Monday, November 19, 2012

::.Istighfar.::



 ~ Istighfar juga adalah penawar bagi hati~



Tititi… tititi… tititi… tititittttt (Jam loceng berbunyi seolah-olah menjerit memanggil tuannya bangun dari tidur).

“Eh, dah pukul 4.45 pagi la.” Dahlia bingkas bangun dari katil setelah membaca doa bangun tidur dan terus meluru ke dapur untuk menjerang air.

“Kak, mak tinggai duit atas meja kak tu.. nanti pi kedai beli ikan.” Pesan mak Dahlia sambil menyuap nasi ke mulut sebagai alas perut untuk pergi kerja pagi itu.

Tidak lama kemudian, cerek yang berisi air menjerit diminta tutupkan api tanda sudah mendidih 100°C . Tangan Dahlia pantas mencapai telur ayam di atas meja untuk membuat telur separuh masak sebagai sarapan pagi untuk abahnya dan adik-adiknya. Biasanya hanya 6 minit sahaja telur itu direndam dalam air panas. Dahlia meneliti masa untuk mebuang air rendaman itu. Tapi hari itu entah macam mana dia terleka. Fikiran melayang entah ke mana.  

Tiba-tiba…

“Kak, dok qalid apa tu? Teluq ayam tu da jadi apa la tu?” Pertanya mak Dahlia itu mematikan lamunan Dalia.

Menggelabah Dahlia, sambil mulutnya tidak berhenti-henti Istighfar. Takut juga telur ayam tu menjadi telur rebus.

‘Ya Allah, macam mana la aku boleh terleka sampai macam tu sekali.’ Keluh Dahlia dalam hatinya.

“Mak nak pi keja dah ni, nanti tolong ambik baju yang mak dah pakai kat dalam bakoi dalam bilik tu, basuh sat.” Pinta mak Dahlia.

“InsyaAllah, mak. Lepas subuh nanti kak basuh semuanya.” Sambil tangan Dahlia menyalami tangan maknya yang tersayang.

          Selepas maknya pergi kerja, Dahlia memecahkan sebiji telur separuh masak tadi, risau juga jadi lain.
‘Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Telur ni masak elok la , macam biasa pulak tu. Ya Allah, terima kasih Ya Allah.’ Ucap Dahlia dalam hatinya dan terasa sangat ajaib. Semua itu adalah bantuan Allah semata.

*********************  

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… Sebelum madah diteruskan lagi, ucapan Assalamualaikum ditujukan buat para pembaca blog Permata Yang Dicari sekalian yang dikasihi fillah. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW rasul Dakwah dan Tarbiyah.  Dengan rahmat kasih sayang-Nya, saya dapat berkongsi sesuatu dengan semua di hari dan di bulan yang baik ini. Perkongsian saya kali ini tidaklah panjang seperti selalu, ringkas sahaja. Tetapi harapnya bermanfaat buat semua.   


Tajuk saya kali ini tentang Istighfar. Tahukah anda macam mana hendak istighfar. Pasti semua orang tahu, bukan? Tapi bagaimana penghayatannya? Adakah hanya sekadar lafaz di mulut tanpa memahami apa yang dilafazkan. Lafaznya:
أستغفرالله الذى لا إله إلا هو الحى القيوم وأتوب إليه.
Maksudnya: Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga, dan aku bertaubat pada-Mu.


Rasulullah SAW sendiri mengamalkannya sehari 70 kali istighfar. Kita bagaimana? Muhasabah sejenak. Muhasabah itu juga akan mendekatkan kita dengan Allah, mengajar kita untuk berdoa, mengapuskan kesombongan, sifat ujub dan kebanggaan.


Selain itu, tentang istighfar juga ada disebut didalam buku “Berbahagialah” karya Dr. Aidh al-Qarni, juga merupakan seorang penulis sebuah buku “La Tahzan”. Salah satu ayat di dalam buku itu adalah ‘perbanyakanlah istighfar kerana bersama istighfar itu terdapat rezeki, jalan keluar, keturunan, ilmu yang bermanfaat, dimudahkannya urusan dan dihapuskan dosa-dosa baginya.’


Jadi kisah Dahlia diatas boleh dihayati dengan ayat dari buku itu. Sungguh, apa yang Allah tetapkan itu ada sebabnya dan tidak ada satu pun yang berlaku itu sia-sia belaka. Mari kita merenungnya dan janganlah meremehkan satu kebaikkan pun walaupun ianya kecil. (^_^) Wallahu`alam. 


p/s: Ini sahaja yang saya kongsikan untuk kali ini. Moga bermanfaat buat diri ini dan semua orang yang membacanya. =)


 ~Permata yang dicari~
19 November 2012
- Kota Bharu, Kelantan -

4 comments:

  1. teruskan beristighfar dalam mengintkn diri pd Maha Pencipta :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Sea_ lavender

      betul3, istighfar adalah salah satu jalan memuhasabahkan diri... :)

      ~permata yang dicari~

      Delete
  2. Assalamualaikum shbt yg dikasihi Allah..
    perkongsian yang menarik...
    betul tue...
    “Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Srikandi permata

      Wa'alaikumussalam wbt,

      Alhamdulillah, jazakillah Nabilah kerana meninggalkan sepotong hadith disini... ^_^ sangat2 menghargainya.

      Moga ada ibrah disebalik kisah tersebut.=)

      ~permata yang dicari~

      Delete