Monday, April 23, 2012

::.Kecantikan Yang Sebenar.::


~Kecantikan dalam yang dipandang Allah~


“Awak ni cantiklah”.
“Kamu comel, mesti ramai peminatkan?”
“Cantiknya baju, nampak sesuai dengan you kan”.
“Wah, kacaknya lelaki tu!”                               

Mesti kita pernah dengar dialog diatas bukan? Semua orang ingin cantik. Semua orang mahu dipuji dan disanjung kerana kecantikan yang dimiliki. Bukan setakat itu sahaja, malah banyak produk kecantikan dijual di pasaran. Ada produk tempatan, ada juga dari luar negara. Ada yang murah, ada yang mahal.


Semuanya adalah dengan satu tujuan iaitu untuk kelihatan cantik. Kulit yang hitam boleh diputihkan, yang berkedut boleh ditegangkan, yang gemuk boleh dikuruskan. Pendek kata apa sahaja masalah yang dihadapi, akan ada jalan penyelesaiannya. Malah industri kosmetik ini telah melahirkan puluhan jutawan dan bakal jutawan yang hebat. Sungguh hebat industri ini!!


Namun, dalam masyarakat yang sentiasa mementingkan kecantikan sama ada dari segi wajah, badan atau penampilan masih juga terdapat masalah sosial. Yang menjadi doktor segera, mat rempit dan minah rempit semuanya cantik dan manis-manis belaka.


Malah, mencari calon isteri sekalipun, kebanyakan mahu yang cantik dan bergaya. Biar semua mata yang memandang menjadi bulat membutang. Hah… betapa cantiknya pasanganku ini! Tetapi, mengapa ada juga yang bercerai-berai, sedangkan calon masing-masing adalah seperti yang diidamkan? Dimanakah silapnya?


Oleh itu, sedarlah semua… bangunlah daripada lenamu yang panjang dan kecantikan luaran tidak menjadi prasyarat untuk mengecapi kebahagian. Ia bukan aset terbaik untuk membina hubungan yang jujur, telus dan murni sesama manusia.


Ya, kalau kita mengukur kecantikan dengan menggunakan parameter barat, kecantikan luaran itu adalah kecantikan yang sebenar yang diagung-agungkan. Tetapi, alangkah baiknya jika kita boleh mengukur keindahan sebenar seperti yang digariskan oleh Islam. ^_^


Ingin tahu rahsia kecantikan?? Rahsianya, kecantikan itu dalah keindahan akhlak dan kemuliaan pekerti yang menjadi hiasan diri. Akhlak adalah sifat yang lahir daripada hati dan dizahirkan dengan amal perbuatan, tutur kata dan cara hidup. Bagi Islam, akhlak mahmudah adalah hasil daripada keimanan atau akidah tauhid yang teguh dan jitu. Inilah rahsia kecantikan yang sebenar dan kita perlu berusaha memilikinya.


Jadi sama-sama kita merebut untuk memiliki kecantikan akhlak seperti yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya, sifat mahmudah (terpuji) merupakan kecantikan yang dinilai oleh Allah. Jika kita lihat, sebiji jerawat yang naik di pipi sudah cukup meresahkan hati jelitawan tetapi belum tentu karat mazmumah (terkeji) yang bertompok hitam di hati diambil peduli. Oleh itu, samalah kita muhasabah sebentar. “Ijlis bina nu’min sa`ah”.     


Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua jika apa yang saya sampaikan ini tidak sampai ke hati anda, marilah kita muhasabah diri bersama dan sama-sama mengamalkannya. Moga Allah redha dengan kita semua. Wallahu`alam.. Assalamualaikum wbt. 

~Permata yang dicari~
23 April 2012
-Bukit Mertajam, Pulau Pinang- 

8 comments:

  1. Cantiknya apa yang digariskan dalam islam (n_n)

    ~LeiyaUmairah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. > LeiyaUmairah

      Ya, memang cantik sekali..
      Moga kita mampu mengamalkannya..

      Jazakillah Lia sudi ke sini..^^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  2. assalamualaikum akak ^^
    apa khabar?lama xsembang dgn akak :)
    nice entry..apapun do da best kak ;)
    may Allah bless u.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Wardatul Syauqah

      Wa`alaikumussalam wbt dik, ^^
      Alhamdulillah, Allah izin kurang sihat sikit.

      Ya lah dik, akak pun rasa dah lama kita x sembang,
      Jazakillah ye dik, kerana sudi datang sini.. ^^

      May Allah bless u to.. n_n

      ~permata yang dicari~

      Delete
  3. seindah hiasan, wanita solehah...sedang berusaha menjadi yg soleh :) cantik nye S. Aishah r.a sampai nabi bagi gelaran yaa humairah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Bulan Syurga Firdausi

      InsyaAllah.

      ~permata yang dicari~

      Delete
  4. Assalamualaikum..
    alhmdulillah..perkongsian yg begitu baik.
    zmn skrg..ramai yg pentingkan kecantikan wajh..bkn akhlak..
    moga Allah sentiasa menjaga hati kita..& meredhai setiap perbuatan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Srikandi permata

      Wa`alaikumussalam wbt,

      Alhamdulillah, Allah yang anugerahkan... ^^

      Ya, betul tu.. realitinya dah didepan mata..
      InsyaAllah mudah2an.. =)

      ~permata yang dicari~

      Delete