Friday, May 6, 2011

Mak, abah redhailah anakmu..

                                                                 
 
~JADILAH ANAK SOLEH DAN SOLEHAH YANG SENTIASA MENDOAKAN IBU BAPA~

Assalamualaikum ditujukan kepada semua pembaca blog ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan saya sedikit masa untuk tulis sesuatu kali ini. Untuk perkongsian kali ini saya tidak dapat melakarnya dengan panjang. Hari ini 6 Mei 2011. Saya terlalu sibuk pada hari ini kerana hari ini cuti terakhir saya. Hati ini ada bermacam perasaan, sedih, gembira, takut, rindu, gelisah dan semuanyalah.

Pagi tadi, saya cuba untuk menahan perasaan saya. Tapi tidak Berjaya. Akhirnya menitis juga air mata ini. Melihat wajah mak dan abah lagilah terasa macam tidak mahu pulang ke Kelantan lagi (tempat pengajian saya). Sepatutnya saya ada masa lagi seminggu lagi untuk duduk dirumah. Minggu depan 12 Mei baru bermula hari pendaftaran dan 15 Mei baru mula kuliah, tapi saya perlu pergi lebih awal untuk sumbangkan tenaga saya di KTD, adik-adik lepasan SPM 2010 akan masuk ke KTD pada 8 Mei ini.

Sebenarnya saya mula bercuti hari tu, 26 Februari 2011 sehingga 11 Mei ini. Lamakan? Saya banyak habiskan masa di rumah sahaja jadi suri rumah sepenuh masa. ^^. Memandangkan saya seorang sahaja anak perempuan mak dan abah saya, jadi semua kerja rumah sayalah yang kena buat ^_^.

Sepanjang duduk dirumah pasti ada banyak kesilapann saya terhadap mak dan abah. Lagilah terasa hiba sahaja hati ini. Mak, abah redhailah anakmu ini..

Saya tahu, jauh di sudut hati mak dan abah, mereka sentiasa risau akan saya. Kalau boleh saya hendak hati mak dan abah sentisa tenang. Anda pun pasti mempunyai hasrat seperti saya bukan? Jadi sama-samalah kita mendoakan ibu bapa kita. Ingat, sehari kita tidak mendoakan mereka, kita dikira anak derhaka. Jadi, doakanlah mereka.

Kalau ikutkan, banyak lagi saya nak kongsikan dengan semua. Tapi masa tidak mengizin, saya ada banyak lagi kerja tidak siap. Saya terpaksa berundur dulu. Malam ini saya akan bertolak ke Kelantan, daokan saya selamat sampai.

Akhir kata saya ingin memohon maaf jika perkongsian saya kali ini langsung tidak memuaskan dan tidak tersusun. Saya akan berkongsi sesuatu yang lebih tersusun di lain masa. Jangan lupa doakan ibu bapa anda setiap hari, “keredhaan Allah pada seorang anak terletak pada keredhaan ibu bapa”. Baiklah, Yang lemah semuanya dari saya dan yang baik-baik itu semuanya dari Allah.  Wallahu`alam… 

Sekian,
~FNSA92~
6 MEI 2011

8 comments:

  1. salam...
    moga perjalananmu dlm jagaanNya..

    ReplyDelete
  2. salam.. nt dh start blajar jgn lupa update blog ye.. jika ada kelapangan.. nk tahu perkembangan adik2 =)
    InsyaAllah.. moga menjadi anak yg solehah.. =)

    ReplyDelete
  3. > Srikandi permata

    W`salam..

    Jazakillah, Nabilah atas doanya, sgt2 menghargai..
    Nnt kita jumpa kt KTD, mggu dpn.. =)

    sekian,
    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  4. > wardah

    W`salam..

    InsyaAllah, Fatin akn cuba utk istiqamah dalam penulisan ini, doakan. ^^

    Amin, mdh2an Fatin berjaya mnjadi anak yg soleh.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    salam ziarah dan follow..
    teruskan perjuangan anti.
    may Allah bless u..
    i.Allah...=)

    ReplyDelete
  6. > Wardatul Syauqah

    Waalaikumsalam..

    Salam ziarah kembali.
    Trm kasih follow ana.

    Jazakillah atas doanya.
    Doa yang sama untuk Wardatul Syauqah.^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum....
    dah balik KTD???
    hmm...redha ja lew....
    walaupun janji k.ten belom ditunaikan....
    orang selalu cakap kat atief...dan hari ni atief nak cakap kat k.ten plak...
    PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN...
    uhibbuki fillah...

    ReplyDelete
  8. > Atief

    Waalaikumsalam...

    Maafkan k.Fatin kerana tidak dapat menjenguk atip di Matri.

    KTD telah memanggil k.Fatin dengan lebih awal.
    Ya, PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN,
    Mmg benar, tapi apakan daya k.Fatin perlu pergi juga.

    sekali lagi, K.Fatin mohon maaf ye adikku sayang.

    sangat penat,
    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete