Thursday, July 21, 2011

::.Jibril Berpesan Kepada Rahib Supaya Jangan Mengeluh.::

~manisnya sabar itu daripada mengeluh~   


“Kenapalah hari ini terasa letih sangat? Penatlah nak buat kerja ni? Ishh, malasnya.. banyaknyaaa, kenapalah Allah uji macam ni?”
                                 

Itulah keluhan-keluhan yang pernah kita dengar dan tidak terlepas kita sendiri pernah berkata sedemikian rupa. Petang tadi saya mundar mandir di dalam bilik sambil berfikir apa yang saya hendak kongsikan dengan anda semua untuk kali ini. Terasa buntu seketika. Sunyi sahaja bilik.


“Alhamdulillah, jumpa pun!” Saya telah memecah kesunyiaan itu dengan nada suara yang sangat gembira. Adik-adik junior tersenyum sahaja melihat telatah saya. Terasa malu pula.^^  Manisnya sabar itu daripada mengeluh. Apa yang saya jumpa ya? Jom saya coretkan untuk anda, menjadi santapan hati buat semua. Semoga beroleh manfaat.


*************************

Bermulalah kisah seorang rahib dari Bani Israil yang sangat rajin beribadah. Sehinggakan setiap hari malaikat datang untuk bertanyakan jika si rahib ini berhajatkan pada sesuatu. Allah telah menumbuhkan anggur di sekitar rumahnya sehingga setiap hari ia dapat mengutip anggur itu sebagai makanannya. Jika dia dahaga, dia hanya menadah tangan ke udara, maka tertuanglah air dari udara.


Itulah keistimewaan yang Allah anugerahkan kepadanya. Sungguh luar biasa. ^^ Selang beberapa hari kemudian ada seorang pelacur yang sangat cantik datang ke rumahnya dan bertanyakan sesuatu kepada Rahib:
“Hai Rahib aku mohon pertolongan kepadamu, demi Tuhan yang disembah, berilah aku tempat bermalam kerana rumahku sangat jauh.”

Jawabnya si rahib: “Naiklah ke dalam.”



*************************

Ketika berhadapan dengan si rahib, tiba-tiba sahaja wanita itu menanggalkan pakaiannya untuk memperlihatkan kecantikannya. Melihat kejadian itu, si rahib terpaksa menutup mukanya sambil berkata:  “Tutuplah badanmu.”   

Pelacur itu pun berkata: “Aku ingin bersuka-suka denganmu malam  ini.”

Kemudian si rahib bertanya dirinya: “Bagaimana pendapatmu?”

Jawab dirinya: “Bertakwalah kepada Allah.”

Kemudian si rahib bertanya kepada nafsunya pula: “Bagaimana pendapatmu?” 

Jawab nafsunya: “Lakukanlah.”


Lalu si rahib berkata kepada nafsunya: “Celakalah kamu yang akan menghilangkan ibadahku dan akan mengenakan padaku pakaian neraka dan aku khuatir padamu dari jilatan api neraka yang tidak akan padam itu dari seksa yang tidak akan berhenti bahkan aku takut pada murka Allah.”


Tetapi nafsu tetap merayu, kemudian si rahib menjawab: Kini engkau akan kucuba dengan api yang kecil, jika kamu kuat menghadapinya maka akan kupuaskan keinginanmu malam ini.”


Lalu si rahib mengisi lampunya dengan minyak dan dibesarkan sumbunya, sementara wanita pelacur itu mengetahui akan maksud si rahib itu iaitu sedang berdialog dengan nafsunya.


*************************

Kemudian setelah dinyalakan apinya, segera si rahib memasukkan hujung jarinya ke dalam api itu. Maka terbakarlah ibu jari tangannya ke dalam api itu dan seterusnya jari –jari yang lain pun turut terbakar! Melihat kejadian itu, pelacur itu menjerit sekuatnya sehingga mati ketika itu juga. Si rahib menutup pelacur itu dengan kain dan berdiri menunaikan solat.


Dengan kejadian yang luar biasa itu, iblis mengambil kesempatan dalam menjerumuskan manusia seraya berkata: “Rahib telah berzina dan sekaligus telah membunuh wanita yang dizina.”


Dipendekkan cerita, tersebarlah kisah itu sampai ke telinga raja. Raja menjatuhkan hukuman pada Rahib. Ketika gergaji diletakkan diatas kepalanya, dia mengeluh, tiba-tiba Allah mewahyukan kepada Jibril:
“Hai Jibril, katakanlah kepadanya, jangan mengeluh buat kali kedua kerana aku melihat semua kejadian itu dan engkau(rahib) menangiskan peduduk langit dan Hamalatul Arsy, demi kemuliaanKu dan kebesaranKu jika mengeluh kali keduanya, Aku akan binasakan langit dan aku longsorkan bumi ini”


************************* 

Tiba-tiba Allah telah mengembalikan roh kepada wanita pelacur itu dan pelacur itu berkata: “Demi Allah, rahib ini teraniaya, dia tidak berzina padaku dan tidak pula membunuhku.” Wanita itu pun menceritakan perkara yang sebenar dari awal hinggalah akhir. Kemudian dia menyuruh orang ramai memeriksa jari rahib yang terbakar itu sehingga mereka terharu dan berkata: “Seandainya, kami mengetahui, maka tidak akan kami menggergaji kamu.”



Kemudian wanita itu kembali mati dan kedua-dua kubur itu berbau minyak kasturi sesudah dikafan dan disolatkan serta dikubur, terdengar oleh mereka satu suara dari langit:
“Allah telah menegakkan mizan/timbangan dan mempersaksikan para malaikat-Nya. Dan Aku persaksikan pada kamu sekalian bahawa aku telah mengahwinkan (si rahib) dengan lima puluh ribu bidadari di syurga Firdaus. Demikianlah pembalasanKu terhadap orang yang selalu waspada terhadapKu.”
  

p/s: Itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan semua, semoga bermanfaat. Ambillah iktibar dari cerita diatas dan tetaplah kita dalam melakukan kebaikan(istiqamah). Wallahu`alam. ^_^  


~permata yang dicari~
22 JULAI 2011
-Kota Bharu, Kelantan-

10 comments:

  1. subhanallah, dahsyat sungguh iman sang rahib, mampu mengalahkan godaan yg sedemikian hebat..masihkah peristiwa agung ini wujud di zaman moden ini..masih adakah pemuda sekarang yg mana imannya mampu membuat seluruh penduduk langit menangis...

    ReplyDelete
  2. > hisyam

    Ya, memang hebat iman sang rahib itu.. pemuda di zaman moden...? bagi ana masih wujud orang yang sedemikian, tapi betapa susahnya nak mencari.. mungkin hanya segelintir sahaja.

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. subhanallah..
    iman yang mantap...
    sungguh menyentuh jiwa..

    ReplyDelete
  4. > Srikandi permata

    :D Mudah2an kita mampu untuk memiliki iman yang mantap seperti sang rahib.

    Untuk memilikinya perlu banyak melalui proses..

    Mujahadah yang tinggi turut seiring dalam proses pemantapan iman.. ^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  5. Salam 'alaik ya ukhti :-)

    Subhanallah! mudah-mudahan kisah ini mampu memberi kesedaran pada kita semua..Sama-samalah kita mendoakan dgn hati yg penuh ikhlas kepada ALLAH S.W.T, agar iman yang sebenarnya dianugerahkan kepada kita, insya-ALLAH

    syukran ya ukhtil mahbubah^^
    nice n3, moga ALLAH redha..aamiin

    ReplyDelete
  6. > Ahlia Iman

    Wa`alaikumsalam wbt.:)

    InsyaAllah, moga Allah kurniakan iman yang jitu buat kita.. ^^

    salam sayang fillah dialam maya.. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  7. masyaAllah.. hebatnya iman dia kpd Allah.. iman yang dimiliki standing dgn amalnya.. subhanallah! kalau la kita yg iman yg biasa2 ni, yg mana kita ikut? nafsu atau diri? semuanya depends on iman dan amal kita.. alangkah indahnya dpt memiliki iman sebegitu.. jom sama2 kita tingkatkan iman dan amal..
    jazakillah khoir fatin atas perkongsian ini, =)
    Allah always with us..

    ReplyDelete
  8. > wardah

    InsyaAllah, amin.. =)

    Jom sama2 kita gilapkan hati agar bisa memiliki iman yang sedemikian..

    Jazakillah k.uda kerana sudi juga meninggalkan jejak^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...
    salam ziarah dan singgah tambah ilmu disni..
    Maaf ya lambat nak reply comment yang kak antar..
    terima kasih banyak2 ats doanya ya..
    uhibbuki fillah..(^_^)
    p/s: jangan lupa comment my blog..hehehe...;)
    salam Ramdahan..

    ReplyDelete
  10. > Wardatul Syauqah

    Wa`alaikumsalam wbt.

    Alhamdulillah, semoga bertambahlah ilmu tu ya dik..^^
    sama2, itu sahaja yang akan boleh bantu..
    melalui doalah yang boleh eratkan hubungan silaturahim ni.. ^^

    InsyaAllah, akak akan datang blog adik nnt..

    salam ramadhan mubarak. ^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete