Thursday, December 29, 2011

^-^Erti cinta (3)^-^

-Cinta itu suci, jangan cemarinya dengan dosa-



بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
                                                                                                                                  

Alhamdulillah, segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat menitipkan sedikit tinta yang lahir dari hati yang hina serta kerdil ni.  


Pembaca yang dikasihi sekalian,

Setiap insan memiliki hati dan setiap hati itu memiliki cinta. Hati adalah tempat bersemayamnya cinta dan bersemayamnya cinta di hati itu menjadikan kita sebagai insan. Begitulah eratnya antara Insan, Hati & Cinta. Tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan.


Islam tidak pernah melarang untuk kita jatuh cinta atau dicintai. Bahkan Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina atau keji sehinggalah cinta sendiri dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan akhirat yang kekal abadi. Bukankah cinta itu suci, sesuci embun pagi? Bukankah cinta itu mulia dan tinggi? Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa?     


Saya suka mengulang kata-kata murabbi saya iaitu Sir Rosdi bin Baharom, walaupun kata-kata ini telah saya sematkan dalam coretan “Erti cinta”, tetapi saya suka mengulangnya sebagai peringatan untuk diri saya yang banyak kelemahan.

 “Apabila iman telah merasuk hati, maka timbullah rindu kepada Allah, namun hati tidak dapat meninggalkan gemerlapan dunia, maka hati ditarik-tarik antara mencintai Allah dan mencintai dunia. Oleh itu, pilihlah untuk meninggalkan semua maksiat hati kerana kesannya besar  di akhirat, walaupun pedih di dunia, pilihlah yang terbaik kerana berjuang memang pahit  sebab syurga itu manis. Semoga mampu menanggalkan  karat-karat jahiliyah sedikit demi sedikit kerana berusaha kearah itu dikurniakan pahala dan ganjaran, insyaAllah.”


Untuk kali ini saya akan menyambung cerita dari “Erti Cinta” dan “Erti cinta (2)”. Ada yang pernah bertanya apa kisah selanjutnya, jadi disini saya akan kongsikan serba sedikit sambungannya. Harap para pembaca sekalian dapat mengambil ‘ibrah dari kisah ini.


*******************  


Kelihatan berpasang-pasang kasut memenuhi ruangan di hadapan pintu Surau Hassan al-Banna. Ramainya orang. Azan Zohor sedang berkumandang. Semua berpusu-pusu bersiap-siap untuk solat berjemaah. Ada yang berwudhuk. Ada yang sudah siap untuk masuk saff. Macam-macam gaya semuanya. Ragam manusia.


Adeela dan Siti sudah siap berwudhuk. Selesai saja solat Zohor secara berjemaah, Ustaz Mohamad bin Awang meminta semua jemaah mengambil al-Quran untuk membaca bersama-sama. Hanya satu muka. Begitulah rutin harian bagi siswa dan siswi di sini. Terasa tenang menggamit jiwa-jiwa muda.

“Ya Allah, dengan al-Quran ini kurniakanlah kasih sayang-Mu kepadaku. Jadikanlah al-Quran sebagai iman, cahaya, hidayah dan sumber rahmat bagiku…”

Doa yang kian tersemat di qalbu Adeela. Alhamdulillah. Itulah tempat sebenar yang wajib kita mengadu. Hanya pada Allah.


*******************  


"Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri dan menguntum di jalan dakwah dan biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah. Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan, maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, berjihad pada jalan Allah, jadikanlah dirimu fatayat yang dijulang, cantik dipandang susah untuk dipegang, jadikanlah dirimu manis, yang tidak pernah kalah, dengan redup panahan mata Adam, biar nafsumu hidup dalam Tarbiyyah di jalan Dakwah, bertahtakan darah dan air mata perjuangan, dititipkan atas warkah, penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mujahidah menuju Allah.”  


Dari jauh Saadiah melambai tangannya kearah Adeela yang baru sahaja habis kelas petang itu. Saadiah, Nasuha dan Syuhada sudah lama menanti Adeela di Medan Thaqafi untuk berbincang mengenai aktiviti tahunan untuk ‘batch’ mereka disamping untuk membantu Adeela menyiapkan ‘database batch’. Terlalu sibuk. Mereka bertiga adalah sahibah Adeela yang paling rapat sejak dibangku sekolah lagi. Banyak pahit dan manis ditempuh bersama.


Dalam kesibukkan menyiapkan tugas, tiba-tiba sahaja Saadiah bersuara memecah kesunyian.

“Adeela bila anti nak kawin?” tanya Saadiah kepada Adeela.

“Ish, kesitu pulak dia, soalan lain takde ke?” balas Adeela dengan muka merona kemerahan menahan malu.

“Ha`ah la bila anti nak kawin ha?” soalan itu diulang semula oleh Nasuha dengan nada mengusik.

“Kenapalah semua orang suka tanya soalan yang sama? Kitakan masih muda,tengah belajar lagi tu. Lagipun banyak benda lagi tak selesai, ana ada cita-cita yang belum lagi tercapai. Erm, macam mana dengan aktiviti batch untuk tahun depan, ok?” Adeela cuba mengelak.

“Ubah topik pulak dia.” mereka tertawa melihat gelagat Adeela.


Sebenarnya Adeela selalu berkongsi cerita dengan Syuhada. Jadi banyaklah perkara yang Syuhada tahu tentang Adeela. Syuhadalah yang selalu memberikan semangat kepada Adeela untuk terus kuat.


*******************


“Adeela, syu rasa lebih baik Adeela pilih orang yang jauh tu.” pinta Syuhada bersungguh-sungguh kepada Adeela.

“Mana boleh Syu.. lagipun kita mana boleh paksa orang lain untuk terima kitakan?” balas Adeela lemah.  

“Doa tukan penting. Bersungguh-sungguh la dalam berdoa..” Syuhada tidak jemu memujuk.

“Syu, kalau hati orang tu tak condong pun dekat kita, Syu nak buat apa?” soal Adeela.

“Adeela yakinlah dengan janji-janji Allah. InsyaAllah, Allah itu Maha Mendengar. Pasti Allah mudahkan segalanya kalau itu yang terbaik.” pujuk Syuhada lagi.

“InsyaAllah, Syu.. Doakan untuk Adeela ya Syu…” sayu suara Adeela.    


Adeela semakin yakin dengan dirinya. Hari-hari yang dilalui hanya semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Biarlah tahun 1433 hijrah ini menjadi bersih dari sebarang maksiat hati. Kurangkan dosa-dosa. Benarlah kata seseorang “Daripada kita berazam untuk tambah amalan, lebih baik berazam meninggalkan keburukan.. apalah gunanya kita tambah amalan sunat banyak2, sedang maksiat turut seiring..


*******************


“Cinta itu membahagiakan bukan memperdayakan. Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan sementara ini tidak lebih dari 'kosmetik' sahaja. Kita perlukan cinta bukan 'kosmetik cinta'. Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri.”  


“Pelihara daku dari kemurkaanMu,” bisik Adeela di dalam hatinya. Ingatlah, salah satu syarat bertaubat itu ialah tidak mengulangi kesalahan atau dosa itu. Semoga barakah itu akan datang setiap masa.


Hanya ini yang mampu saya kongsikan kisah tentang Adeela. Diri ini mengharap kita sama-sama mecari ‘ibrah disebaliknya, biarpun bukan mudah bagimu, tetapi yakinlah, Allah tidak akan mengubah seseorang itu melainkan dirinya sendiri mengubahnya. Yakinlah, janji Dia itu PASTI!!!

  
*******************  


Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua jika perkongsian saya kurang baik untuk kali ini dan marilah kita muhasabah diri bersama. Moga Allah redha dengan kita semua. Wallahu`alam..
                       

P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit dan mengingatkan apa-apa kenangan lalu, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi. (",)


~Permata Yang Dicari~
29 Dicember 2011
 -Bukit Mertajam, Pulau Pinang-

Sunday, December 25, 2011

::.Perjalanan Seorang Hamba.::


 
  ~that basically need to do is to strive for the hereafter~     


Bilik semakin sunyi, seorang demi seorang beransur meninggalkan bilik menuju ke destinasi untuk pulang bercuti. Hanya seminggu.  Kepulangan itu ditemani dengan tompokan awan yang gebu lagi segak tetapi cahaya bulan tidaklah kelihatan pada malam itu. Hembusan angin bak sutera yang melambai-melambai membuatkan jiwa terasa tenang sahaja. Sinaran lampu jalan memeriahkan malam yang gelap gelita.  
                                                                 

Dalam pada itu,  sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam berkilat sudah berada di hadapan kolej kediaman. Pintu kereta terkuak dan seorang kanak-kanak lelaki keluar dari kereta itu. Wan Muhammad Nabil. Tangannya melambai-lambai kearah seseorang. Memanggil- memanggil diminta cepat.

“Kak Fatin, sini. Nabil ni.” Panggilnya.

“Ya, kak Fatin datang ni.” (sambil tangan mengangkat beg)


Masuk dalam kereta terus salam dengan paksu dan maksu. Kereta meluncur sederhana perlahan menuju ke stesan bas. Ramainya. Bas pukul 9.00 malam. Mata sibuk mencari kawan-kawan yang naik bas sekali. Dekat situ rupanya.

“Eh, bas dah sampai tu. Jom pi letak beg.” ajak Fauzana. (dengan loghat utaranya)

“Jom.” balas saya, Iman dan Nawal bersahaja.


Masa naik bas, kami duduk mengikut ‘seat’  yang telah ditetapkan mengikut apa yang tertera di tiket bas yang dibeli seminggu sebelum tarikh hari ini. Fauzana dan Iman duduk sekali. Nawal pula duduk sebelah kak Ju. Saya? Saya dapat ‘single seat’. Dah la depan sekali. Tak suka betul.:( Doa bermusafir tak dilupakan.


Setelah jauh perjalanan, saya terlelap. Rasanya dah ada dekat Jeli. Hutan sekeliling. Ya Allah, masa tu rasa letih sangat-sangat. Dah tak mampu nak angkat mata. Berat sangat. Mungkin kerana aktif sangat disiang hari masa dalam kelas. Kehulu kehilir masa di kolej. Tiba-tiba, rasa macam ada orang panggil kuat sangat dan beulang-ulang kali.

“Fatin, Fatin! Fatin….!!! Fatin.. Fatin!!!!!!”


Sungguh, masa tu tak mampu nak celikkan mata. Rasa berat sangat-sangat. Tapi dalam hati sempat lagi berbicara. Siapa pula yang panggil ni. Saya cuba untuk membuka mata dan melihat ke sebelah kanan saya. Semua tidur. Nyenyak lagi tu. Pakcik bas fokus saja. Bila pusing belakang, semua tidur juga. Sepi.  Terdetik juga siapalah yang panggil tadi. Biarlah. Saya lotarkan pandangan ke luar. Gelap. Hutan sepanjang jalan.


********************


Tepat pukul 4.10 pagi, kami sampai di stesan bas Butterworth, Penang. Alhamdulillah. Kelihatan mak dan abah setia menanti. Pantas langkahan saya menuju kearah emak dan abah. Bersalam dan berpelukan  dengan penuh senyuman, walaupun mengantuk tadi belum hilang lagi.


Tiada sebuah kereta pun sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Sunyi sepi. Cepat sikit sampai, jalan tak sesak. Sempat juga saya berbual dengan mak dan abah dalam kereta. Macam-macam isu. Antara isu yang menjadi pilihan, masa saya dekat atas bas. Tiba-tiba ada suara memanggil. Mak saya cakap, jangan fikir sangat. Mungkin syaitan nak permain-mainkan saja. Tepat pukul 5 pagi, sampailah kerumah. Acik, tercegat di depan pintu.

Aik, awainya acik bangun, adik dengan alang pun bangun juga ka?” Sapa saya sambil tersenyum. 

“Dak aih, acik sorang ja yang bangun.” Jawabnya acuh tak acuh (sambil menyalam saya)


Saya terus membawa diri kebilik, meletak beg. Dalam hati berdoa agar hari yang mendatang lebih baik dari sebelumnya. Ya Allah, pimpinlah hati hamba-Mu ini ke jalan yang Engkau redhai. Moga Allah redha sepanjang hidup di dunia dan di akhirat, insyaAllah.  

Tamat. ^_^


p/s: Post kali ini santai sahaja. Yang baik itu ambillah, yang lemah dan kurang itu tinggalkan. Wallahu`alam. ^_^


~permata yang dicari~
26 December 2011
 -Bukit Mertajam, Pulau Pinang-

Wednesday, December 21, 2011

::.Benarkah Itu Cinta?.::


 ~ Teguhkan hati hanya pada-Nya~



Benarkah itu cinta
Atau nafsu yang menggoda
Atau syaithan yang memperdaya
Atau Iman yang semakin kehilangan Nyala

 
Benarkah itu cinta
Atau kejahilan yang menguasai
Atau dunia yang memperdaya diri
Atau kita yang buta dan lupa

 
Buta terhadap kebenaran dan Iman
Buta terhadap kemuliaan dan ketinggian
Lupa terhadap syaithan yang penuh kebencian
lupa terhadap nafsu yang memperdayakan insan

 
Bukankah semua kita inginkan kemuliaan
Bukankah semua kita mencari kebahagiaan
Bukankah semua kita mencari 'jalan pulang'

 
Kenapa kehinaan yang datang
Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan
Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan
                                                Kenapa kita terlupa 'jalan pulang'                                               
                                                                                                                                                                                      
Benarkah itu cinta?
Atau kita yang diperdaya
Kehinaan di hias hingga mempersonakan
Kesementaraan dinampakkan kekal
Segala yang busuk terbau harum
Segala yang keji ternampak indah.

 
~Permata yang dicari~
 21 December 2011
-Kota Bharu, Kelantan-
       

Saturday, December 17, 2011

::.Muhasabah Sebentar.::

  
~Duduk sebentar untuk perbaharui iman~


 بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
                                                                                                                                  

Alhamdulillah, segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat menitipkan sedikit tinta yang lahir dari hati yang hina serta kerdil ini setelah sekian lama saya menyepi tanpa khabar berita.


Para pembaca yang dikasihi sekalian,

Apa khabar hati-hati anda sekalian?? Moga sentiasa berada dalam lingkungan iman dan takwa. Sebelum meneruskan bicara bisu ini, ingin saya memohon maaf sangat-sangat kepada para pembaca yang selalu hadir di blog saya kerana sudah lama saya tidak menghadirkan permata disini. Kesibukan sebagai pelajar yang menghambat diri ini membuatkan saya tidak istiqamah dalam penulisan ini. Maafkan saya. Apa-apa pun saya amat memerlukan doa kalian semua untuk terus berdiri teguh atas jalan-Nya, InsyaAllah.


Untuk kali ini saya hanya berkongsi satu  video memandangkan saya tidak sempat menghabiskan satu tajuk yang akan saya post di blog. Sebenarnya dalam tempoh saya menyepi ini, saya ada banyak sangat-sangat benda hendak dikongsikan. Terlalu banyak. Mungkin kali ini tidak berkesempatan lagi. Apa-apa pun doakan.


Berbalik kepada video tadi, saya sangat tertarik dengan ayat-ayat didalam video ini dan membuatkan saya ingin berkongsi dengan semua. Jom kita muhasabah sebentar hubungan kita dengan Allah bagaimana? Adakah ada unsur-unsur maksiat di dalam hati kita? Adakah kita benar-benar memohon kepada Allah dijauhkan daripada melakukan dosa dan sentiasa memelihara kita????? Jawapannya ada pada kita. Renungkanlah.


 
~Hanya pada-Mu~



 Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua dan marilah kita muhasabah diri bersama. Apa yang baik itu dari Allah dan yang lemah dan kurang itu dari diri saya. Saya mohon ampun pada Allah. Moga Allah kasih dan redha dengan kita semua. Wallahu`alam..
                                                        

P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit dan mengingatkan apa-apa kenangan lalu, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi. (",)


Yang mengharap doa kalian untuk terus kuat,
-Fatin Nabila Bt Sharul Azimin-
17 December 2011
-Kota Bharu, Kelantan-