Sunday, June 24, 2012

::.Tutuplah Keaiban Orang Lain.::


~Peliharalah Lidahmu~


Setiap umat muslim adalah bersaudara. Mereka yang mengakui saudara dilarang menyusahkan atau menzalimi sesama sendiri malah digalakkan supaya saling membantu apabila dalam kesusahan. Mereka yang memberi kelapangan kepada saudaranya, maka Allah akan memberi kelapangan kepada mereka yang membantu melapangkan hidupnya dari pelbagai masalah.


Menurut Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW berkata, “Seorang muslim itu adalah saudaranya bagi muslim yang lain. Mereka tidak boleh menzalimi dan menyusahkan. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, Allah akan penuhi hajatnya pula. Sesiapa yang melapangkan sesuatu kesusahan kepada seorang muslim, Allah akan melapangkan kesusahannya di akhirat nanti. Sesiapa yang menutup aib seorang muslim, Allah akan menutup aibnya di akhirat nanti”.  (HR. Al-Bukhari dan Muslim)   


Apa yang berlaku pada hari ini, hadis di atas tidak dijadikan iktibar. Umat islam tanpa memikirkan kesannya gemar membuka aib orang lain dan menyusahkan orang lain asalkan diri sendiri mencapai kesenangan dan hajatnya tertunai. Bagi mereka yang diaib atau disusahkan, sudah tentu berasa kecewa tetapi mereka digalakkan supaya bersabar kerana ini merupakan satu ujian.   


Oleh itu, janganlah kita sewenang-wenangnya membuka keaiban orang lain. Fikirlah kesannya yang pastinya akan membinasakan diri sendiri. Semoga ada iktibar dan pengajaran buat sidang pembaca sekalian. Wallahu`alam. Assalamualaikum wbt.


~Permata yang dicari~
24 June 2012
- Kota Bharu, Kelantan -

4 comments:

  1. Assalamualaikum...
    betul tue..
    Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
    “Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Srikandi permata

      Wa`alaikumussalam wbt..

      Ya, tepat sekali.^_^
      Jazakillah kerana meninggalkan mafhum hadith di sini..

      Jejak yang bermakna buat semua, insyaAllah.. =)

      ~permata yang dicari~

      Delete
  2. Salam
    Lia dtg semakan teratak fatin...YEAH!

    Tak susah tutup aib saudara kita, Kena letak diri dlm situasi klu org buka aib kita.Mesti kita tak suka kannnnnnnnnn......... Jadi kita jgn buka aib saudara kita!
    Usaha InsyaAllah...
    ~LeiyaUmairah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. > LeiyaUmairah

      W`salam.. pandai pun Lia dan betul. kita memang patut letak diri kita dalam situasi tu.. Barulah kita akan lebih berhati2 ketika berkata2.. ^_^

      Mg ada ibrah daripada tajuk kali ini, insyaAllah.

      ~permata yang dicari~

      Delete