~Duduk sebentar untuk perbaharui iman~
بسم الله الرحمن الرحيم
IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
Alhamdulillah, segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat menitipkan sedikit tinta yang lahir dari hati yang hina serta kerdil ini setelah sekian lama saya menyepi tanpa khabar berita.
Para pembaca yang dikasihi sekalian,
Apa khabar hati-hati anda sekalian?? Moga sentiasa berada dalam lingkungan iman dan takwa. Sebelum meneruskan bicara bisu ini, ingin saya memohon maaf sangat-sangat kepada para pembaca yang selalu hadir di blog saya kerana sudah lama saya tidak menghadirkan permata disini. Kesibukan sebagai pelajar yang menghambat diri ini membuatkan saya tidak istiqamah dalam penulisan ini. Maafkan saya. Apa-apa pun saya amat memerlukan doa kalian semua untuk terus berdiri teguh atas jalan-Nya, InsyaAllah.
Untuk kali ini saya hanya berkongsi satu video memandangkan saya tidak sempat menghabiskan satu tajuk yang akan saya post di blog. Sebenarnya dalam tempoh saya menyepi ini, saya ada banyak sangat-sangat benda hendak dikongsikan. Terlalu banyak. Mungkin kali ini tidak berkesempatan lagi. Apa-apa pun doakan.
Berbalik kepada video tadi, saya sangat tertarik dengan ayat-ayat didalam video ini dan membuatkan saya ingin berkongsi dengan semua. Jom kita muhasabah sebentar hubungan kita dengan Allah bagaimana? Adakah ada unsur-unsur maksiat di dalam hati kita? Adakah kita benar-benar memohon kepada Allah dijauhkan daripada melakukan dosa dan sentiasa memelihara kita????? Jawapannya ada pada kita. Renungkanlah.
~Hanya pada-Mu~
Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua dan marilah kita muhasabah diri bersama. Apa yang baik itu dari Allah dan yang lemah dan kurang itu dari diri saya. Saya mohon ampun pada Allah. Moga Allah kasih dan redha dengan kita semua. Wallahu`alam..
P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit dan mengingatkan apa-apa kenangan lalu, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi. (",)
Yang mengharap doa kalian untuk terus kuat,
-Fatin Nabila Bt Sharul Azimin-
17 December 2011
-Kota Bharu, Kelantan-
subhanAllah ,
ReplyDeleteiman kita seringkali turun naik.
moga sama2 diberi kekuatan utk terus istiqamah dlm penghijrahan ini.
:)
> ♥ نور هيديو حليم ♥
ReplyDeleteYa, iman kita begitulah adakalanya naik, adakalanya turun.. (",)
InsyaAllah, doakan saya ya haura'.. ^_^
~permata yang dicari~
salam alaik..
ReplyDeletej0m sama2 muhasabah~
m0ga bleh mndekatkan diri pada Nya dan bahagia dalam limpahan kasih sayang Nya..
~ sharing is caring..(^_~) ~
> peRmaTa_ aGamA
ReplyDeleteWa`alaikumsalam wbt..
Ya, jom sama2 kita muhasabah.=)
InsyaAllah, amin.. Jazakillah ya ukhti sudi meninggalkna jejak disini.. jmput lg ya.. ^_^
~permata yang dicari~
assalamualaikum..
ReplyDeletealhamdulillah..perkongsian yang menyentuh hati...sesungguhnya kita hamba Dia yang hina...banyak sangat kekhilafan yang kita lakukan...dan solusinya hanyalah dengan kita bertaubat dan kembali kepadaNya..dengan itu,tertingkatlah HDA...kita tidak tahu rahsiaNya terhadap AJAL kita...moga dengan bermuhasabah ini, dapat menyedarkan kita daripada terus melakukan perkara yang lagho...ciptalah HATI yang sentiasa terikat denganNya...maaf andai ada yang salah,harap ada yang diperbetulkan...wallahua'lam~
> sofeaqistina
ReplyDeleteWa`alaikumsalam wbt..
Jazakillah dik, benarlah kata2 tu.. =)
Dengan muhasabah akan membuatkan kita akan lbh berhati2 dalam semua hal..
syukran ya dik sudi meninggalkan mutiara yang bermakna untuk k.fatin.. datang lagi ya.. ^_^
~permata yang dicari~
Assalamualaikum..
ReplyDeleteAlhmdulillah..wlpn ringkas..tp padat dgn maksud yg ingin disampaikan..
> Srikandi permata
ReplyDeleteWa`alaikumsalam wbt,
Alhamdulillah, hanya ini saja yang mampu fatin kongsikan kali ini..
Mudah2an ada manfaat buat semua yang rajin berkunjung ke sini tanpa rasa jemu. =)
~permata yang dicari~