~Ya Allah, Let My Feet Stand Firm~
بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
Wahai Allah! Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Tiada siapa lagi tempat terbaik
Untuk hamba yang lemah dan dhaif ini menumpang kasih
Kecuali dari sisi-Mu.
Hamba akui segala kelemahan
Kesilapan dan kobodohan diri ini
Hambalah manusia yang menzalimi diri sendiri
Pada setiap detik dan ketika
Hambalah juga selalu berlagak
Seperti tuan di bumi milik-Mu ini!!
Ya Allah.. Aku bermohon
Dengan keluasan rahmat dan maghfirah-Mu
Agar dosa-dosa yang aku usahakan
Saban detik dan waktu itu diampuni!!
Berat hati ini menanggungnya.
Ya Allah! Kusut sekali kehidupanku
Kerana dosa yang menggunung
Segala urusan hidupku tidak keruan
Lantaran dosa bertimpa-timpa
Yang kupikul menanggung derita.
Sungguh Ya Allah,
Tiada ketenangan dengan dosa
Tiada keberkatan dengan dosa
Tiada keselamatan dengan dosa
Tiada kemuliaan dengan dosa
Ampunilah hamba yang bersalah ini
Jauhilah daku daripada kehidupan yang penuh ranjau
Dan liku-liku dosa
Wahai Tuhan yang Maha Pengampun
Ampunkanlah daku…
Yang mengharap doa kalian,
-Fatin Nabila Bt Sharul Azimin-
7 March 2012
-Kota Bharu, Kelantan-
salam buat shbtku syg..
ReplyDeletemoga dirimu sentiasa tbh dlm hadpai apa jua keadaan...
moga jua dikau sentiasa dlm ksh sygNya.
> Srikandi permata
DeleteW`salam sahabatku sayang fillah..
InsyaAllah, aminnn.. Doa yang sama untuk Nabilah..
Moga redha Allah bersama. ^_^
Wallahu`alam.=)
~permata yang dicari~
(n_n)
ReplyDelete> Cik Leiya
DeleteTerima kasih Leiya kerana sudi membaca..
Jemput datang lagi.
Moga bermanfaat ^_^
~permata yang dicari~
Allah Maha Pemurah lg Maha Pengampun...suke entry ni, nmpak jujur :)
ReplyDelete> Bulan Syurga Firdausi
DeleteSyukran, Mg Bermanfaat.
Wallahu`alam.
~permata yang dicari~