Saturday, October 29, 2011

::.Bisikan Hati.::

 ~ Serahkan dia pada-Nya, agar kelak kita dapat jawapan dari-Nya~


Apabila kekosongan menyapa hati,
Meronta dan menjerit bukan dihajati,
Jiwa kontang mulai menagih kasih dan simpati,
Ku cuba mencari-Nya dengan penuh tangisan,
Demi mendamba kasih-Nya yang abadi.



Wahai hati yang gersang,
Inilah iman yang kontang.
Membuat hati sentiasa alpa,
Merindui Illahi memberikan hidayah.
Agar nafsu sentiasa tunduk,



Pada Allah sentiasa ku mengharap,
Agar cinta yang didambakan menjadi kenyataan,
Dalam hati subur mekar mewangi,
Kasihnya Allah tidak bertepi,
Inilah cinta yang ku cari selama ini,
Doa dan harapan ku ukir setiap hari,
Agar berkekalan cinta hakiki.. amin.


-Permata Yang Dicari-
29 Oktober 2011

<Bukit Mertajam, Pulau Pinang>


6 comments:

  1. Assalamualaikum buat shbtku ini,
    moga dirimu sentiasa berusaha utk menggapai redhaNYa dan istiamah dlm jalanNya.
    wahai shbt,
    berdoalah agar sentiasa dpt meraih cintaNYa.

    ReplyDelete
  2. > Srikandi permata

    Wa`alaikumsalam wbt..

    Jazakillah, sahabatku.. dirimu sentiasa memberikan ku semangat.

    InsyaAllah, kita cuba menggapai cinta-Nya..^^
    Salam sayang fillah =)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. moga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang tidak melupakan Allah tiap saat dan ketika.

    Jom mengislahkan diri ;)

    salam sayang hamraa muslihin =)

    ReplyDelete
  4. > Hamraa' Muslihin

    InsyaAllah, amin.. =)

    Ya, jom sama2 mengislahkan diri agar dosa tidak terus bertimbun.. Hanya mengingati-Nya, hati akan tenang..

    salam sayang kembali dari permata yang dicari.. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum w.b.t.

    alhamdulillah :)

    Sahabat,
    di saat dikau kecundang,
    tak tertanggung airmata ini melihat kekecewaanmu..
    tidak rela aku biarkan kau sendirian tanpa teman,
    kerana kau selalu ada disaat aku memerlukan..
    Andai hatimu pernah dilukai,
    izinkan aku rawatinya dengan Kalamullah,
    izinkan aku ubatinya dengan Zikrullah,
    izinkan aku balutinya dengan selimut keinsafan..
    Duhai sahabat,
    ingin sekali aku nyatakan kasih ini buatmu,
    namun apakan daya, aku tidak mampu,
    hanya dengan perbuatan aku mampu menzahirkan hasrat hati ini..
    Ketahuilah olehmu bahawa aku mencintai ukhwah ini
    kerana agama yang kau junjung,
    sekalipun engkau pernah kecundang,
    takkan aku biarkan engkau rebah semula,
    akan aku berjuang denganmu demi membela agama di hati..
    Akan aku bersamamu dalam apa jua dakwah dan jihad demi Islam,
    selagi mana kasih Allah bersama kita,
    selama itulah kasih ini tidak akan pernah luntur..
    Seribu maaf ungkapan buatmu andai aku pernah keterlaluan,
    bimbinglah aku ke jalanNYA,
    semoga jannah Firdaus menjadi pengakhiran kita..

    mg istiqamah :) insyaAllah

    ReplyDelete
  6. > pencinta ALLAH... hamba biasa

    Wa`alaikumsalam wbt..

    Jazakillah akak meninggalkan kata2 semangat buat saya..
    Sangat2 menghargainya..

    InsyaAllah, akan cuba istiqamah semampu mungkin.. ^_^

    salam ukhwah, jemput datang lagi ya akak.. =)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete