Monday, May 16, 2011

Air mataku…

     -Ya Allah, jadikan air mata ini mampu memadamkan api neraka yang panas- 


Ya Allah dengarlah doaku ini. Aku hambamu yang sangat lemah. Aku memerlukan kekuatan untuk terus bangkit dari kelemahan ini.


….. Kusingkapi sejarah hidup ini, daripada setitis air mani yang hina – dipelihara Ar-Rahim – dalam kandungan insan berjasa (si ibu yang amatku sayangi). Itulah hakikat kejadianku, asalku begitu hina!!!


….. Kulihat tapak kakiku, hanya sebesar dua jari. Terlalu kecil dan terlalu lemah untukku bergerak sendiri. Aku hanya mampu tersenyum riang melihat dan merasa diri ini disayangi.


….. Semalam ku tersenyum bangga!! “Ahhh…. Istimewanya diri ini, tidak layaklah untuk aku menurut arahan sesiapapun, kerana aku langsung tidak layak untuk berada di bawah!!”


…... Tiba-tiba ada satu suara dari hati ini yang sergah, “Siapa dirimuيا ايها الناس   ??!   sehingga begitu TAKBUR, dikau hanya dari setitis air yang hina!!! Adakah si Dia menerima amalanmu? Kau fikirlah wahai manusia.” Tersentak diri ini dengan sergahan itu, “kuyakini tidak, kerana kutelah ingkar pada Penciptaku. Ya Rabb, ampunkan aku.” Air mata mengalir deras bak air di sungai yang mengalir tanpa halangan. Ahhh!!


….. Kubangun dan terus bangun untuk berubah. Lembaran kasih-Nya kubelek ditengah malam dimana orang sedang tidur nyenyak ketika itu. Cubaku memujuk hati ini. “Dikau hina! Hanya setitis air mani yang hina. Bagaimana dikau BEGITU ANGKUH?!!”… Namun tiada sebarang jawapan. Hatiku keras membisu, kerasnya memecahkan kerikil.


….. Aku cuba untuk bangun lagi, menangisi diri hina ini, tapi ku terjatuh. Kekerasan menghalang, hati terus terdetik, “wahai manusia, lihatlah diriku! BODOH dan BUTA jika dikau tidak terlihat kelebihanku!”


….. Ahhhhhh!!!! Tidak!! Cuba kuhindari bisikan itu, aku juga cuba untuk menangkis bisikan liar itu. Namun kugagal. Dimana? Dimana air mataku??! Dimana kelembutan hatiku yang selama ini kukecapi??

“Di sini” hatiku menjawab. “Usahalah mencapaiku!”
رب العلمين!!  
BANTULLAH AKU…


Wahai hati…pendorongku, penulisku, penulis buku catatanku!! Celakalah daku jika aku diberikannya dari sebelah kiri, kugagahi diri ini untuk menjerit.. tapi kelu. Hatiku keras, mindaku mati. “PEMBANTUKU??” Ya, si Dia. “Mengapa aku perlu dibantu?” kerna dikau lemah, kerdil dan amat hina!!” Kutunduk memandang diri ini.


Baruku sedar, “alangkah celakanya diri ini. Tidakku mengerti apakah ini??” Tiba-tiba terasa gelap, sakit, pedih yang amat.. “apakah yang melanda diriku ini?? “


********************    


Kulihat wajah hodoh, bengis penuh kebencian yang amat… Menghampiriku. Jantung berdegup kencang…
Seperti membawa satu perkhabaran buruk, diriku dijemput dengan penuh kenistaan menghadap illahi.
“Tidak!! Berilah daku sehari, nescaya akan kutebus segala dosaku!! “Namun, tiada berguna lagi. Seluruh langit telah membusuk kerana rohku yang hina..

Ya Allah tolonglah aku..!!


********************   


Aku hanya termenung di jendela, memerhatikan bulan yang hampir penuh, memandangkan semalam 14 Jamadil Akhir. Sangat cerah. Aku suka melihat bulan, suka yang amat sangat. Hatiku terasa tenang. Akhirnya mengalir lagi air mata ini, terasa sejuk bak salju.

Malam itu aku dapat melelapkan mata dengan hati yang berbunga-bunga. Aku yakin Allah telah memujukku.. Nikmatnya!! Aku perlu banyak bermuhasabah diri selepas ini, kalau tidak, beginilah jadinya.


********************


Akhir sekali, saya mohon maaf jika perkongsian saya kali ini kurang menarik. Hanya ini yang mampu saya buat kerana ini merupakan luahan hati saya. Saya sedang berusaha untuk tingkatkan diri lagi untuk menjadi lebih baik.   

P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit atau berbangga diri, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi. (",)  

Luahan hati,
~permata yang dicari~
17 MEI 2011
-Kota Bharu, Kelantan-

8 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t

    Bila engkau berada pada pagi hari, jangan tunggu datangnya petang hari.
    Bila engkau berada pada petang hari, janganlah menunggu datangnya waktu pagi.

    - Petikan dari terjemahan buku 'La Tahzan', Dr. 'Aidh 'Abdullah Al-Qarni


    terkadang bila kita bersendirian,
    saat kita sejenak memikirkan segala perilaku,
    di situ Allah mahu kita igt,
    bhw kita bukanlah sesiapa dalam kehidupan ni..

    bersiap sedialah dengan bekalan untuk dibawa saat bertemu dengan-Nya kelak..

    Gunalah semaksimum waktu itu untuk mengingati Allah..sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang~

    yakinlah temanku,
    bahawa Allah tidak pernah mensiakan hamba-hambanya..

    maaflah,kerana diriku kurang arif soal bermain frasa yang pasti menyejukkan hati,tapi itulah yang ingin kusampaikan..

    wallahu A'lam~

    daku yang memerlukan doamu
    ~nunaa~

    ReplyDelete
  2. salam alaik,

    tabahkan jiwa,
    bykkan bersabar..
    hadapilah liku2 kehidupn ini dgn tangis pengharapan kpdNya,
    mudah2an di setiap persimpangan jalan yang bertentangan,
    bantuanNya kan menyelimuti diri dengan kasih suci.

    salam dari lautan kejauhan,
    _Pelaut Rabbani_

    ReplyDelete
  3. > ~nunaa~

    Waalaikumsalam wbt.

    Alhamdulillah, terima kasih sahabatku.
    Bila hati tersa lunak dengan kalimah Allah
    pasti tiada tandingannya..

    Jazakillah, kerana meninggalkan jejak disini.
    InsyaAllah, Fatin akan doakan nunaa. (",)

    sedang kuatkan diri,
    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  4. > ~mQ~

    Waalaikumsalam wbt.

    Jazakallah, kerana sudi meninggalkan jejak di sini juga. InsyaAllah, diri ini akan cuba berdiri teguh.

    Ana perlukan doa semua orang untuk terus kuat.

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt...
    salam ukhuwah dalam salam ziarah ke teratak permata yang dicari..
    andai rasa sedih,
    pandanglah langit,
    ingatlah ALLAH masih ada....
    andai rasa resah,
    renunglah dasar hati,
    yakinlah ALLAH mencipta hati....
    andai rasa putus asa,
    lihatlah sungai yang tetap mengalir walau di halang batu keras....
    andai rasa kecewa,
    lihatlah hakikat alam semesta,
    percayalah ALLAH MAHA berkuasa....
    andai rasa tersisish,
    lihatlah purnama di malam sepi....
    yakinlah....
    ALLAH tidak akan biarkan engkau sendiri....
    kalau segalanya kepastian tidak pasti,
    serahkan pada yang MAHA MENGETAHUI yang tersirat dan tersurat.....
    salam perkenalan dari,
    ~wardatul syauqah~
    :D

    ReplyDelete
  6. > wardatul syauqah

    Waalaikumsalam wbt.

    Salam ukhwah & ziarah kembali (",)
    Jazakillah kerana sudi ke teratak permata yang dicari ini.
    Semoga beroleh manfaat.

    Terima kasih dgn peninggalan jejak yang amat bermakna di sini, jemput datang lagi ye.=)

    Fatin akan simpan kata2 di atas.. =)

    Salam perkenalan kembali dari,
    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Adakalanya air mata itulah yang memberikan kekuatan, kecekalan, ketabahan dan inspirasi kepada manusia. Dengan air mata, hembusan ketenangan, ketenteraman dan kesejukan akan tersimbah di hati nurani manusia yang lara.

    Sekadar sedikit peninggalan jejak.
    BroHamzah

    ReplyDelete
  8. > brohamzah

    Waalaikumsalam,

    Satu komen yang sangat berguna buat ana.
    Jazakallah, abang ali. Jemput ziarah lagi.^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete