Wednesday, July 6, 2011

::.Litar kehidupan.::

~perjuangan ini masih belum selesai~


Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi sekalian.

 
Apa khabar hati-hati kita? Moga bahagia dan senyum sokmo deh. ^^

 
Alhamdulillah. Selayaknya dipanjatkan tangga-tangga kesyukuran kepada Allah atas kesudian memberi lagi kesempatan buat saya melakar sesuatu di teratak ini. Pejam celik pejam celik hampir tujuh hari permata yang dicari tidak digilap dengan tinta yang menyentuh kalbu.


Kemeriahan sedikit sebanyak pasti menurun. Mungkin para pelawat yang ingin mendapatkan sesuatu di teratak ini tidak ada hasil yang mampu dibawa pulang. Kesannya, berkuranglah para pelancong, para pekunjung dan pendatang asing yang ingin bersantai dan berehat di sini.


Apa yang hendak dikongsikan? ^^


Sebenarnya, saya ingin mengajak hati saya dan hati-hati kalian untuk sentiasa behubung dengan Allah. Apa yang dikatakan litar kehidupan?


Seperti yang kita tahu litar itu satu benda yang lurus. Tetapi tidak diduga, kadang-kadang di atas sesuatu yang lurus itu pasti ada kecacatannya, seperti lubang yang dalam, jalan yang berlopak, jalan yang punah dipenuhi duri.


Begitulah kehidupan kita jika kita hendak menuju ke syurga. Pasti banyak sahaja halanganya. Dipenuhi onak dan duri. Sedangkan jalan ke neraka begitu mudah, jalan yang dihiasi dengan warna warni oleh syaitan untuk memperdayakan manusia. Moga Allah sentiasa pelihara kita dalam menongkah arus kehidupan ini.  


Buah tangan untuk anda.. ^^ 


Dalam diari pejuang

Tiada masalah yang merumitkan

Ujian yang melemahkan

Dugaan yang menyusahkan

Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat

Mereka tepu dengan dugaan

Cuma sesekali air mata mengalir dipipi

Lambang kekerdilan kudrat hamba

Berdepan dengan ‘belaian’ Pencipta

Sebagai tanda ingat-Nya

Kepada mereka yang dikasihi.



Akhir: Takutlah kepada Allah ^^


Orang yang takut kepada Allah akan sentiasa meninggalkan apa yang dilarang-Nya, kerana bimbang akan siksaan Allah. Rasulullah SAW ada bersabda; “ Sesiapa yang takut kepada Allah nescaya semua orang takut kepadanya, akan tetapi barang siapa yang takut selain Allah nescaya Allah akan takutkan dia kepada segala-segalanya.”

 
Saya rasa setakat itu dahulu untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk kita semua. Bagi yang sudah membaca apa yang saya tuliskan ini, molek kiranya jika anda kongsi dengan orang lain pula. Memang berat amanah ini, tapi itulah hakikat Dakwah dan Tarbiyah. Beramallah kita seikhlas yang mungkin kerana ganjaran-Nya sangat-sangatlah besar, insyaAllah.

 
p/s: Saya mohon maaf jika perkongsian kali ini tidak dapat mengetuk hati-hati kalian, moga Allah sentiasa bersama. ^^

~Permata yang dicari~
7 JULAI 2011
-Bukit Mertajam, Pulau Pinang -

4 comments:

  1. Salam ziarah kembali..

    setelah sekian lama,ada juga buah tangan..he3,nak tanya sikit,litar tu lurus eh?..rasanya mcm bengkang-bengkok ja..ntah la,hamba tgok litar lain kot..he3..Tazkirah yang tak dpt dicerna tu ada dua sebab..ianya berpunca dr hati si pemberi yang kotor,atau hati si penerima yang kotor...

    "Ilmu itu ibarat cahaya. Ia hanya dapat menerangi gelas yang jernih dan bersih."
    Dengan kata mudah,ilmu itu tidak akan menerangi hati yang keruh dan banyak maksiatnya..

    Moga Allah merahmati setiap langkahan yg terasa payah untk dihayunkan..maafkan diri ini andai terkasar bahasa ya!

    ReplyDelete
  2. > virus s0pan

    MasyaAllah, ruziah! bagaikan satu tamparan bagi fatin..

    ya, mmg litar itu ada yang bengkok dan lurus..
    Tapi untuk disini, fatin gunakan litar yang lurus...

    Ianya hanya sekadar perumpamaan sahaja..
    Fatin masih dalam proses untuk mengislahkan diri yang masih banyak kekurangan.. maafkan diri ni..

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    yer..litar kehidupan...
    dlam kita menghadapi liku2 kehidupan ini..
    kdgkala kita tertewas...tapi sejauh mana kita nk bgkit dr ketewasan itu???
    perlunya mujahadah y kuat..
    moga ALLAH meredhai setiap langkah kita dlm dunia ini..
    amin...
    wassalam..

    ReplyDelete
  4. > Srikandi permata

    Wa`alaikumsalam wbt.

    Na`am.. mmg, utk melakukan sesuatu yang baik
    mmg perlunya mujahadah yang tinggi.

    Fatin sokong. ^^
    InsyaAllah, mg Allah redha dengan setiap langkahan kita.. =)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete