Saturday, July 9, 2011

::.Nilai Diri Kita.::

~Nilailah diri kita sebelum Allah menilainya~


بسم الله الرحمن الرحيم

In The Name Of Allah 
Most Beneficent Most Compassionate…


Alhamdulillah, segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat menitipkan sedikit tinta yang lahir dari hati yang hina serta kerdil ni.
                                   

Pembaca yang dikasihi sekalian,


Saya ingin sekali mengajak hati-hati kalian untuk menilai diri kita. Berapa nilai diri kita ini untuk balik bertemu Allah. Sebenarnya saya terfikir hal ini semasa menaiki bas dari Penang pulang ke Kelantan tempat saya menuntut ilmu.


Jika Allah mentakdirkan saya mati pada ketika itu, apa yang saya bawa pulang untuk bertemu Allah SWT. Terasa banyak lagi yang saya perlu lakukan sebelum pulang bertemu Allah kerana syurga Allah itu terlalu mahal untuk orang yang sambil lewa.


Walaupun kepenatan kerana baru sekejap tadi sampai di sini, saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan semua. Mudah-mudahan terisi hati saya dan hati-hati kalian. insyaAllah.


********************  


Hasan al-basyri pernah berkata: “Jangan tentukan harga dirimu kecuali dengan syurga. Jiwa orang yang beriman itu mahal tetapi sebahagian daripada mereka menjualnya dengan harga yang murah.”


Remaja adalah makhluk yang paling mulia yang telah diciptakan oleh Allah. Makhluk yang paling kuat kerana di antara ratusan ribu sel sperma, remaja berjaya memenangi perjuangan untuk terus hidup.


Pernahkah remaja berfikir bahawa harga diri kita ibarat dunia yang ingin dikuasai, emas dan perak yang ingin dimiliki? Sayangnya, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyedari jiwa kalian adalah makhluk yang beriman dan harta yang paling mahal.


Pembaca yang dikasihi sekalian,


Sebaliknya, lebih ramai yang berfikir bahawa harta dan dunia itu lebih berharga, lebih mahal berbanding sebuah jiwa yang beriman. Minda sebegini menyebabkan kita sering menangis pada saat kesempitan wang.


Kita tidak pernah menangis ketika hati sudah mati dan semakin jauh dengan Allah. Tidak pernah ada air mata ketika mengingat semua dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dalam hal ni Rasulullah SAW ada bersabda: “Dunia ini terkutuk, semua yang ada di dalamnya terkutuk kecuali zikir kepada Allah, hal-hal yang bersangkutan dengan zikir, seorang `alim dan seorang pelajar.”


********************  

 Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua dan marilah kita muhasabah diri bersama. Moga Allah redha dengan kita semua. Wallahu`alam..
                               

P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit dan mengingatkan apa-apa kenangan lalu, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi. (",)

~PERMATA YANG DICARI~ 
9 JULAI 2011
-Kota Bharu, Kelantan-  

4 comments:

  1. Assalamualaikum,
    subhanallah..muhasabah diri..
    moga ALLAH tutup aib kita dunia & akhirat..

    ReplyDelete
  2. > Srikandi permata

    Wa`alaikumsalam wbt.

    Ya, mudah2an Allah tutup aib kita di dunia dan di akhirat.

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. salam insaf~

    muhasabah diri itu perlu..
    dgn cara tu,kita dpt tahu betapa jeleknya hubungan kita dgn Allah..Alhamdulillah,bila kita sedar akan kealpaan diri,itu tandanya Allah masih sayangkan kita dan mau kita kembali kepadaNya.Ingat kata2 sdara Hilal,cuba kita mark setiap kebaikan yg kita buat seharian,bila kita dh buat salah,kita potong mark td..tgok,apa yg tinggal..haaa,mmg mendidik jiwa btol cara dia..hambo pernah ikot cara tu..Dan keputusan mark amalan hambo sampai sebelum tidur adalh KOSONG...hebatkan?..andainya,waktu itu nyawa ditarik..Asataqfirullah..entahlah fatin,apa2 pun trimas atas pkongsian..

    Moga Allah beri kekuatan buat fatin untuk terus'mengugah jiwa yang gersang'..

    ReplyDelete
  4. > _virus s0pan_

    salam insaf kembali.

    Alhamdulillah, suka komen ruziah kali ini.
    terasa terbina kembali.

    InsyaAllah, fatin akan lakukab yang terbaik bagi mengisi hati-hati yang dahagakan ilmu yang membina. =)

    doakan!

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete