Saturday, January 7, 2012

::.Jom Terima Kasih Dengan Allah.::

~“The more you give, the more you get”~




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Terima kasih Allah, I love you Allah. segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat menitipkan sesuatu disini buat semua yang sudi ziarah ke teratak yang serba kekurangan ini.  
                                                 

Ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat semasa Tranformasi Cemerlang pada hari ini yang disampaikan oleh Alang Nur Naemi bin Mat Som dan Zainon. Terbaik. Memang seronok sangat-sangat. Dari pukul 8.00 pagi- 5.00 petang bertempat di Dewan Utama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD). –Kolej Terbaik Dunia- ^_^


MINTA IZIN

Sebelum itu, saya hendak bertanya pada anda semua, apa perasaan anda jika barang yang berharga diambil oleh rakan tanpa pengetahuan anda?? Saya yakin pasti akan timbul perasaan marah walaupun sedikit di dalam hati andakan??? Ya, jadi di sini apa yang saya hendak dirungkaikan adalah pernahkah kita MEMINTA IZIN ALLAH bagi setiap perkara yang hendak kita lakukan??? Tepuk dada tanya iman. Hatta perkara yang kecil begini pun kadang-kadang kita terlepas pandang.


Ada hikmah sebenarnya jika kita MEMINTA IZIN ALLAH dalam setiap perkara sekalipun hendak masuk ke tandas. Allah akan memudahkan kita dan barakah itu akan datang mencurah-curah. Misalnya, apabila kita hendak mula belajar, MINTALAH IZIN ALLAH dan berdoalah agar diberi kefahaman yang mendalam bagi menguasai subjek itu. Lihatlah betapa perlunya kita MEMINTA IZIN ALLAH. Ingat, perkara yang kecil jangan dipandang remeh!!
 

TERIMA KASIH

Apa yang kita rasa apabila orang mengucapkan terima kasih kepada kita setelah dia membantu atau meringankan beban kita? Sudah tentu akan terpamir sekuntum senyuman dari bibir kita bukan? Cuba bayangkan anda menyediakan makanan dengan bersusah payah untuk orang lain pasti anda akan rasa penat bukan? Tapi kepenatan itu pasti akan terubat dengan ucapan terima kasih dari mereka-mereka yang menghargainya. Walaupun hanya dengan terima kasih.


Jadi apa salahnya jika kita ringankan mulut dan hati kita untuk mengucapkan terima kasih kepada Allah yang telah memberi bermacam-macam nikmat kepada kita dan semua nikmat itu sangat tidak ternilai. Adakah kita berterima kasih dengan Allah kerana mengurniakan mata, hidung, telinga, mulut, gigi dan sebagainya yang tidak mampu kita hendak rungkaikan satu persatu? Orang yang susah untuk mengungkapkan ungkapan terima kasih ini adalah orang yang EGO!! Adakah kita mahu digelar orang yang SOMBONG?! Ungkaplah ungkapan ini setiap hari “Alhamdulillah, Terima Kasih Allah, I Love You Allah.”


PENUTUP

Dalam hidup ini, kita cubalah untuk membahagiakan orang lain kerana kita tidak mempunyai masa untuk TIDAK membahagiakan orang lain. Apabila kita boleh membahagiakan orang lain secara tidak langsung kita turut akan terasa bahagia. “The more you give, the more you get”.


Konklusinya, marilah sama-sama kita sentiasa meminta izin Allah dan sentiasa berterima kasih kepada Allah (bersyukur) dalam setiap perkara yang hendak kita lakukan atau perkara yang dianugerahkan Allah kepada kita. Semoga Allah sentiasa kasihkan kita semua. InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah ada jalannya.


p/s: Apa yang saya kongsikan ini adalah untuk diri saya sendiri dan jika anda rasa ada manfaat yang banyak disini. Silalah ambil, saya sangat mengalu-alukan. Apa yang saya dapat sebenar banyak lagi tapi cukuplah hanya sekadar ini dulu. Saya bukan kedekut ilmu tapi saya perlu membuat persediaan untuk kelas esok. Saya perlu ulang hafazan saya supaya tidak luput dari ingatan ini. Saya sangat memerlukan doa anda semua. terima kasih wa syukran kepada semua.


~Permata yang dicari~
8 January 2012
-Kota Bharu, Kelantan-

7 comments:

  1. Assalamualaikum..

    yer..btol tue..rasa bhgia sgt dipilih dlm prog transformasi ini...yang paling syahdu bila pejam mata, pegang dada, sebut..ALLAH...ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..AALLAH..ALLAH..ALAAH..akan bergetarlah jiwa kita, bahkan sehingga air mata menitis..Allahukbar...tanda2 org beriman itu adalah bila disebut namaNya..bergetarlah jiwanya...

    moga kita semua sntiasa bersmngt mengejar cintaNya.

    ReplyDelete
  2. > Srikandi permata

    Wa`alaikumsalam wbt.

    Ya2.. hm, betul3.. Ya Allah time tu rasa sangat2 bergetarnya jiwa ini..

    "Dalam al-Quran pun Allah ada sebut akan bergetar jiwa orang mukmin ini apabila disebut nama-Ku..."

    Alhamdulillah, terima kasih Allah, I love You Allah.. Sayang Allah sanagt2..^_^

    InsyaAllah, pasti ada jalannya..=)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
    (Al-Baqarah 2:152)

    Assalamualaikum fatin.. ^_^
    salam mahabbah fillah dari munirah ^^,
    na'am,segala yang berlaku di muka bumi adalah dengan izin-NYA;
    oleh itu,mintalah keizinan dariNYA dengan mematuhi segala perintahNYA (",)

    Sesiapa yang baik hubungannya dengan ALLAH, hubungannya dengan manusia juga baik.
    Sesiapa yang sering berterima kasih dengan ALLAH, akan berterima kasih pada manusia juga^^
    http://syauqatulwardah-lavender.blogspot.com/2011/10/tolong-ucapkan-maaf-dan-terima-kasih.html

    ALLAH Ar-Rahman, Ar-Rahim,memang menyintai hamba2NYA, cuma kita sahaja yg sering alpa akan hakikat ini. Rasa seronok apabila kita tahu ALLAH sangat menyintai kita oleh itu,jika kita nak ALLAH sangat-sangat sayangkan kita sehinggakan DIA beritahu kepada Jibril untuk menyintai hamba yang dicintaiNYA,seterusnya hamba itu dicintai oleh penduduk langit; kita hendaklah bersungguh-sungguh menyintaiNYA! ^^ Cinta kepada ALLAH adalah cinta yang tertinggi dan terindah serta abadi.. =)

    Erti hidup pada memberi ^^

    Peringatan utk diri,mudah2an bermanfaat buat semua,amin.

    uhibbuki fillah ya ukht habibati ^^ wa uhibbukum fillah.

    ReplyDelete
  4. > MUJTAHIDAH SOLEHAH

    Wa`alaikumsalam wbt, Munirah.. =)
    Alhamdulillah, terima kasih Allah, I love You Allah. ^_^

    Subhanallah munirah, jazakillah atas mutiara yang amat berharga buat fatin.. Ya, hidup ini mesti sentiasa berhubung dengan Allah..

    Latihlah diri kita untuk sentiasa berkomunikasi dgn Allah.. =)
    "Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar."

    Ya, sama2 kita merebut cinta Allah..=)
    Tanda hati yang hidup itu mudah untuk terima kebaikkan dan mudah melakukan kebaikkan..^_^

    uhibbuki fillah ya ukht habibati fillah aidhon..^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...semoga Allah terus pelihara :)

    ReplyDelete
  6. > Bulan Syurga Firdausi

    Ya, insyaAllah.

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    Barokallahu fikum...
    *alang naemi*

    ReplyDelete