~ya Allah peliharalah kami daripada bisikan syaitan yang direjam~
Sebelum madah diteruskan ucapan salam ditujukan buat para pembaca sekalian.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izin-Nya, jari ini masih laju menari di atas papan kekunci, menaip huruf demi huruf yang akhirnya menjadi bicara dari hati. Alhamdulillah!
Para pembaca yang dikasihi sekalian,
Untuk kali, saya akan kongsikan satu tajuk iaitu “syaitan yang menyesatkan”. Seperti yng kita tahu syaitan ini dia telah berjanji kepada Allah yang dia akan mengganggu anak-anak Adam kecuali oang yang benar-benar beriman. Syaitan ini juga adalah musuh manusia yang nyata. Kalau tidak, masakan kita boleh melakukan dosa dan kesilapan, benarkan?
Allah ada berfirman dalam surah Fathir ayat 6, yang bermaksud;
“Sungguh syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”.
Sabda Rasulullah SAW pula;
“Sesungguhnya syaitan itu meresap dalam diri anak Adam persis seperti mengalirnya darah dalam tubuh”.
***************
BAGAIMANA SYAITAN MASUK KEDALAM DIRI MANUSIA?
Jalan yang dilalui oleh syaitan sangat banyak. ( Dalam kitab ihya’ juzuk 3 ada dijelaskan oleh imam Al-Ghazali)
1. Marah
2. Nafsu syahwat
3. Tergesa-gesa
4. Hasad dengki
5. Kikir (kedekut)
6. Takabbur
7. Buruk sangka terhadap muslim yang lain
Jika diikutkan sebenarnya banyak lagi, tapi cukup dulu setakat ini untuk kita mengikis tujuh sifat diatas.
***************
Saya akan huraikan sedikit satu persatu untuk 7 sifat diatas. Semoga bermanfaat, insyaAllah.
1. Marah: adalah satu punca yang menyebabkan seseorang itu menjadi sasaran serangan syaitan. Akal yang waras ini mestilah dijaga dengan baik.
Disini ada satu kisah tentang marah, ada seorang wali Allah bertanya kepada iblis:
Wali Allah: Cuba engkau terangkan bagaimana engkau menawan anak Adam?
Iblis: Aku menawannya ketika ia marah dan ketika ia bernafsu.
2. Nafsu syahwat: merupakan satu pintu paling terdedah bagi syaitan mengelinap masuk kedalam diri seseorang. Berkait dengan kecenderungan terhadap makanan. Rasulullah SAW telah mengingatkan supaya jangan terlalu keterlaluan sehingga perut penuh dengan makanan. Nafsu syahwat ini terlalu luas untuk dirungkaikan, jadi selagimana kita tahu sesuatu itu salah, cepat-cepatlah kita tingggalkannya.
3. Tergesa-gesa: sifat ini boleh menyebabkan kita terjebak dalam kesusahan. Sifat gelabah juga boleh menjadi pangkal tercetusnya fitnah dan tragedi dalam jemaah dan pergerakkan. Lakukanlah semua kerja kita itu dengan tenang dan sabar, insyaAllah ganjarannya besar lagi hebat.
4. Hasad dengki: sifat ini juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang segala-galanya. Ia mendorong manusia untuk melakukan apa sahaja dan mampu memudarkan kewarasan dan kebijaksanaan. Penyakit ini terlalu bahaya, jika tidak dirawat secepat mungkin, jadi al-Quran adalah penawarnya.
5. Kikir (kedekut): antara peluang yang diambil oleh syaitan untuk menguasai anak Adam ialah melalui SIFAT KIKIR dan TAKUT JATUH MISKIN. Kedua-dua sifat ini menghalang seseorang itu dari berkorban harta dan tenaga untuk berjuang di jalan Allah. Dalam surah al-Baqarah ayat 268,Allah berfirman; “ Syaitan menakut-menakutkanmu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat keji(kikir) sedangkan Allah menjanjikan keampunan dan kurnia-Nya kepadamu. Dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui”.
6. Takabbur (bangga diri): sifat yang merupakan penyakit inilah yang telah menggugurkan darjat iblis ketika Allah meminta iblis sujud pada Nabi Adam a.s. inilah dialog iblis dengan Allah: “aku(iblis) lebih baik daripadanya(Adam), Engkau(Allah) jadikan aku dari api sedangkan Adam itu engkau jadikan dari tanah”. Lihatlah, kerana sifat takabbur itu, Allah murka kepadanya.
7. Buruk sangka terhadap muslim yang lain: ini juga laluan syaitan yang mencantas tali mahabbah dan silaturahim. Sebab itulah al-Quran melarang buruk sangka ini. Dalam surah al-Hujurat ayat 12 Allah berfirman: “ wahai orang-orang yang beriman, hindarilah daripada sifat banyak berprasangka, kerana sebahagian daripada berprasangka tu adalah dosa….”
Semoga apa yang saya cuba sampaikan ini berbekas dihati saya dan kalian, insyaAllah, amin.
***************
BAGAIMANA PULA UNTUK MENUTUP LALUAN SYAITAN INI?
Dalam surah al-A’raf ayat 201:
“Sesungguhnya orang–orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi berbuat dosa dari syaitan, maka mereka pun segera ingat kepada Allah dan ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya(muhasabah)”.
1. Bertakwalah kepada Allah
2. Berlindung diri dengan-Nya
3. Selalu ingat Allah
4. Muraqabahtullah (sentiasa rasa diperhatikan Allah)
5. Sempurna ibadah dan banyakkan berdoa
Rasulullah SAW bersabda:
“ Apabila seseorang mengingati Allah, syaitan akan lumpuh dan berundur tetapi apabila ia lalai syaitan itu akan mengganggunya dengan was-was”.
***************
Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua jika apa yang saya sampaikan ini tidak sampai ke hati anda dan marilah kita muhasabah diri bersama. Moga Allah redha dengan kita semua. Wallahu`alam..
P/s : Perkongsian ini adalah catatan saya semasa di tingkatan 2 dulu. Saya telah pun berkongsinya dengan sahabat-sahabat dan adik-adik di MATRI. Kini saya tinggalkan catatan saya disini untuk anda. Saya berharap anda pula yang menyampaikan apa yang saya kongsikan ini dengan orang lain pula agar pahala itu tidak terputus begitu sahaja.(“,)
Yang sangat berharap,
-Fatin Nabila Bt Sharul Azimin-
3/5/2011
salam Ziarah.....
ReplyDeleteAssalamualaikum =)
ReplyDeleteTrm ksh kerana kongsikan,redha ALLAH itu harapan n matlamat kita^_^
Boleh ana memperbetulkan sdkt typing error?
Dalil utk 'syaitan yg menyesatkan',adakah surah Al-Fathir atau surah Fathir?
dan dalil utk sifat kikir,sebenarnya surah Al-Baqarah: ayat 268; klu ayat 286 ttg Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya.
Wallahua'lam,salam ukhwah =)
> bintu syed
ReplyDeleteJazakillah husna, insyaAllah k.fatin hanya sekadar berkongsi. semoga bermanfaat. ^_^
sekian,
~permata yang dicari~
> Keindahan,kecantikan
ReplyDeleteSalam ziarah kembali..
Semoga bermanfaat.=)
> MUJTAHIDAH SOLEHAH
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. =)
MasyaAllah.. Alhamdulillah, jazakillah atas teguran..
saya x perasan, saya akan perbetulkan.. =)
Terima kasih atas memerhatian, itulah pentingnya meninggalkan jejak disini, boleh betulkan apa yang salah.. ^^
insan lemah,
~permata yang dicari~
salam dri laut rabbani,
ReplyDeletemantaplah,
klu di ting 2 boleh buat catatan mcm ni,
maknanya mmg ada bakatla dlm dunia penulisan,
erm. moga kekuatan ini baik buat semua.
cuma ingin juga tahu,
rujukannya dri mn?
sbb kaedah2nya boleh dijdkn tazkiyatun nafs.
> ~mQ~
ReplyDeleteW`salam dari permata yg dicari,
Jazakallah, ana hanya mampu kongsi apa yang ana catat sepanjang berada di Matri dulu.
Masa dkt matri dulu,
time halaqah di tgkatan 2, kakak halaqah ana yang bagi pnympaian ni.
Dia rujuk buku yang tajuknya "Bahtera penyelamat dalam kehidupan pedakwah".
Ana sendiri pun tgh mncari buku tu,
sebab isi dia mmg best la. Ana pun blh kongsi skt saja apa yg ada dlm buku tu.
Semoga nta dpt cari buku tu..
Salam,
ReplyDeleteAfwan, mencelah - Buku Bahtera Penyelamat Sepanjang Jalan Dakwah adalah buku tulisan Fathi Yakan. Jika di Kelantan, ada dijual di kedai Jaafar Rawas.
Wallahu'alam
BroHamzah
> brohamzah
ReplyDeleteW`salam,
Jazakallah abg Ali.
Nnt bla ana balik KTD, ana akan singgah di kedai buku tu jika berkesempatan,insyaAllah..
yang terharu,
~permata yang dicari~
assalamualaikum.
ReplyDeletepengisian yang menarik.
FITRAH syaitan itu adalah untuk memperdaya dan merosakkan manusia dengan memperdayakan manusia sejak terjadinya setitik air mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika manusia itu menempuh sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Diriwayatkan hadith Rasulullah S.A.W bermaksud "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut."
wallahu A'lam
alhamdulillah.. dh maju.. =)
ReplyDeletejzkk tuk perkongsian yang bermanfaat ni..
teruskan.. =)
> ~nunaa~
ReplyDeleteJazakillah cik nunaa. =)
Semga bermanfaat. teriam kasih kerana meninggalkan jejak di kotak komentar.
Saya benar2 menghargainya. Teruslah ziarah disini.^_^
~permata yang dicari~
> wardah
ReplyDeleteAlhamdulillah, ini semua kehendak Allah.
Kalau tidak masakan tangan ini mampu menaip semua ini=)
Jazakillah, kak uda sebab selalu bagi sokongan dkt Fatin utk terus menulis ^_^
Jangan lupa doakan untuk Fatin ye :>
assalamualaikum...
ReplyDeletekak Fatin..
jazakillah atas pengisian yang amat berguna..
lebih seronok kan jika dapat dengar
dari mulut kak Fatin..
rindu kak Fatin bagi nasihat waktu
saya form 3 and form 4
kak Fatin selalu kongsi...
rindu saat2 itu...
> Little Mashitah
ReplyDeleteWaalaikumsalam..
Afwan, ainul=)
boleh, nanti k.fatin kongsikan lagi bila ainul masuk KTD. k.Fatin akan tggu kedatngan ainul nnt.:)
k.Fatin pun rindu juga nak jmpa adik2 semua.^^
sekian,
~permata yang dicari~
mane peginye chatbox fatin..? khuda pn rindu gk fatin.. huhu.. ssh dh nk jumpe lps ni.. =(
ReplyDelete> wardah
ReplyDeleteFatin pun x tau la mana peginya chatbox tu,
Nntlah bila Fatin balik KTD,
Fatin akan g jmpa k.Asmaa'.
Diakan pakar.. =)
InsyaAllah kita akan jmpa lg nnt,
kalau x di dunia
kita akan jmpa di syrga nnt,btl x? ^_^
=) insyaAllah.. mudah2an..
ReplyDelete> wardah
ReplyDeleteAmin... =)