~Istiqamah dalam kebaikan~
Assalamualaikum wbt.
Dengan nama
Allah, untuk kali ini saya hanya ingin berkongsi satu kisah yang mungkin pernah
degar atau mungkin tidak pernah didengar oleh anda. Kisah ini tentang seorang
hamba Allah yang diberi nama Abu Mi’laq. Saya sangat suka dengan kisah ini,
semoga anda juga begitu.
ABU
MI’LAQ adalah kaum Ansar (penduduk tempatan Madinah) dan termasuk sahabat
Rasulullah SAW. Orangnya baik dan warak. Dia termasuk saudagar besar yang
selalu pergi ke negeri orang untuk membawa barang dagangannya. Barang-barang
hasil negerinya kemungkinan laris di negeri orang lain dibawanya ke sana,
manakala barang-barang dagangan dari negeri lain dibawanya pulang ke kampung.
Sesuai dengan
keadaan pada waktu itu, untuk sampai ke sebuah negeri terpaksa menghadapi
pelbagai rintangan. Rintangannya termasuklah mengharungi padang pasir yang
kering, panas dan berdebu, panahan matahari yang membakar kulit serta untuk
minum sukar dijumpai. Kenderaan yang ada pada waktu itu hanyalah kuda dan unta.
Bukan rintangan
itu sahaja yang dihadapi oleh para pedagang, bahkan terpaksa berhadapan dengan
penyamun-penyamun di tengah perjalanan. Tidak terkecuali Abu Mi’laq, beliau juga
sering dihalang penyamun dan penjahat ketika dalam perjalanan.
Ketika Abu Mi’laq
berjalan mengharungi padang pasir yang cukup luas, tiba-tiba beliau dihalang
oleh seseorang yang tidak dikenali. Melihat gelagat lelaki itu, memang sahlah
dia adalah penyamun kerana dia menyapa dalam keadaan yang sangat biadap serta
pedang yang terhunus.
Lelaki itu
berkata kepada Abu Mi’laq: “Berhenti dan letak semua barang engkau. Engkau akan
kubunuh disini”. Abu Mi’laq menjawab: “Apa guna darahku kepadamu? Adakah engkau
memerlukan harta dan wang?” Penjahat itu berkata: “Aku tidak perlukan hartamu
tetapi yang kumahukan adalah nyawamu!!!”
Abu Mi’laq berkata:
“Kalau memang benar engkau ingin membunuhku, izinkan aku mengerjakan solat
empat rakaat.” Penjahat itu membalas: “Solatlah!!” Abu Mi’laq pun berwudhuk
kemudian solat empat rakaat. Dalam sujud yang terakhir, beliau berdoa:
يا ودود، يا العرش المجيد يا فعال لما يريد
أسئلك بعزك الذي لا يرام وملكك الذى لايضام وبنورك الذى ملأ أركان عرشك أن تكفيني
شرهذا اللص يا مغيث أغثنى يا مغيث أغثنى يا مغيث أغثنى
Ertinya:
“Ya Tuhan yang Maha Pencinta, wahai Tuhan yang mempunyai
Arasy yang mulia. Wahai Tuhan yang mengerjakan apa yang dikehendaiki-Nya. Aku memohon
pada-Mudengan kemuliaan-Mu yang tidak pernah tanggal, kerajaan-Mu yang tidak
mungkin diganti pihak lain dan dengan nur-Mu yang menyinari tiang-tiang
Arasy-Mu. Aku mohon kepada-Mu supaya engkau selamatkan aku dari gangguan
penjahat ini. Wahai Tuhan yang menolong, tolonglah aku. Wahai Tuhan yang menolong, tolonglah aku. Wahai
Tuhan yang menolong, tolonglah aku.
Doa ini dibacanya tiga kali. Setelah
bangkit dari sujud, tiba-tiba dihadapannya ada seorang penunggang kuda yang
siap pedangnya terhunus. Matanya garang melihat penjahat itu lalu dipancungnya
sehingga mati.
Setelah itu
lelaki yang masih memegang pedang yang berdarah itu berpaling kepada Abu Mi’laq
sambil berkata: “Berdiri engkau!” Dia hairan dan bertanya: “Siapa tuan? Sesungguhnya
Allah telah menolongku dengan perantaraan tuan pada hari ini.”
Lelaki itu
berkata: “Aku adalah malaikat penghuni langit keempat. Sebaik sahaja engkau
selesai membaca doa yang pertama tadi, aku mendengar pintu-pintu langit
berdering. Kemudian engkau bacakan doa yang kedua tadi aku terdengar riuh
rendah dari penduduk langit dan setelah selesai engkau bacanya buat kali
ketiga, aku meminta izin kepada Allah untuk membantumu membunuh penjahat itu
dan Allah mengizinkannya.
Itu sahaja
kisahnya buat kali ini. Daripada Anas r.a. berkata: “Ketahuilah, bahawa sesiapa
yang berwudhuk kemudian dia solat empat rakaat dan membaca doa itu, maka akan
diperkenankan baginya, sama ada dalam keadaan terdesak atau lapang.”
p/s: Itu
sahaja yang dapat saya kongsikan dengan semua, semoga bermanfaat. Ambillah
iktibar dari cerita diatas dan tetaplah kita dalam melakukan
kebaikan(istiqamah). Wallahu`alam. ^_^
~Permata yang dicari~
1 May 2012
-Bukit Mertajam, Pulau Pinang-