasawuf, takhrij, tauhid, ibadah, tafsir dan lain-lain, yang mana satu dikuasainya? Dia hanya tahu bersosial dengan segenap lapisan masyarakat, hanya tahu menyampai sedikit ilmu yang diperolehi dalam majlis-majlis ilmu yang dihadiri dua jam dari beratus-ratus jam seminggu.
Jiwanya kontang, tidak terbentuk apatah lagi ingin membentuk jiwa-jiwa yang lain. Dia tidak menguatkan iman saudara-saudara lelaki, dia melemahkan, malah membuka jalan kepada terhakisnya iman. Dia ingin berkahwin, namun sejauh mana penghayatannya bahawa pernikahan bukan sekadar penyatu dua jiwa, dua raga, dalam ikatan yang halal, tetapi adalah amanah berat sebagai yang bakal melahirkan generasi soleh untuk memakmurkan bumi dengan ajaran Allah.
Bagaimana dia ingin mengajar anak-anak erti kehidupan bila kehidupannya sendiri hanya secebis pergantungan kepada Pencipta. Pergantungan lebih kepada manusia yang dicintai, pada insan-insan yang mengelilingi hidupnya, bukan pada tahajjud yang menghidupkan hati. Menyeluruh warna kehidupan tidak mampu ditafsir jika tilawah dan zikrullah hanya bila kesusahan melanda, alpa bila kegembiraan hadir.
Hati yang kelabu berisi cinta terlarang, iman yang kontang dan hati yang gersang dari cahaya, peribadi terserlah mengikut nafsu dan pujukan dunia serta syaitan durjana, ilmu hanya setitik, kesabaran hanya secebis, akal tidak panjang.. Layakkah mendamba keluarga acuan al-Quran??
Dia masih di situ. Termangu mencari harga diri. Seorang diri mengintai-intai kesilapan masih tidak mengenal diri yang menyebabkan diri terpedaya dengan kehidupan yang bersifat sementara. Ketakutan dan kegusaran silih berganti dengan ketenangan dan ketenteraman yang cuba mencelah…..
Di sini saya sertakan sedikit puisi yang saya ingin kongsikan dengan semua yang pernah saya sematkan di blog ini tahun lepas. Moga anda mampu menghayatinya:
اختي الحبيبة في الله
Jangan biarkan dirimu
Menjadi sebarang bunga yang indah
Tetapi sayang tidak berduri
Apabila tiada duri
Tiada lagi benteng yang boleh menghalang si bunga
Daripada sewenang-wenangnya didekati oleh sang kumbang
Lantas tercemarlah keindahan si bunga
Murahlah nilainya
Akhlak dan al-Haya’(malu)
Dengan pagaran itu
Kilauan warna itu semakin memancar indah
Dan haruman aromanya mengelinap segenap naluri
Yang mengundang kekaguman
Di hati sang kumbang
Sehingga sang kumbang
Berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua dan marilah kita muhasabah diri bersama. Apa yang baik itu dari Allah dan yang lemah dan kurang itu dari diri saya. Saya mohon ampun pada Allah. Moga Allah kasih dan redha dengan kita semua. Wallahu`alam..
P/s : Coretan ini saya khaskan untuk diri saya dan sesiapa sahaja yang ingin mengambil ibrah darinya. Moga mampu memberi suntikan buat hati untuk terus istiqamah dan sentiasa ingin meningkatkan mutu dan kualiti iman, InsyaAllah. Moga Allah kasih. (",)
~Permata yang dicari~
26 January 2012
-Kota Bharu, Kelantan-
amin ya Allah......alhamdulillah..senyum je bace entry ni :)
ReplyDelete> Bulan Syurga Firdausi
DeleteJazakallah wa syukran.
~permata yang dicari~
Assalamualaikum fatin ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah,segala puji bagi ALLAH;
Ya,jadikan diri berharga dengan iman dan islam,sebagai tanda syukur kita pada Tuhan Yang Menciptakan.. ^^
Allahu Allah..betapa kasihnya Dia pada hambaNYA yang bergelar wanita,pelbagai penjagaan berupa syariat diwahyukanNYA dlm Al-Quran dan As-Sunnah..
Begitu juga buat kaum lelaki,yang beriman dan beramal soleh.
Islam adalah rahmat lil 'alamin..Kitalah yang kena menyebarkan keharuman islam ini kepada semua orang..Allah..moga ALLAH membantu kita dalam melaksanakan amanah ini (",)
salam sayang fillah~ Bercinta Hingga Ke Syurga!
> MUJTAHIDAH SOLEHAH
DeleteWa`alaikumsalam wbt Munirah ^_^
Ya, betul tu.. fatin sokong.^^
InsyaAllah, kita sama2 mnjaga amanat ini..
Moga Allah kasih!^^ ya, Bercinta Hingga Ke Syurga. ^_^
~permata yang dicari~
Assalamualaikum shbtku syg...
ReplyDeleteperkongsian yg mnrik..kata2 yg bgos utk semua bunga yang dicptakan Allah..
moga dirimu sntiasa dlm ksh sygNya..
uhibbuki fillah. ^_^
> Srikandi permata
DeleteWa`alaikumsalam wbt shbtku sayang fillah..
Ya, insyaAllah aminnn... =)
Jadilah kita 'Bunga' yang sentiasa di bawah pengawasan Allah,
dan sentiasa disayangi Allah selama-lamanya.. ^^
Ahabbakillazi ahbabtanilahu ^_^
~permata yang dicari~
Salam'alaik...:)
DeleteBesar peringatan ni bt akak, ALLAH...bahagia bertemu adik yang tinggi tekad serta usahanya bg melayakkan diri sebagai mar'ah solehah disisiNya...Allahu Rabbi! Moga terus mekar sebagai mawar agama ye dik, jaga iman, jaga diri demi islam...^^
Salam penuh cinta bt adik disana =)
ilalliqa'
> - Ukhty Iman -
ReplyDeleteWa`alaikumsalam wbt..:)
Jazakillah hkk akak.. InsyaAllah, aminnn.. ^^
Doakan saya terus thabat di jalan-Nya.. =)
Ahabbakillazi ahbabtanilahu..^_^
~permata yang dicari~
alhamdulillah...entry yang menarik..^^
ReplyDelete> Falha IbTisam
DeleteAlhamdulillah, jazakillah syu... =)
Moga beroleh manfaat yang banyak disini.. ^^
~permata yang dicari~
insyAllah moga dibantu oleh ALLAH mnjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat
ReplyDelete> محمد شهريل القنيطري
ReplyDeleteInsyaAllah, aminn.. Jazakallah hkk.
~permata yang dicari~