Sunday, April 1, 2012

::.Ikhlas Pembersih Kotoran Hati.::


~Jurus meraih kesaktian Ilahi~


  Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Pertama-tamanya marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi  kesyukuran kerana kita masih bisa hidup dalam nikmat iman dan islam. Alhamdulillah. Sebelum saya meneruskan apa yang hendak disampaikan molek kiranya saya memohon maaf pada semua yang selalu singgah di blog saya, ini kerana saya sudah lama tidak “update” kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Benarlah untuk istiqamah dalam menulis demi mencari redha Allah adalah lebih susah dari meniti sehelai rambut. Semoga Allah redha apa yang saya lakukan ini.


IKHLAS PEMBERSIH KOTORAN HATI. Apa yang dimaksudkan dengan menjaga kebersihan disini ialah bukan apa yang dapat dilihat oleh mata, misalnya seperti menjaga kebersihan anggota badan, pakaian tempat kediaman dan persekitaran. Menjaga kebersihan yang dimaksudkan ialah menjaga kebersihan hati yang jarang sekali diambil perhatian oleh sesetengah manusia.


Ramai di antara kita lebih mengutamakan kebersihan zahir daripada kebersihan hati. Ini kerana kebersihan zahir dapat dilihat kekotorannya manakala kekotoran hati tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali apabila dapat dikesan melalui amal perbutan dan tindak tanduknya.


Hati didalam tubuh manusia ibarat kayu ukur untuk menilai sama ada baik atau buruk amal perbuatannya. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang berbunyi: 

لأ وإن في الجسد مضغة، إذا صلحت صلح الجسد كله، وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب. 

Maksudnya: “Ketahuilah, bahawa di dalam tubuh ada sekepal daging, apabila ia baik maka sekujur tubuh menjadi baik. Apabila ia rosak, maka sekujur tubuh turut rosak. Ketahuilah, ia adalah hati”.     
 (HR: Bukhari & Muslim)


Apabila hati berpenyakit, itulh yang dinamakan tidak bersih. Hati tidak bersih atau kotor berpunca dari banyak perkara seperti sombong, angkuh, dendam, dengki, iri hati, kedekut, tamak dan lain-lain perbuatan yang merugikan.  


Di dalam banyak kekotaran hati itu, penyakit syirik merupakan satu-satunya penyakit yang paling bahaya. Rasulullah SAW sering berpesan kepada umatnya agar menjauhi perasaan atau sifat syirik seperti ini.


Tidak dinafikan bahawa segala amal perbuatan yang dilakukan dan menjurus kepada penyakit kekotoran hati ini disebabkan tidak ada rasa ikhlas sewaktu melakukannya. Apabila tidak ikhlas, akan timbul satu perasaan riak iaitu melakukan sesuatu hanya kerana mahu mendapat pujian atau sanjungan semata.


Sebaik-baiknya segala amal kebajikan yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menjadi penapis kepada perasaan negatif daripada terus meresap dan berkumpul di dalam hati yang menyebabkan kotornya hati.


Selain itu, ibadah kepada Allah SWT juga pelu diiringi rasa cinta dan kasih yang agung dengan mengharapkan pertemuan dengan-Nya pada hari akhirat kelak. Rasa cinta ini perlu sentiasa dipupuk agar terus kekal.  Firman Allah:

Maksudnya: “Maka hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadah kepada-Nya”.     (Surah al-Zumar:2)  


Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua dan marilah kita muhasabah diri bersama. Moga Allah redha dengan kita semua. Wallahu`alam.


~Permata yang dicari~
2 APRIL 2012
-Bukit Mertajam, Pulau Pinang-

8 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Alhamdulillah..enrty ftn kembali menghiasi blog ini..
    btol tue..ikhlas penting sgt2..
    Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Srikandi permata

      Wa`alaikumussalam wbt.

      Ya, tepat sekali. Ikhlas itu ibarat semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap pekat.. betapa susah untuk dilihat ikhlas itu.. ^_^

      Mg kita sentiasa mengikhlaskan hati dalam segala amal perbuatan.. ^^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  2. ikhlaskan.... perkara yang nampak mudah tapi tak semua boleh lakukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Cik Leiya

      Ya, betul tu.. Tp kita perlu usaha untuk menjadi hamba Allah yang ikhlas. ^_^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  3. Salam rindu adik Fatin :(
    Awak busy ek? Msg akak xde balas pun. Dah lupakan akak ek? :'( Huuuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. > .:CahayaPetunjuk:.

      W`salam wbt, maaf akakku sayang.
      Fatin xdelah busy sgt.. Maaf x reply msg2 akak.. Dah lama Fatin xbelek hndset tu.. InsyaAllah ada kelapangan Fatin call akak.. ^^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  4. Kata orang: Ikhlas ibarat semut hitam pada batu yang hitam dalam kegelapan malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Isyraf Imrani

      Ya, betul. Susah dinilai dan dilihat.

      ~permata yang dicari~

      Delete