-"Ya Allah, abadikan hati ini dengan sifat mahmudah (terpuji)"-
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… Sebelum madah diteruskan, ucapan Assalamualaikum ditujukan buat para pembaca blog permata yang dicari sekalian yang dikasihi fillah. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW rasul Dakwah dan Tarbiyah. Dengan rahmat kasih sayang-Nya, saya dapat lagi berkongsi sesuatu dengan semua. Saya terasa sudah lama tidak menulis bagi mengetuk hati sendiri. Mudah-mudahan perkongsian kali ini bermanfaat buat semua yang sudi ke sini.
Para pembaca yang dikasihi sekalian,
Untuk kali, saya akan kongsikan satu tajuk iaitu “sifat-sifat mahmudah(terpuji)”. Seperti yang kita tahu sifat yang terpuji ini mestilah yang boleh mendatangkan pahala apabila kita melakukannya. Benarkan? Ya Allah, abadikan hati ini dengan sifat mahmudah (terpuji). Imam Ghazali menggariskan sifat mahmudah yakni terpuji kepada beberapa bahagian:
1. Taubat
2. Takut akan Allah SWT
3. Mahabbah
4. Zuhud
5. Sabar
6. Syukur
7. Ikhlas dan benar
8. Tawakal
9. Redha dengan qada’ Allah
10. Mengingati mati
********************
Saya akan huraikan sedikit satu persatu untuk 10 sifat diatas. Semoga bermanfaat, insyaAllah.
1. Taubat: Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.
2. Takut akan Allah SWT: Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amal soleh sekaligus meninggalkan segala larangan-Nya. Untuk mewujudkan perasaan takut kepada Allah, kita perlu mengenal Allah dengan lebih dekat.
3. Mahabbah: Mengasihi Allah dan Rasul-Nya melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan agama.
4. Zuhud: Kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik. Keperluan lebih diutamakan daripada kehendak.
5. Sabar: Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.
6. Syukur: Bersyukur kepada Allah atas apa yang dikurniakan, biarpun pada pandangan mata manusia ianya terlalu kecil atau sedikit seperti nikmat yang sering dilupai iaitu nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.
7. Ikhlas dan benar: Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia. " Sehebat apapun suatu amal bila tidak ikhlas, tidak ada apa-apanya dihadapan Allah SWT, sedang amal yang sederhana saja akan menjadi luar biasa dihadapan Allah SWT bila disertai dengan ikhlas. "
8. Tawakal: Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya kepada Allah SWT. Disamping tawakal itu, perlu ada usaha yang tinggi. Barulah akan membuahkan natijah yang memuaskan.
9. Redha dengan qada’ Allah: Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin.
10. Mengingati mati: Manusia yang bijak sering mengati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka itulah orang yang bijaksana. Klik sini.
Semoga apa yang saya cuba sampaikan ini berbekas dihati saya dan kalian, insyaAllah, amin.
********************
Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua jika apa yang saya sampaikan ini tidak sampai ke hati anda dan marilah kita muhasabah diri bersama. Moga Allah redha dengan kita semua. Wallahu`alam..
p/s: "Ajaibnya orang beriman, apabila ditimpa musibah, mereka menyatakan itulah cinta Allah dan mereka bersabar. Apabila dilimpahi kesenangan, mereka berasakan itulah rahmat Allah dan mereka bersyukur."
-Permata Yang Dicari-
4 November 2011
[[Baling, Kedah]]
[[Baling, Kedah]]
sifat yg ramai sedia mklum..teori semua dh tahu, cuma prktikalnya sgt susah...kn? terima ksih sharing, kita sama2 memperingati: Dia Seksi Orang Lain Yang Seksa!
ReplyDelete> SuFi Haraki
ReplyDeleteYa, betul tu.. banyak ilmu yang dipungut tapi sejauh mana pula praktiknya kan?
Sama-sama kita muhasabah diri..
Moga Allah membantu kita dalam melakukan kebaikan.. ^_^
Jemput datang lagi kesini.. =)
~permata yang dicari~
perkongsian yang bermanfaat ukhti , menyedarkan hati ini.
ReplyDeleteteruskan berdakwah ! ;)
> Al-Haura' Maqsurah
ReplyDeleteAlhamdulillah, jom kita cuba praktikkannnya..
Moga Allah mudahkan segalanya.. =)
Jemput datng lagi ya ukhti ^_^
~permata yang dicari~