Saturday, January 28, 2012

::.Berwudhuk Untuk Sihat.::


 
~Jom berwudhuk dengan sempurna~



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Terima kasih Allah, I love you Allah. Segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat menitipkan sesuatu disini.


Sebelum saya meneruskan topik kali ini, ingin sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kejayaan saya dalam pertandingan qiraat yang baru berlangsung pagi tadi. Alhamdulillah, Allah hadiahkan kejayaan kepada saya dan saya langsung tidak menyangka yang saya akan menang. Terima kasih sekali lagi buat semua. ^^


*********************


Berwudhuk adalah satu perkara sunat tetapi apabila hendak melaksanakan solat maka hukum berwudhuk berubah menjadi wajib. Tanpa wudhuk solat TIDAK SAH maka sia-sia sahajalah amalan kita. Jadi berhati-hatilah anda! Mari kita perhatikan apa kelebihan-kelebihan berwudhuk dari sudut kesihatan:-

1.      BERKUMUR: Kuman akan membiak dengan pantas jika terdapat sisa makanan di dalam mulut kita. Kuman tersebut akan membuatkan kerosakan gigi, ulser mulut dan sebagainya. Cara untuk mengatasinya adalah dengan berkumur Sains telah membuktikan berkumur dapat mencegah mulut dan kerongkong daripada jangkitan kuman dan radang. Bahkan ia mampu membuang sisa makanan di dalam mulut yang boleh merosakkan gigi.


2.      MEMBASUH HUDUNG: Udara kotor yang kita sedut membawa bermacam jenis kuman dan debu. Kuman-kuman ini boleh menyebabkan demam, selsema, batuk, sakit kerongkong dan lebih teruk boleh menyebabkan radang otak. Maka apabila kita membasuh hidung ketika berwudhuk, sudah tentu kita dapat menyucikan rongga hidung dan membuang sebahagian besar kuman tersebut. Bahkan ia boleh mengurangkan risiko terkena penyakit kanser hidung.


3.     MEMBASUH MUKA DAN KEDUA-DUA TANGAN: Bagi kaum lelaki, bahagian muka dan kedua-dua tangan sehingga siku sering terdedah kepada debu dan bakteria ketika mereka keluar rumah kerana bahagian lain tertutup. Maka dengan membasuh muka dan tangan kita dapat membuang sebahagian besar kuman, debu dan peluh yang melekat di permukaan kulit. Selain itu, ia juga menyingkirkan bahan berlemak yang terdapat pada peluh yang menyebabkan pertumbuhan bakteria pada permukaan kulit.  


4.      MEMBASUH KEDUA-DUA KAKI: Kaki merupakan oragan yang sentiasa terdedah kepada kotoran ketika berjalan. Segala debu, pasir dan cecair yang akan melekat pada kaki ketika berjalan. Maka, berwudhuklah jalan penyelesaiannya kerana kita membasuh kaki banyak kali dalam sehari ketika berwdhuk.


5.      KELEBIHAN-KELEBIHAN LAIN: Kajian saintifik menunjukkan aliran darah di bahagian tangan sehingga siku dan kaki adalah lemah berbanding aliran darah pada organ-organ lain. Maka dengan membasuh anggota-anggota badan tersebut sambil menggosok-gosoknya pada setiap kali berwudhuk dapat membantu meningkatkan pengaliran darah kepada bahagian-bahagian tersebut dan seterusnya dapat meningkatkan fungsi serta aktivitinya untuk kerja seharian.


Sains juga telah membuktikan kesan sinaran cahaya matahari terutamanya sinaran ultra violet yang boleh menyebabkan penyakit kanser kulit. Kesan cahaya matahari pada permukaan kulit yang terdedah dapat dikurangkan dengan membasuh bahagian tersebut kerana air dapat melindungi kesan-kesan bahaya sinaran matahari pada permukaan luar dan dalamnya.


*********************


Disini saya sertakan satu video yang menunjukkan contoh bagaimana Rasulullah SAW berwudhuk. Moga kita dapat tingkatkan dan perbaiki cara berwudhuk kita dengan lebih sempurna, insyaAllah. ^^ 


 
-Moga bermanfaat untuk semua-


 Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua dan marilah kita muhasabah diri bersama. Apa yang baik itu dari Allah dan yang lemah dan kurang itu dari diri saya. Saya mohon ampun pada Allah. Moga Allah kasih dan redha dengan kita semua. Wallahu`alam.


~Permata yang dicari~
29 January 2012
-Kota Bharu, Kelantan-

10 comments:

  1. salam adik sayang.. fatin masuk pertandingan qiraat ke..? kat mane..? mabruuk... =)

    terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat.. dpt refresh blik, dn perbaiki lg agar lbih baik.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. > wardah

      W`salam akakku sayang fillah^_^
      Ya, fatin masuk pertandingan qiraat di KTD, yang masuk bertanding 10 orang,^^ 5 siswa dan 5 siswi campur sekali.

      Jazakillah k.Uda.^^ sama2, jmput tg lagi.. Harap ini bukan jejak yang terakhir disini.. =)

      Alhamdulillah, uhibbuki fillah k.Uda! ^_^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  2. Assalamu'alaikum wbt...

    Alhamdulillah, itulah kesan wudhu' menurut ilmu kesihatan, hebat kan dik? semuanya punya hikmah jika dikaji..

    Dikatakan berwudhu' bukan sekadar membersihkan anggota2 tubuh yg zahir dan menyucikan tubuh yg dilakukan secara rutin selama beberapa kali sehari. Akan tetapi, pengaruh psikologi dan keluhuran rohani yg dirasakan oleh seorg muslim selepas berwudhu' merupakan sesuatu yg tak mampu diungkap dgn untaian kata-kata. Khususnya jika wudhu' dilakukan secara tepat dan sempurna..Subhanallah!

    insyaALLAH, mudah-mudahan kita dpt manfaat yg byk, dari rutin ibadah kita sehari2 dgn mengikut sunnah Rasulullah SAW..aamiin =) ♥

    p/s: Oh ya akak nk kongsikan sedikit tips, jika adik berminat, adik boleh bt ye :)

    Cara nk bt tetingkap comment tanpa meninggalkan halaman utama mcm blog akk. kalau berminat, adk ikut step dibwh k...(sekadar ingin berkongsi).. :)
    1. login dulu kat blog
    2. Kalau mmg dah login terus jer click kat "Dashboard"
    3. Click pada "Settings"
    4. Adk cari "Comments" dan click kat situ
    5. Pastu adk cari plak "Comments Form Placement"
    6. Berikan tanda pada "pop-up window"
    7. Scrool down dan click pada "SAVE SETTING" n dh selesai..:)biiznillah

    ilal liqa'..^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. > - Ukhty Iman -

      Wa`alaikumsalam wbt..

      Ya, akak betul tu..=)

      Jazakillah akak atas sedikit perkongsian ini, ianya sangat2 bermakna buat saya.. ^^

      InsyaAllah, aminn...^_^

      hehe, saya berminat dgn akak cadangkan tu cuma buat masa ni saya selesa mcm ni.. ^_^ InsyaAllah, jika saya berubah angin, saya akan tukar.. =)

      Terima kasih untuk tips itu saya akan simpannya untuk masa akan dtg..^_^

      Uhibbuki fillah.. ^_^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  3. Salam..

    Alhamdulillah..entry yg baik..jazakillahu khairan kathira..

    Wudhuk juga Memberi Cahaya Di Akhirat...

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

    “Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’.” (H/R. Muslim, no: 250)

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Srikandi permata

      W`salam wbt..

      Ya, afwan.. Alhamdulillah..^_^

      Ya, betul tu.. jazakillah atas peninggalan jejak dgn hadith disini...=) Mg Allah kasih..^_^

      Uhibbuki fillah.. ^^

      ~permata yang dicari~

      Delete
  4. Assalamualaikum wbt, alhamdulillah perkongsian yang menarik.jangan lupa ajar akak buat blog yer.. ^_^

    ReplyDelete
  5. > Kasmini Hammatang

    Wa`alaikumsalam wbt, alhamdulillah.. Hehehe, insyaAllah, akak.. =)
    Nanti fatin akan ajarkan ye..^^

    Uhibbuki fillah jiddan.. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  6. salam..belajar nk jage wuduk tiap mase....Allahuakbar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Bulan Syurga Firdausi

      W`slm, ya.. teruskan.

      ~permata yang dicari~

      Delete