~Berusahalah kita untuk khusyuk di dalam solat~
Kita mencari pemuda dan pemudi yang jiwanya terangkum jitu dengan nawaitu yang sebenar, akidah yang tulin, iman yang autentik. Untuk mengunjung taklif agama, pendokong panji khalifah, memakmurkan bumi Allah dengan syiar-syiarnya. Biar kita menjadi pemuda dan pemudi sebegitu, tidak perlu lagi mencari orang lain. Biarlah kita yang menyahut seruan ini. Dengan itu kita telah memilih untuk menjadi GENERASI PERINDU SYURGA!!
Ayuh, mantapkan solat kita. Apabila solat kita sempurna maka Allah akan memudahkan segala urusan kita, InsyaAllah. Solat adalah santapan hati yang telah hilang kesuburan iman. Disini saya akan kongsikan sedikit rahsia khusyuk dalam solat:
1. MENGHADIRKAN HATI
Mengosongkan hati dengan memberi sepenuh tumpuan terhadap solat. Caranya ialah dengan menguatkan azam untuk khusyuk dan menolak semua fikiran yang melalaikan dan mengawal suasana sekeliling daripada perkara yang boleh mengganggu solat.
2. FAHAM BACAAN SOLAT
Hati mestilah memahami segala apa yang dibicarakan oleh lidah di dalam solat. Caranya ialah dengan mempelajari terjemahan setiap ayat yang dibaca di dalam solat dengan menetapkan hati serta fokus untuk menangkap maksud bacaan solat itu.
3. MEMBESARKAN ALLAH
Membesarkan Allah akan memberi kesan yang mendalam terhadap diri. Caranya ialah dengan mengenal kebesaran Allah dan keagungan-Nya dan mengenal diri kita sebagai hamba Allah yang amat kerdil lagi hina.
4. MERASAI KEHEBATAN ALLAH
Merasa diri sedang menghadap Allah yang Maha Hebat. Ia adalah hasil daripada gementar terhadap Maha Agung dan Maha Tingginya Allah. Caranya adalah dengan kita merasakan Allah sedang melihat kita (Maha Melihat).
5. PENUH HARAPAN
Mengharap dengan sepenuhnya semoga Allah menerima solat kita disamping rasa takut akan siksaan-Nya jika terlalai. Caranya adalah dengan mengenal sifat belas kasihan dan rahmat Allah disamping meyakini janji azab seksa bagi orang yang lalai dalam solatnya.
6. PERASAAN MALU
Seseorang yang solat mestilah memiliki perasaan malu terhadap Allah kerana sebagai manusia kita sering cuai dalam solat. Caranya ialah dengan meyakini bahawa Allah mengetahui segala rahsia dan gerak-geri hati kita.
Di dalam al-Quran dan Hadith ada menegaskan keutamaan khusyuk di dalam solat. Antara nas-nasnya ialah:
Ø Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk didalam solatnya. (Surah al-Mukminun 1-2)
Ø Solat adalah perkara pertama yang akan disoal pada hari Akhirat. Jika ia didapati memuaskan, maka amalan-amalan lain juga akan berhasil sedemikian. Jika ia tidak memuaskan maka amalan-amalan lain turut akan ditolak. (Hadith riwayat Abdullah ibn Qurt)
Ø Dan sesungguhnya solat itu berat kecuali bagi orang yang tunduk hatinya (kepada Allah) iaitu orang-orang yang mengetahui bahawa mereka akan kembali kepada Allah. (Surah al-Baqarah: 45-46)
Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf kepada semua dan marilah kita muhasabah diri bersama untuk meningkatkan lagi prestasi solat kita. Moga ianya bertambah dan kian baik, InsyaAllah. Apa yang baik itu dari Allah dan yang lemah dan kurang itu dari diri saya. Saya mohon ampun pada Allah. Moga Allah kasih dan redha dengan kita semua. Wallahu`alam.
Yang mengharap doa kalian,
-Fatin Nabila Bt Sharul Azimin-
17 January 2012
-Kota Bharu, Kelantan-
mohon share ukhti
ReplyDelete> Khairul
DeleteYa2, silakan.. tafadhol mashkura.. Mg bermanfaat.
~permata yang dicari~
assalamualaikum fatin ^_^
ReplyDeletesolat, pertemuan kita dengan ALLAH.. pertemuan yg sgt2 dekat.. ^^
teruskan saling ingat-mengingati ke arah redha dan cintaNYA (",)
uhibbuki fillah!
> MUJTAHIDAH SOLEHAH
DeleteWa`alaikumsalam wbt Munirah.. ^_^
Ya, tepat sekali.. bilamana kita sujud, itulah saat yg paling dekat kita dgn Allah.. Subhanallah.. Alhamdulillah, terima kasih Allah, I love you Allah.. =)
Uhibbuki fillah aidhon..!! ^^
(",)
~permata yang dicari~
alhamdulillah...ilmu baru ni insyaAllah trima ksh bkgsi :)
ReplyDelete> Bulan Syurga Firdausi
DeleteAlhamdulillah, afwan..
~Permata Yang Dicari~
IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.
ReplyDelete> Srikandi permata
DeleteJazakillah ya ukht atas peninggalan kata-kata Imam al-Ghazali..
Mg Solat kita diterima-Nya..
Solat itu juga adalah santapan hati yang telah hilang kesuburan iman.. ^_^
~permata yang dicari~