Sunday, April 10, 2011

::.IKHLAS DALAM BERAMAL.::



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… sebelum madah diteruskan, ucapan Assalamualaikum ditujukan buat pembaca-pembaca blog saya sekalian yang dikasihi fillah. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW rasul dakwah dan tarbiyah.  Dengan rahmat kasih sayang-Nya, saya dapat lagi berkongsi sesuatu dengan semua.
                                                           
Pertama-tamanya marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi  kesyukuran kerana kita masih bias hidup dalam nikmat iman dan islam. Alhamdulillah. Sebelum saya meneruskan apa yang hendak disampaikan molek kiranya saya memohon maaf pada semua yang selalu singgah di blog saya, ini kerana saya sudah lama tidak “update” . Benarlah kata seseorang itu istiqamah untuk menulis demi mencari redha Allah adalah lebih susah dari meniti sehelai rambut. Semoga Allah redha apa yang saya lakukan ini.

IKHLAS DALAM BERAMAL. Mungkin bagi kita, perkara ini sudah acap kali melalui cuping telinga kita, namun hakikatnya adakah kita sudah menyuburkan benih-benih ikhlas itu dalam diri kita? Persoalan itu hanya hati kita yang mampu menjawabnya, tidak ada siapa pun yang mengetahui keikhlasan hati kita melainkan kita dan pencipta kita, Al-Khalik.  Benarlah, ikhlas itu dari jiwa yang murni. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang beramal kerana ingin dilihat orang, maka Allah akan membuka aibnya pada hari kiamat, dan barangsiapa yang beramal kerana sum`ah, nescaya Allah akan menunjukkan sum`ahnya itu kepada manusia.”
Lantas, dimanakah keikhlasan amalan kita? Tepuklah dada tanya iman. Marilah kita sama-sama merentas sejarah silam ketika zaman Rasulullah SAW buat seketika…                                                                                       
Ketika itu ada seorang datang bertemu Rasulullah lalu bertanya “Wahai Rasulullah, orang yang berperang kerana riya’, mengejar populariti dan kerana sum`ah, adakah itu merupakan perang dijalan Allah?” Lantas Rasulullah SAW menjawab, “Barangsiapa yang berperang demi mengangkat kalimatullah maka itulah perang fisabilillah.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua dan marilah kita muhasabah diri bersama. Moga Allah redha dengan kita semua. Wallahu`alam..

P/S: Saya lebih suka tekankan tentang keikhlasan dalam semua hal, jadi silalah komen pada blog saya ini kerana komen-komen itu sangat penting untuk saya terus menulis.

By:
FNSA`92

Wednesday, February 23, 2011

Mangkuk yang cantik


Assalamualaikum wbt
          Tajuk yang menarik bila kita mendengarnya. Kisahnya juga lagi menarik. Jadi disini ingin saya kongsikan buat tatapan semua. Saya petik kisah ini dari sebuah buku, saya tertarik dan rasanya patut saya kongsikan dengan kalian. Semoga terhibur dengannya. 

          Rasulullah saw dengan sahabat-sahabatnya, Abu Bakr r.a., Umar r.a., Uthman r.a. dan Ali r.a., bertamu di rumah Ali r.a. isterinya sayidatina Fatimah r.ha, iaitu puteri Rasulullah saw menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut didalam mangkuk itu.

          Kemudian baginda Rasulullah saw meminta semua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap tiga benda tersebut iaitu mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut.

Abu Bakr r.a. berkata,
“Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut.”
Umar r.a. berkata,
“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”
                                                          Uthman r.a. berkata,     
“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”
  Ali r.a. berkata,
“Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”
Fatimah r.ha. berkata,
“Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain selain muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”
Rasulullah saw berkata,
“Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal yang ikhlas itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”
Malaikat Jibril as berkata,
“Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”  
Allah swt berfirman,
“Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.” 


P/s: segala nikmat Allah itu tiada tandingan-Nya. Marilah sama-sama mensyukuri segala nikmat Allah keatas kita.
~Sekian, wassalam~

Sunday, February 20, 2011

Raut muka yang mendamaikan


 
                           "membaca al-Quran dapat membuatkan wajah berseri-seri"                               
          Pasti kita akan terasa serabut jika melihat wajah sesiapa sahaja yang masam mencuka bukan? Jadi disini saya ingin kongsikan dengan semua tentang satu kisah untuk dijadikan teladan dan tidak terlepas untuk diri saya sendiri juga sebenarnya.

          Abu Yazid Al Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang yang wajahnya kusam dan keningnya berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, “tuan guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah  saya lepas beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji.  Saya juga bukan pemalas dalam mencari rezeki tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?” 
                  
          Sang Guru menjawab sederhana, perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah saw adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu saja ceria.  Sebab menurut Rasullullah saw salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuatkan orang curiga kepadanya.”
  
          Lelaki itu tunduk. Lantas berjanji untuk memperbaiki penampilannya. Selepas daripada itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdulillah, sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Memang Allah telah mentakdirkan manusia sebagai makhluk yang paling indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga di pandang dari sudut mana pun manusia itu kelihatan cantik dan serasi. Jadi anugerah in jangan dinodai dengan penampilan yang buruk, sebagaimana sabda Rasulullah saw, “sesungguhnya Allah itu cantik dan mencintai kecantikan.”


          Namun demikian tidak bermakna Islam mengajarkan kemewahan. Hakikatnya Islam mengajar kesederhanaan. Baik dalam berpakaian dan segala tindak tanduk dalam kehidupan seharian. Kita boleh jadikan Rasulullah saw sebagai qudwah dalam kehidupan kita. Kadang-kadang keikhlasan itu akan datang dengan raut muka yang mendamaikan sebelum memulakan sesuatu kerja. Sama-samalah kita mengamalkannya..:-) insyaAllah.

Peperiksaan kian berakhir, jadi…



Assalamulaikum wbt
“Alhamdulillah, tinggal lagi satu paper je lagi nak habis exam.”  Begitulah lafaz yang terkeluar dari mulut-mulut sahabat saya  yang satu course dengan saya.

             Ramailah yang sibuk mengemas barang nak balik bercuti, tapi saya tak buat apa-apa pun lagi. Tapi masih sempat lagi buka blog sebab ada sesuatu yang nak dikongsikan dengan semua. Wujudnya blog saya pun sebab awalnya adalah assignment. Kalau tidak tak adalah saya boleh kongsi sesuatu dengan semua. Assignment dah siap jadi blog ini takkan nak biarkan tergendala begitu sahajakan.

                 Banyak yang perlu semua orang muhasabah, ramai orang belajar semata-mata untuk mengambil peperiksaan. Habis saja peperiksaan, lupa habis apa yang dipelajari. Saya pun tidak terkecuali dalam hal ini, tapi sampai bila kita nak jadi macam ni. Sedarlah wahai diri.

                 Ingatlah kita perlu ada ilmu untuk membantu Islam. Berapa ramai hari ini yang dapat keputusan yang baik yang betul-betul mengamalkan ilmu itu. Terlalu sedikit bukan?

                     Jadi kita cuba duduk sebentar untuk memperbaharui niat  dan yang paling penting iman kita..
                     Wallahualam…