Tuesday, January 3, 2012

::.Siapa Aku Di Depan Rabbku.::

~Solat itu kerehatan bagi orang-orang yang beriman~


 Subuhnya
Dimana aku berada
Masih enak dalam kelambu rindu
Sambil berpoya-poya dengan waktu
Masa bagaikan menderu
Langkah tiada arah tuju
Fikiran terus bercelaru
Terlupa aku semakin di hujung waktu
Siapa aku di depan Rabbku.



Zohornya
Aku lebih memikirkan tetang kelaparan
Kehausan dan rehatku
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
Aku bertolak ansur dengan waktu
Aku gembira membilang keuntungan
Aku terlupa betapa besar kerugian
Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
Siapa aku di depan Rabbku.



Asarnya
Aku lupa warna masa
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
Aku masih dengan secawan koko
Terlupa panas tidak di hujung kepala
Aku masih bercerita
Tentang si Tuah yang setia dan Jebat yang derhaka
Siapa aku di depan Rabbku.



Maghribnya
Aku melihat warna malam
Tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
Mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak terasa ruang masa yang singkat
Jalan yang bertongkat-tongkat
Ruginya bertingkat-tingkat
Siapa aku di depan Rabbku.



Isyaknya
Kerana masanya yang panjang
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku
Aku membiarkan kelesuan menggangguku
Aku rela terlena sambil menarik selimut ungu
Bercumbu-cumbu dengan waktuku
Siapa aku di depan Rabbku.



Kini
Aku menjadi tertanya-tanya
Sampai bila aku akan melambatkan sujudku
Apabila azan berkumandang lagi
Aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
Kerana di hujung hidup ada mati
Bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
Jika ruangku dibiarkan kosong
Jika wajahku menjadi asing
Pada mentari, bulan dan juga bintang-bintang.


~Permata Yang Dicari~
3 January 2012
-Kota Bharu, Kelantan-

7 comments:

  1. suka puisi ini !

    Selalunya orang yang tidak ingin sujud itu orang yang bodoh, maka jangan pernah memilih untuk jadi bodoh :)

    ReplyDelete
  2. > ♥ نور هيديو حليم ♥

    Ya, betul tu.. ^_^

    Jazakillah ya Haura' krn sudi tinggalkan jejak disin.. Mg Beroleh Manfaat.. =)

    Salam Ukhwah mahabbah fillah.. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    alhmdulillah puisi yg baik..

    dpt muhasabh diri..

    moga kita xjemu2 bertaubat kpdNya..

    kembali meraih cintaNya.

    ReplyDelete
  4. > Srikandi permata

    Wa`alaikumsalam wbt..

    Ya, insyaAllah.. ^_^
    Allah suka pada hamba-Nya yg bertaubatkan..=)

    Sama2 kita menjadi kesayangan Allah.. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  5. salam 'alaik dik. mohon izin nak share this puisi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. > CahayaPetunjuk

      Wa`alaikummussalam wbt, ya silakan akak.. Mg bermanfaat buat ummah.. =)

      ~permata yang dicari~

      Delete
  6. Subhanallah.... suatu peringatan yg bermanfaat.....
    Sy mohon keizinan untuk berkongsi

    ReplyDelete